"takde calon lagi mak..Korang tak kesian ke kat mak bapak korang kat kampung tu.. dorang kepingin dah nak bermain dengan cucu.. tapi kalau korang awek pon takde, lambat lagi la gayanya dorang nak timang cucu..
Aku rasa aku tau kenapa sebab korang tak dapat nak mengorat gadis- gadis yang ada kat Malaysia ni..
Ni antara sebab mengikut kajian Pak Cik Din..
- Korang tidak pernah bercermin yakni menjaga penampilan diri.. korang tak sedar yang diri korang tak sehensem Lee Min Ho tapi ada hati nak tekel awek2 yang muka ala2 awek Korea gitu.. huhu.. so, cermin tu hendaklah sentiasa dibawa kalau ada percubaan nak tekel awek hot..
- Terlalu konfiden.. korang dengan selamba je kentut dan korek hidung depan awek tu.. walaupun tahap kekonfidenan anda tinggi, tapi perkara ini sebenarnya menunjukkan anda ni seorang yang menjijikkan.. eiii.. disgusting la you ni.. hehe
- Malas nak mencurah air ke badan atau dalam erti kata lain malas nak mandi.. korang memang anti gila bab- bab mandi ni.. so, untuk menghilangkan bau yang semerbak tu.. korang telah menghabiskan 1/2 botol perfume sehari untuk mengaburi bau badan korang..
- Malu nak mengorat.. korang hanya menggunakan orang tengah untuk mengtekel awek tersebut.. taktik ini sudah tidak rasional pada zaman sekarang kerana kebarangkalian untuk awek tu dikebas oleh orang tengah tu amatlah tinggi.. so, korang gigit jari je la tengok awek tu kena kebas.. hehe
- Terlebih lawak.. korang telah melakukan lawak2 yang melampaui norma- norma pemikiran seorang manusia.. selain itu lawak korang juga kadang- kadang hanya sesuai untuk budak2 tadika je.. so, berubah la wahai pelawak- pelawak..
So, amacam dengan hasil kajian Pak Cik Din.. ada tak semua ni terjadi pada korang.. kalau ada, cepat2 la berubah yer.. tak elok jadi bujang terlajak ni.. nabi kita pon tak suka.. hehe