- - Pasir Mas, Kelantan.. kilang gadis cantik?? ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, January 30, 2011

Pasir Mas, Kelantan.. kilang gadis cantik??



Huish.. dasat betol tajuk entri ni.. bahaya ni.. takkan r kat kelantan pon ada benda macam ni.. nak challenge lorong hj taib ke atau nak challenge brickfields ni..

Hehe.. sebenarnya tajuk ni saja nak bagi gimik.. tak ada kaitan pon dengan sindiket pelacuran atau apa- apa saja yang mengaitkan wanita sebagai modal nya.. hehe.. kalau tuan guru Nik Aziz baca ni, mampos aku.. hehe





Korang kenal tak dengan nama Pasir Mas ni.. alah jajahan yang ada kat kelantan tu.. FYI, kat Kelantan dorang tak panggil daerah tapi jajahan.. dengar2 cerita, kat sana ramai gadis yang cun dan come lote.. huhu.. korang tak  percaya ke???

Hehe.. dah ramai dah pemuda- pemuda seluruh Malaysia yang berebut nak jadikan awek2 Pasir Mas ni sebagai calon isteri tau..

Ramai orang cakap yang gadis Pasir Mas ni memiliki wajah Melayu yang asli.. tak payah solek pon dah mampu menggoda lelaki.. selain itu, kulit mereka ni khususnya kat tangan, kelihatan halus mulus, gebu dan lembut seperti bayi..

Mata diorang pulak memang menawan.. berwarna coklat kebiruan dan kelabu.. macam mata omputih gitu.. hehe.. siap lengap dengan alis mata dan kening hitam yang tebal seolah- olah memakai celak jenama Shiseido..

Ada orang mendakwa bahawa awek2 Pasir Mas ni cun sebab diorang ada kaitan dengan Puteri Sa'adong yang cantik jelita tu.. Puteri Sa'adong ni merupakan sebahagian daripada kisah lagenda Kelantan.. ada jugak yang cakap gadis2 Pasir Mas ni cantik sebab mewarisi kecantikan nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand..

Ni antara tips yang diamalkan nenek moyang mereka mengikut kajian..

- Mengamalkan makan beras pulut setiap hari
- Mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit muka
- Memakan buah- buahan seperti tomato pada setiap pagi
- Meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan

Ni pulak antara senarai kampung2 yang digembar- gemburkan menghasilkan ramai gadis cantik.. so, sape2 yang solo tu boleh usha la kampung ni.. heheh

- Kampung Seberang Pasir Mas
- Kampung Betong
- Kampung Aur Duri
- Kampung Bunut Susu ( kampung ayah aku ni.. hehe )
- Kampung Slow Machang
- Kampung Kubang Bemban

Hehe.. kalau tak silap aku.. isteri abang Ben Ashaari pon orang Kelantan jugak.. huhu.. so, boleh la try tanya abang Ben cara2 nak ejas mek kelate ni.. hehe
In Accordance With with Thumbnails