- - August 2011 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, August 31, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 4


Tuesday, August 30, 2011

INDONESIA SAMBUT 1 SYAWAL PADA 2 HARI YANG BERBEZA


Boleh pulak ade kes macam ni kan.. aku tak tau pon sebelum ni ada perkara macam ni.. tapi setelah aku baca satu berita ni, baru lah aku tahu akan kewujudan perkara macam ni..


Jom aku kongsi dengan korang berita tu..
Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam.

Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.

Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.

Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.

Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain. 

Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.
Amacam, dah faham ?? so, mungkin kat tempat diorang takde hal kot perkara macam ni.. tapi kalau kat Malaysia ada kes macam ni.. boleh jadi gaduh besar nanti.. hehe


Sumber : malaysiakini.com

WAJAH- WAJAH CERIA MEREKA YANG BEKERJA DI HARI RAYA..

Hari ni aku nak kongsikan gambar- gambar mereka yang sungguh dedikasi dan optimis sehingga sanggup mengorbankan Hari Raya Aidilfitri semata- mata mahu mencari sesuap rezeki yang halal.. hehe

Jangan korang gelak pulak bila tengok gambar- gambar mereka yang kena bekerja di hari raya ni.. kesian kat diorang..* termasuklah aku sekali..


Nama : Huzairul Shafiq
Location : Aircraft Maintenance Unit Line 6, KLIA
Position : Junior Technician

Monday, August 29, 2011

LAGU RAYA KHAS UNTUK PERANTAU MACAM AKU


Oleh kerana aku tak boleh nak balik beraya kat kampung tahun ni.. aku telah kompilasikan mana- mana lagu raya yang aku rasa sesuai dengan status aku sebagai seorang perantau tahun ni..

Aku harap korang dapat rasai derita yang aku alami ni..sob3..huhu

MENU BERBUKA PUASA RAMADHAN TERAKHIR TAHUN NI

Inilah dia menu berbuka puasa seorang anak bujang di perantauan yang jauh daripada keluarga tercinta.. sob3..

milo ais

sayur kailan ikan masin

nasi putih

tom yam campur

KEPUTUSAN BARCLAYS PREMIER LEAGUE 28/8/2011




Sunday, August 28, 2011

DAH BOLEH GUNA LALUAN LPT2 UNTUK BALIK RAYA TAHUN NI



Sempena musim cuti Hari Raya Aidilfitri, Lebuh Raya Pantai Timur Fasa Dua (LPT2) bagi laluan Bukit Besi ke Bukit Payung telah dibuka untuk semua laluan sejak 22 Ogos lalu.
Pembukaan itu melibatkan tiga laluan iaitu dari Persimpangan Bukit Besi ke Persimpangan Ajil sejauh 42.4 kilometer (KM) dan Persimpangan Telemung ke Persimpangan Kuala Terengganu di Kampung Gemuroh sejauh 12.6KM.

Jumlah Kematian Menurun Pada Hari ke-5 Ops Sikap

Turut boleh digunakan oleh pengguna adalah laluan Jalan Penghubung Bukit Payong di Batu 9 dan Simpang Udang menghala ke Persimpangan Telemung sejauh kira-kira 16.3KM.
Pembukaan itu sekali gus memberi kemudahan kepada pengguna dari arah Dungun dan Kuantan, Pahang ke Ajil dan Kuala Berang tanpa menggunakan jalan persekutuan.
Ia juga menjimatkan masa perjalanan dari 40 minit ke 25 minit sahaja.
Bagi pengguna jalan raya yang ingin ke Kota Bharu, Kelantan pula, mereka boleh menggunakan jalan dari Persimpangan Bertingkat Ajil melalui Jalan Ajil-Kuala Berang dan masuk ke jalan besar yang menghubungkan semula Jalan Persekutuan 3 melalui Sungai Tong menghala ke Kelantan atau utara Pantai Timur.

Tiket Bas Tambahan Hari Raya Kurang Sambutan

Laporan awal sebelum ini menyebut LPT2 dijangka siap dan boleh digunakan sepenuhnya pada Jun 2012.
LPT2 melibatkan 12 pakej dari Jabor ke Kampung Gemuroh sejauh 182.60KM.
Antara laluan yang terlibat ialah Cenih, Cukai, Kijal Kertih, Paka, Dungun dan Kuala Terengganu.

MUZIK YANG MENYENTUH KALBU DAN JIWA


Muzik ini memang menyentuh jiwa dan kalbu seorang insan.. jika dihayati dan diamati betul- betul, memang menitis air mata korang semua..

Memang benar kata orang, muzik mampu membuatkan kita menangis dan gembira..

Sempena bulan ramadhan yang mulia ni, hayatilah muzik dari Haddad Alwi ni untuk menenangkan jiwa korang yang gelisah dan dilanda seribu masalah..

IT IS A MATA OF TIME ...


Wednesday, August 17, 2011

WORDLESS WEDNESDAY #3 : MOREH


WORDLESS WEDNESDAY # 2 I JAMAAH


KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN SKUAD OLIMPIK MALAYSIA VS MFK DOLNY KUBIN 16/ 8/ 2011


Keputusan perlawanan persahabatan skuad olimpik Malaysia Vs MFK Dolny Kubin di Slovakia pada 16/ 8/ 2011 adalah seperti berikut :

SKUAD OLIMPIK MALAYSIA 2 - 0 MFK DOLNY KUBIN
- Wan Zack Haikal
- Ahmad Hazwan Bakri

Kalau tidak silap perhitungan, ini adalah kemenangan keempat skuad olimpik kebangsaan di dalam siri perlawanan persahabatan di Slovakia..

Tuesday, August 16, 2011

KHAS UNTUK SECRET ADMIRE


Entri ni aku buat khusus untuk mereka yang mempunyai profession sampingan sebagai " secret admire "..
I've never been the type to say what I feel
So basically I keep everything inside
And with you it was no different
I want to tell you, believe me I've tried

But there's part of me that just can't take that chance
So I doubt that you'll ever know
Which may be fine with you, but it's hurting me
I choose not to show it though

I guess I'm your secret admirer
That name seems to fit just right
I don't know what I like about you
But you're on my mind, day and night

But I guess I'll never know what it is
My true feelings I could never reveal to you
I'll just admire you from a distance
I'm not sure what else there is to do

It's for u Dear....
Mungkin ramai di antara kita yang pernah mempunyai pengalaman sebagai secret admire ni.. perghh.. memang susah kalau hidup sebagai secret admire ni.. jiwa asyik bergelora aje kan.. kejap- kejap teringat kat si dia aje.. hehe

Kalau boleh, hari- hari nak jumpa dengan si dia kan.. pas tu mula la buat- buat trik saje- saje terserempak dengan si dia..

ANTARA IKAN BAKAR DAN AYAM GOLEK



Dua- dua makanan ni memang top time bulan puasa ni.. dua- dua nya memang best tak dapat di sangkal lagi.. kalau aku, aku lagi prefer ikan bakar sebagai lauk teristimewa untuk berbuka puasa..

Kalau korang, antara ikan bakar dan ayam golek.. mane satu lagi korang suka lahap dan bedal sebagai juadah berbuka puasa di bulan ramadhan ni ??

Monday, August 15, 2011

TAYAR SHINKO EVO SR877 IDAMAN KALBU


Tayar Shinko Evo SR877 ni memang dah lama menjadi idaman kalbu.. ditambah pula dengan keadaan tayar belakang motosikal aku sekarang ni yang seperti belah menunggu retak.. aku rasa inilah tayar yang paling sesuai untuk digayakan pada motosikal aku..

Kalau ada kesempatan wang dan masa sebelum kedatangan Aidilfitri, akan ku keluarkan kad ATM dari dompet aku untuk membantu aku merealisasikan impian aku untuk mengenakan tayar Shinko kat motosikal LC kesayangan aku ni..

Tayar ni asal daripada Korea.. dicipta khusus untuk kategori motosikal moped, tayar ini mampu memberikan anda cengkaman dan kawalan yang gah di jalan raya..

Berikut adalah 10 sebab kenapa anda perlu bertukar kepada tayar Shinko Evo SR877 :
  • With R&D and production in Japan and South Korea, you can be sure of that excellent end product which comes after heavy testing and quality control standards from the heroes behind Shinko's production Facilities. Which leads us to...
  • Shinko has obtained the following safety standards: the DOT (USA), E4 (European Standards), JIS (Japanese Industrial Standards), the mark of Safety from Brazil and etc. With so many transportation departments giving their approval to Shinko, you can be sure of: Safety and Quality! These virtues can come from our...
  • History. Having been producing innovative rubber products for two-wheelers (Bicycles and Motorcycles) since 1946. We are proud of our heritage to provide only the very best for our customers and remain committed to building our brand vision.
  • Did you know that Shinko Tyre Co. Ltd was actually a department from Yokohama Japan producing Motorcycle Tyres? Like Yokohama, Shinko is striving to provide the very best to our consumers, albeit Motorcycle riders. That's not the only thing,
  • Shinko is the OEM manufacturer for certain Continental Motorcycle tyres, Hankook Car(spare) Tyres and Karting tyres for Yokohama. With these top brands giving the exact same confidence to Shinko, you know you can trust us!
  • Shinko is the No. 2 top selling Motorcycle Radial tyre in Malaysia for the past year, let's aim for that No. 1 spot.
  • Shinko tyres has been and still are the No. 1 top selling Motorcycle Tyres in the United States. Twenty containers of sales every month! Need more be said?
  • That price: we strive to make our tyres affordable to our customers, our partners- Tyres are the only parts of the Motorcycle in contact with the road at all times. Nothing is more expensive than your safety and riding experience. Add in an affordable price (Shinko Radials are at least a hundred RM cheaper from the nearest competitor, makes perfect sense for every rider to understand Shinkonomics), need there be more? From Shinko? Oh yes!
  • That smile on your face: when you get off from your motorcycle and then thinking: nothing can get better than that excellent riding thrill which you just had. Bagus lah!
  • Shinko Tyres, the two wheels specialist. We are your everyday rider, your understanding partners on Track and Race-days. Kawan, we understand you!
Aku memang saje tak nak translate.. nanti hilang pulak maklumat- maklumat penting yang dia nak sampaikan.. hehe..


Jom layan dulu gambar tayar Shinko Evo SR877 ni..




Sumber : yoshimarketing.com , motomalaya.net

1134 UNIQUE VIEW DALAM SEHARI UNTUK CLOUD 9.. WOW !!!


1134 Unique View dalam sehari untuk Cloud 9.. memang satu perkara yang tidak aku jangkakan dan tak pernah aku duga untuk berlaku..

Belum pernah lagi Cloud 9 mendapat kunjungan yang sebegitu meriah daripada pengguna- pengguna internet di alam maya ni.. kebiasaanya, Cloud 9 hanya mendapat antara 300- 400 UV je dalam sehari..

Apakah punca ledakan Unique View yang melampau bagi sebuah blog capek seperti Cloud 9 ??

Inilah penangan entri SEO kalau kena dengan caranya.. walaupun hanya sekali sekala mengenakan entri SEO sebagai perhiasan di blog aku ni.. ternyata hasil nya memang umphh dan cukup menggiurkan.. hehe

Memang benar la kata otai- otai yang sudah lama bergelumang dalam dunia SEO ni.. entri SEO memang mampu menjana trafik yang gempak..

Entri SEO yang aku hasilkan untuk menjadikan Unique View sebegini jumlah nya adalah berkaitan dengan Kejohanan Badminton Dunia yang baru berakhir semalam.. ternyata entri ni memang banyak carian nya kat enjin carian yang terdapat dalam dunia ni..

KEPUTUSAN PENUH KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


Keputusan penuh Kejohanan Badminton Dunia 2011 adalah seperti berikut :

klik untuk lebih jelas

Negara tembok besar China mengesahkan penguasaan mereka dalam sukan badminton apabila menggondol kesemua acara yang dipertandingkan..

Sunday, August 14, 2011

LIVESCORE PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


Livescore perlawanan akhir kejohanan badminton dunia 2011 boleh dilihat di sini.. cara nya mudah sahaja.. anda hanya perlu klik link di bawah ini dan anda akan dibawa terus ke paparan livescore perlawanan akhir ini..

Berikut adalah link untuk visual livescore :
BWF WORLD CHAMPIONSHIP 2011

Set Pertama :
Lee Chong Wei 22 - 20 Lin Dan

JADUAL PERLAWANAN BARCLAYS PREMIER LEAGUE 14/ 8/ 2011 WAKTU MALAYSIA


Jadual perlawanan Barclays Premier League pada 14/ 8/ 2011 mengikut waktu Malaysia adalah seperti berikut :


STOKE CITY VS CHELSEA
  • 8. 30 MALAM
  • ASTRO ( ESPN 812 )
WEST BROMWICH ALBION VS MANCHESTER UNITED
  • 10. 55 MALAM
  • ASTRO SUPERSPORT 3 ( 817 )

( VIDEO ) PERLAWANAN SEPARUH AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : LEE CHONG WEI VS CHEN JIN


Video perlawanan separuh akhir kejohanan badminton dunia 2011 antara Lee Chong Wei VS Chen Jin boleh dilihat di sini..


http://www.youtube.com/watch?v=XNH7aPi5Yk0

JADUAL PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : 14/8/2011

Jadual perlawanan akhir kejohanan badminton dunia 2011 pada 14/ 8/ 2011 adalah seperti berikut..

Datuk Lee Chong Wei akan menentang seteru utama beliau bagi menentukan pemenang kejohanan dunia ni..

Perlawanan akan bermula jam 12 tengahari waktu tempatan dan jam 8 malam waktu Malaysia..


KEPUTUSAN BARCLAYS PREMIER LEAGUE 13/ 8/ 2011


Keputusan Barclays Premier League 13/ 8/ 2011 adalah seperti berikut..

Anda boleh klik link untuk menonton highlight gol- gol perlawanan..

LIVERPOOL 1 - 1 SUNDERLAND
  • 7'   SUAREZ ( PENALTY TAK MASUK )
  • 11' SUAREZ ( GOL LIVERPOOL )
  • 57' SEBASTIAN LARSSON ( GOL SUNDERLAND )
  • 20'         BEN WATSON ( GOL WIGAN )
  • 45' + 1'  WESLEY HOOLAHAN ( GOL NORWICH )
  • 45'+2' GARY CAHILL ( GOL BOLTON )
  • 66'      DANIEL GABIDDON ( OWN GOL )
  • 69'      IVAN KLASNIC ( GOL BOLTON )
  • 79'      FABRICE MUAMBA ( GOL BOLTON )
  • 20' MAURO FORMICA ( GOL BLACKBURN )
  • 21' STEVEN FLETCHER ( GOL WOLVES )
  • 46' KEVIN DOYLE ( PENALTI DOP MASUK )
  • 46' STEPHEN WARD ( GOL WOLVES )
FULHAM 0 - 0 ASTON VILLA


ARSENAL 0 - 0 NEWCASTLE

Saturday, August 13, 2011

LEE CHONG WEI KE FINAL KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011


Datuk Lee Chong Wei berjaya menamatkan badi nya apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011 buat pertama kalinya..

Pada aksi separuh akhir sebentar tadi, Lee Chong Wei telah berjaya menewaskan pemain dari republik besar China, Chen Jin, dengan straight set : 21- 13, 21- 9..

Lee Chong Wei hanya mengambil masa selama 44 minit bagi menamatkan perlawanan tersebut..

Berikut adalah statistik perlawanan antara Lee Chong Wei dan Chen Jin..

MACAM MANE AKU NAK BERAK NI !!

Macam mana aku nak berak ni !!

Dang- dang pulak time kritikal macam ni boleh takde air.. tadi sebelum berbuka elok je ade air.. boleh pulak time aku nak basuh tangan takde air.. ish, payah betol la kalau macam ni..

Dah la kebiasaan dan menjadi lumrah aku selepas berbuka aku perlu membuang segala jenis sisa toksik yang ada dalam badan aku ni.. kalau air takde, mana boleh aku nak buat perbuatan tu.. adoiyaiii..

Ni la first time sejak aku duduk kat rumah ni aku merasai kesengsaraan ketiadaan air mutlak ni.. sebelum ni tak pernah lagi terjadi perkara seumpama ni..

Adakah aku perlu mengambil langkah drastik dengan menggunakan air masak yang ada dalam jag untuk membantu aku melepaskan segala isi perut yang sudah tak diperlukan badan ni ??

Takpe.. aku akan cuba bertahan dalam masa setengah jam lagi sementara menunggu kehadiran air ni.. kalau takde jugak, kena cari tandas awam la jawab nya..


TOLONGLAH WEI, AKU NAK BERAK NI !!!

JADUAL PERLAWANAN KEJOHANAN BADMINTON DUNIA 2011 : 13/ 8/ 2011

Jadual perlawanan kejohanan badminton dunia 2011 bagi tarikh 13/ 8/ 2011 adalah seperti berikut.. perlawanan akan diadakan jam 11 pagi waktu tempatan bersamaan jam 7 petang waktu Malaysia..

Pemain negara kita, Datuk Lee Chong Wei akan menentang pemain dari China iaitu Chen Jin untuk perlawanan separuh akhir pertama.. beliau akan bermain pada giliran perlawanan yang kedua..


Klik untuk lebih jelas

Info lanjut tentang kejohanan boleh didapati di SINI

HARIAN METRO CEDOK ENTRI AKU KE NI ??

Harian Metro, akhbar tabloid no 1 dalam negara.. terkenal dengan cerita- cerita sensasi nya yang memang tak nak kalah gitu.. tajuk depan nya saja memang dah mempu untuk membuat pembaca membeli surat khabar tersebut walaupun akhbar tu hanyalah dipenuhi dengan iklan je..

Tadi aku pon ada gak la semak sedikit sebanyak kat dalam akhbar ni.. mane la tau kot- kot ade berita sensasi di bulan Ramadhan Al- Mubarak ni kan..

Memang usaha aku menyelak akhbar online tu berhasil.. memang sensasi berita yang aku jumpa ni.. hehe

Aku perasan yang satu berita kat dalam akhbar tu ada menyerupai entri aku untuk petang semalam.. berita tu pasal helmet yang super pelik tu..

Aku ada post entri tu berserta dengan gambar lagi petang semalam..

KEPUTUSAN BWF WORLD CHAMPIONSHIP 12/ 8/ 2011

Keputusan BWF World Championship 12/ 8/ 2011 yang melibatkan pemain negara kita dan pemain- pemain yang lain..

Datuk Lee Chong Wei berjaya mara ke pusingan seterusnya tetapi pasangan beregu negara Koo Kien Keat- Tan Boon Heong telah tumpas di tangan beregu dari Korea..

Klik untuk lebih jelas

Friday, August 12, 2011

BERAK BERSAMA CACING ?? LOGIK KE ??

Aik ?? apa punya pelik la tajuk tu.. macam mana nak berak bersama cacing ?? cacing bukan ke berak atas tanah je.. bukan nya diorang pergi ke tandas pon masa nak berak.. camana boleh berak bersama cacing lak ni..

Haa.. meh sini aku nak terangkan sedikit bagaimana situasi berak bersama cacing ni boleh berlaku..

Korang semua mesti dalam seumur hidup ni pernah makan sejenis ubat yang dinamakan ubat cacing kan.. ubat cacing ni kebiasaan nya diberi makan kepada kita jika kita mengalami sakit perut yang melampau yang bukan disyaki akibat daripada keracunan makanan ataupun Taun..

Biasanya masa kecik je la kita makan ubat cacing ni.. so bila dah besar ni, kesedaran untuk menjaga perut kita tu semakin kurang.. memang tak makan dah ubat cacing ni..

Pakar kesihatan menasihatkan kita supaya makan ubat cacing ni 6 bulan sekali bagi menghapuskan kitaran hidup cacing tu kat dalam perut kita ni..

Ubat ni datang dalam 2 jenis.. 1 jenis cecair dan 1 jenis tablet.. kanak- kanak disyorkan untuk mengambil ubat jenis cecair manakala mereka- mereka yang sudah mencapai akil baligh disyorkan untuk mengambil ubat jenis tablet..

Ubat ni memang berupaya membunuh cacing di dalam perut kita..

Cacing- cacing yang telah dibunuh itu akan dibuang melalui tubuh badan kita sewaktu kita berak.. oleh sebab itulah, kita sering mendengar cerita- cerita daripada adik- adik kecil kita yang menyatakan bahawa mereka berak keluar cacing..

Contoh dialog yang selalu kita dengar ;
" Mak !!! Tadi kan, masa adik berak.. ada cacing keluar dari bontot adik la mak.. panjang woo cacing tu.. takut adik tengok.. "
So, korang faham tak penjelasan ringkas aku tentang bagaimana berak bersama/ keluar cacing tu boleh berlaku.. harap- harap korang faham la yer..

P/ S : Aku dah makan ubat cacing untuk tahun ni, korang dah ke belum ??

( GAMBAR ) HELMET YANG SUPER PELIK !!!

Ramai yang sudah sedia maklum yang tujuan helmet dicipta kat atas planet Bumi adalah bertujuan untuk melindungi kepala- kepala manusia daripada hentakan atau mengalami kecederaan yang lebih serius jika kepala anda terhantuk, tercampak atas objek keras atau dihentak dengan kayu baseball..

Tetapi,

Walaupun helmet sememang nya dicipta untuk keselamatan terutama nya penunggang motosikal.. masih ramai lagi yang mengambil sikap sambil lewa dan degil serta keras kepala dalam isu pemakaian helmet ni.. diorang ingat yang kepala diorang tu dah keras macam batu agak nya..

Bagi menambah lagi kesedaran manusia tentang kepentingan pemakaian helmet ni, sepasukan designer dari Khazakstan telah mencipta helmet yang kelihatan super pelik, lucu, dan kreatif.. helmet- helmet ini dijangka akan lebih menarik minat para pengguna motosikal khususnya..

Jom layan gambar- gambar helmet yang super pelik ni..

Design kepala lelaki

Thursday, August 11, 2011

SELEPAS MALAYSIA AIRLINES, TONY FERNANDES NAK REMBAT KELAB BOLA SEPAK PULAK


Masih segar dengan kejayaan nya " merembat " sejumlah saham dalam Malaysia Airlines System, Tan Sri Tony Fernandes masih lagi rakus memenuhi nafsu beliau dengan cuba untuk " merembat " pemilikan kelab bola sepak terbaru di Liga Perdana England..

Usahawan berjaya Malaysia ini akan tiba di England pada hari khamis ini yakni esok untuk menyelesaikan isu pembelian kelab bola sepak Queen Park Rangers..

Taikun Air Asia itu telah mengadakan perbincangan dengan pemegang saham terbesar kelab bola sepak itu iaitu Bernie Ecclestone dan rakan kongsi nya iaitu Flavio Briatore dalam usaha untuk mendapatkan sejumlah saham dalam kelab itu..

Taikun Formula One, Bernie Ecclestone, yang turut merupakan pemegang saham terbesar dalam kelab ini dengan jumlah saham sebanyak 62 %.. dia telah bersetuju untuk menjual sejumlah besar saham nya pada harga 100 juta Pound..

Tony Fernandes telah bersedia untuk menawarkan dana sebanyak 10 juta Pound kepada kelab itu untuk melakukan pembelian pemain sekiranya dia berjaya menjadi pemilik kelab tersebut..

FABREGAS BAYAR SENDIRI YURAN PERPINDAHAN KE BARCELONA


Cesc Fabregas kini sedang berada di ambang penyelesaian dalam usaha perpindahan impian nya ke pasukan kesayangan nya iaitu Barcelona FC..

Tetapi, pemain tengah Sepanyol itu terpaksa mengeluarkan sendiri wang dari poket nya untuk menyelesaikan isu perpindahan ini..

Arsenal telah bersetuju untuk menerima yuran perpindahan sebanyak 39.5 juta Pound dengan Barcelona bagi mendapatkan khidmat Fabregas beserta dengan yuran tambahan sekiranya Fabregas membantu kelab Catalan itu memenangi kejohanan- kejohanan besar..

Yuran itu turut mengandungi 900, 000 Pound yang akan dibayar oleh Fabregas sendiri melalui potongan gaji nya selama 5 tahun kontrak nya bersama Barcelona..

Yang tinggal hanyalah perjanjian Fabregas dengan Barcelona untuk menyelesaikan terma- terma peribadi yang bakal menamatkan kisah perpindahan epik yang sudah berlarutan selama 3 tahun ini..


Wednesday, August 10, 2011

BLACKBERRY MESSENGER BURUKKAN LAGI RUSUHAN DI LONDON

Pengeluar telefon pintar, Blackberry, telah mendapati mereka kini berada di tengah- tengah rusuhan yang berlaku di kota raya London..

Ibu negara United Kingdom yang telah 3 malam diselubungi dengan rusuhan dengan rumah- rumah dan kedai- kedai di pecah masuk, dibakar dan dirompak.. rusuhan ini dilihat tiada kaitan dengan isu- isu politik tetapi sebaliknya lebih cenderung kepada aktiviti vandalisme dan rompakan..


Blackberry mendapati ia nya telah berada di tengah- tengah konflik rusuhan di mana perkhidmatan Blackberry Messenger ( BBM ) telah disalah gunakan oleh dalang- dalang rusuhan dengan menghantar mesej untuk merancang rompakan dan perkumpulan ahli- ahli rusuhan..

Tuesday, August 09, 2011

JIRAN TAK MENGIRA ALAM REALITI ATAU MAYA


Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita tak kira sama ada kiri, kanan, depan, belakang, atas dan di bawah merangkumi 40 buah setiap penjuru dengan diletakkan rumah kita sebagai paksi..

Itu adalah maksud jiran dalam Islam..

Dalam arus pemodenan globalisasi sekarang ni, kita dapat lihat yang nilai- nilai murni kejiranan semakin rakus ditelan arus pemodenan.. faktor kekangan masa dan kerja banyak membataskan pergaulan kita semua dengan jiran tetangga..

GUA MAU MANJA MANJA SAMA LU


Petikan dari blog Mejuez..



Salam reader sekalian alam. 

Terlebih dulu gua nak teruskan point gua mengenai "Gua Mau Manja Manja Sama Lu". Apa sebenarnya tajuk ni? Okay gua teruskan point gua, gua sebenarnya mau cari bloglist friend yang baru, yang boleh gua dan hangpa semua berkomunikasi satu sama dengan yang lain. Gua nak cari yang hyper aktif update dan rajin komen dekat blog member danrajin bersuara pendapat.

Hangpa semua macam mana boleh sertai?
Gua nak cari seramai mana yang boleh. Gua harap hangpa semua boleh lah join "Gua Mau Manja Manja Sama Lu" ni ya.

Syarat  : 
  1. Buat tajuk new post "Gua Mau Manja Manja Sama Lu"
  2. http://www.mejuez.com/2011/08/gua-mau-manja-manja-sama-lu.html
  3. Letakkan Header  di atas dan linkkan kepada entri ini.
  4. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini.

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA ENGLAND- BELANDA DIBATALKAN


Perlawanan persahabatan antara England dan Belanda terpaksa dibatalkan ekoran daripada situasi rusuhan yang berlaku di London semakin teruk dan tidak terkawal..


Rusuhan yang bermula di Tottenham pada malam Sabtu lalu yang tercetus akibat rasa tidak puas hati penduduk dengan kejadian tembakan daripada pihak polis telah merebak ke seluruh London malahan kawasan- kawasan lain di England turut menerima tempias nya..

Lebih 70, 000 tiket telah terjual untuk perlawanan ini..


Antara ulasan- ulasan bintang bola sepak England tentang pembatalan perlawanan ini..

Monday, August 08, 2011

TOK IMAM FERRARI.. VA VA VROOM !!!


Kepantasan nya memang menakjubkan.. keperkasaan nya mempersonakan.. corak reka bentuk memikat hati setiap pria yang memandang.. tak perlu diwar- war atau dihebohkan lagi.. sekali pandang pasti mengetap bibir menahan nafsu untuk memiliki..

Itulah penangan sebuah kereta Ferrari terhadap sang arjuna dan sang pria..

So, kali ni aku tak nak ulas dan cakap banyak pasal kereta Ferrari ni.. aku tulis entri ni sebab aku rasa aku nak cerita pasal tok imam la malam ni.. elok juga lepas- lepas terawih macam ni cerita pasal tok imam kan.. hehe.. bukan nak mengumpat atau mengata, saja je nak berkongsi cerita..

Ada bermacam- macam jenis tok imam kat dalam dunia ni.. tapi, aku malas nak cerita pasal seluruh dunia, aku cuma nak fokus kepada golongan- golongan tok imam yang ada kat Malaysia ni..

Sunday, August 07, 2011

JANGAN DUK CAKAP BESAR LA WEI

Baru je habis tengok FA Community Shield ni.. bulan- bulan puasa ni tengok kat rumah je.. kalau bulan tak puasa memang dah tengok bola kat kedai sambil minum teh tarik la ni.. hehe

Keputusan penuh perlawanan antara dua musuh berjiran tu, Man. U VS Man. City, 3 untuk Man. U dan 2 untuk Man. City.. jadi Man. U dah menang la Community Shield untuk edisi kali ni.. kemenangan kali ni adalah yang ke- 15 buat Man. U..

Aku sebenarnya nak bercakap tentang pasukan Man. City sebenarnya.. diorang punya target tahun ni adalah menang BPL.. tapi kalau tengok daripada gaya diorang main tadi, jauh lagi la gamak nya nak menang BPL tu..

Saturday, August 06, 2011

KERORO : TAK SABAR TUNGGU JIRAN

Erm.. mane la jiran aku ni kan.. tak kunjung - kunjung tiba jugak.. dari petang tadi lagi aku duk menanti kelibat jiran aku ni.. tapi, bayang- bayang jiran aku pon tak kelihatan lagi..

Bila Keroro nak bagi jiran kat aku ni.. baru 20 orang je aku tengok yang dah dapat jiran.. mungkin ni adalah antara 20 orang terawal kot.. tu yang diorang dapat jiran diorang lebih awal tu agak nya..

Keroro cakap yang dia berjaya kumpulkan 100 penyertaan dalam segmen cari musuh ni.. so, agak susah la jugak dia nak mem "pair" kan jiran- jiran tu.. betol tak Keroro.. hehe.. aku cuba memahami penderitaan kamu..

So, malam ni Keroro cakap yang dia akan keluarkan list jiran yang ke- 2.. tak tahulah aku tersenarai ke tak lagi.. kita tunggu dan lihat je la yer.. hehe

ROMELU LUKAKU SEMAKIN HAMPIRI CHELSEA FC

Adakah usaha yang disemai selama ini akan membuahkan hasil ??


Kisah pemburuan pemain Anderlecht yang berusia 18 tahun iaitu Romelu Lukaku oleh kelab- kelab terkemuka Eropah sudah tidak asing lagi dalam musim perpindahan kali ini.. pemain sensasi itu yang mempunyai corak permainan mirip Didier Drogba telah berjaya membuat kelab nya iaitu Anderlecht mengalai kesukaran untuk mengekalkan nya di Anderlecht..

Berita terbaru melaporkan yang Lukaku sudah hampir untuk memeterai perjanjian untuk menyertai Chelsea bagi musim 2011/ 2012 ini..

Friday, August 05, 2011

KEPUTUSAN UNDIAN PIALA MALAYSIA 2011


Undian Piala Malaysia 2011 akan menampilkan 16 pasukan terbaik dalam liga Malaysia.. Juara tahun 2010 diletakkan selaku pilihan bersama 3 lagi pasukan teratas liga super iaitu Terengganu, Selangor dan Kedah..

SEGMEN PROMOSI SESAMA BLOGGER





Ni ade segmen dari blogger Tia ni.. mai la join neh.. tak rugi pon kalau join.. betol tak ?? hehe

" JOM CARI MUSUH "



Harap- harap dapatlah jiran dengan join segment Kero ni kan.. belum pernah lagi ada jiran dalam dunia blog ni.. hehe...
In Accordance With with Thumbnails