- - SELEPAS MALAYSIA AIRLINES, TONY FERNANDES NAK REMBAT KELAB BOLA SEPAK PULAK ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, August 11, 2011

SELEPAS MALAYSIA AIRLINES, TONY FERNANDES NAK REMBAT KELAB BOLA SEPAK PULAK


Masih segar dengan kejayaan nya " merembat " sejumlah saham dalam Malaysia Airlines System, Tan Sri Tony Fernandes masih lagi rakus memenuhi nafsu beliau dengan cuba untuk " merembat " pemilikan kelab bola sepak terbaru di Liga Perdana England..

Usahawan berjaya Malaysia ini akan tiba di England pada hari khamis ini yakni esok untuk menyelesaikan isu pembelian kelab bola sepak Queen Park Rangers..

Taikun Air Asia itu telah mengadakan perbincangan dengan pemegang saham terbesar kelab bola sepak itu iaitu Bernie Ecclestone dan rakan kongsi nya iaitu Flavio Briatore dalam usaha untuk mendapatkan sejumlah saham dalam kelab itu..

Taikun Formula One, Bernie Ecclestone, yang turut merupakan pemegang saham terbesar dalam kelab ini dengan jumlah saham sebanyak 62 %.. dia telah bersetuju untuk menjual sejumlah besar saham nya pada harga 100 juta Pound..

Tony Fernandes telah bersedia untuk menawarkan dana sebanyak 10 juta Pound kepada kelab itu untuk melakukan pembelian pemain sekiranya dia berjaya menjadi pemilik kelab tersebut..

In Accordance With with Thumbnails