- - Semakin ramai orang sakit mental ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, January 19, 2011

Semakin ramai orang sakit mental

Gila la weh.. bahaya ni.. kes serius ni..

Kenapa???

Hah.. ni ada maklumat sulit aku nak bagitau korang.. rahsia negara ni.. rakyat negara kita ni semakin ramai yang sakit mental a.k.a gila.. korang tak percaya ke??



Ok, menurut statistik Kementerian Kesihatan.. seramai 400,227 pesakit mental telah menjalani rawatan di hospital kerajaan.. ramai tu kan.. kalau semua ni nak check in kat Tanjung Rambutan mana muat weh.. jadi macam duduk dalam tin sardin plak nanti pesakit- pesakit tu semua..

Ikut statistik jugak, ini adalah peningkatan sebanyak 15.6% dari tahun 2009.. membimbangkan ni.. nanti kerajaan terpaksa tambah lagi hospital kat Tanjung Rambutan tu..

Kalau kita biar je perkara ni.. nanti semua orang kat Malaysia ni sakit mental.. so, kerajaan kena menangani kes2 sakit mental ni dengan efisien la..

Aku rasa kan, ramai orang yang sakit mental ni berpunca dari stress yang melampau.. mungkin sebab bebanan kerja, masalah rumah tangga, masalah cinta, hutang sana- sini dan terkena buatan orang la..

Stress ni kena ditangani dengan betol la bagi mengelakkan lagi ramai orang Malaysia sakit mental.. Stress ni kadang2 boleh membawa maut tau.. yela, bila dah terlamapu stress, seseorang boleh hilang pedoman tau.. bila perkara macam ni berlaku, dorang x fikir apa lagi dah.. satu perkara je ada dalam benak dorang tu.. BUNUH DIRI.. tu je yang dorang fikir..

Menurut kajian lagi, golongan remaja perempuan lebih cenderung untuk membunuh diri.. mereka ini adalah dalam linkungan 16- 19 tahun.. golongan 70- 74 tahun pula hanyalah 6.4% sahaja yang mengalami masalah pemikiran tidak sihat ini..

So, kita kena ambil langkah pencegahan dari awal supaya semua remaja di negara kita ni dapat menangani stress dengan betol sekaligus mengurangkan jumlah pesakit mental di Malaysia ni.. kita kena ingat bahawa hospital bahagia di negara kita ni tak mampu nak menampung jumlah pesakit mental yang melampau ramai weh..

So, renung- renungkanlah ea..
In Accordance With with Thumbnails