Aduh.. ingatkan pindah rumah baru ni dapat la setel semua masalah.. rupa- rupanya lagi banyak masalah menimpa..huhu
Bermula dari pendaftaran lagi.. cuba korang bayangkan.. kitorang yang tengah sengkek duit ni diminta untuk membayar kos access kad sebanyak RM 200.. dah la tanpa sebarang notis yang kukuh.. terkejut kitorang tadi.. mane nak cekau duit sebanyak tu.. nasib baik la selepas berjaya dirunding.. dorang pon bagi la dateline sampai isnin ni..
Lepas masalah tu, timbul lak masalah lain.. tempat baru aku ni tak sedia parking motosikal.. kurang asam betol.. dia cakap kalau nak parking motosikal, parking kat tepi2 tu je.. ni yang membuatkan aku nak marah ni.. ingat aku tak sayang motosikal aku.. bukan murah nak beli tu.. aku memang meragui la tahap keselamatan nya.. huh..
Dua masalah dah ada.. ada pulak masalah yang lain tambah.. kesukaran untuk online.. line wimax pulak kadang- kadang dapat, kadang- kadang tak dapat.. hampeh betol.. maklum la kan.. duduk tingkat 13, tu yang susah nak dapat line tu.. ni pon online sangkut2.. nasib baik sempat buat je entri ni..
Huhu.. so, aku tak tau la nak cakap sama ada best ke tak pindah rumah baru ni.. kalau macam ni, baik duduk rumah lame je.. wuwuwu