- - 2013 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, October 08, 2013

BOYFRIEND KORANG KEDEKUT KALAU ...

Kedekut kah dia?

Kali ni nak cakap pasal boyfriend lak.. heheh.. mesti gadis- gadis kat luar sana ramai yang dah mempunyai boyfriend kan.. heheh.. aku xde boyfriend ok.. aku lurus.. hehe

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!


Tuesday, October 01, 2013

APLIKASI ANDROID YANG WAJIB UNTUK SEORANG PELANCONG

Applikasi wajib untuk pelancong

Android memang ternyata mempunyai lambakan pelbagai jenis aplikasi. Bermula lah daripada aplikasi yang boleh kita kategorikan sebagai sampah sehingga kepada aplikasi yang akan kita jerit " wow !! ' bila menggunakannya.

Bagi seorang pelancong, pelbagai jenis bantuan yang boleh didapati secara percuma sangatlah diperlukan ketika dia sedang bercuti yakni melancong.

Terdapat beberapa aplikasi Android yang sangat awesome dan menarik serta sangat membantu sewaktu seseorang itu sedang melancong.

Antara aplikasi tersebut ialah :

Thursday, September 19, 2013

ANALISIS RINGKAS PEMAIN CHELSEA ATAS KEKALAHAN KEPADA FC BASEL

kekalahan ketiga berturut- turut
Kalah 2-1 kepada FC Basel

Semalam merupakan hari yang cukup suram buat peminat Chelsea di seluruh pelusuk dunia.

Chelsea kalah lagi !!

Ia adalah kekalahan ketiga berturut- turut buat Chelsea untuk musim 2013/2014. Kekalahan kepada FC Basel semalam menandakan berakhirnya rekod tanpa kalah Chelsea untuk perlawanan pembukaan Liga Juara- Juara Eropah untuk sekian lama.

Berikut adalah analisis ringkas pemain Chelsea sewaktu menentang FC Basel semalam.

Wednesday, September 18, 2013

( SUPER COOL ) PERDANA MENTERI RUSSIA DAN HOBI DI MASA LAPANG

Hobi waktu lapang
Inikah hobi beliau ?

Vladimir Putin.

Satu nama yang tidak asing lagi dalam pentas politik antarabangsa. Ramai yang senang dengan si empunya nama dan ramai juga yang kurang senang dengan segala tindak tanduk si empunya nama ini.

Vladimir Putin sememangnya mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat dunia. Sebagai seorang Perdana Menteri Russia, beliau adalah salah seorang daripada manusia yang cukup dibenci dan digeruni Amerika Syarikat. Beliau yang mempunyai personaliti yang dingin mampu membuat mereka yang berada di sekeliling beliau berasa tidak selamat dan selesa.

Walaupun begitu peribadinya, ternyata dia adalah seorang manusia yang unik. Hobi di waktu lapang nya juga kelihatan sangat unik dan cool.

Tuesday, September 17, 2013

( SUPER SURAM ) SISI DUNIA YANG DIRAKAM KERETA PERONDA GOOGLE

Masih banyak lagi tempat yang sedih, tidak bermaya dan suram yang masih wujud di atas muka bumi ini.

Perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh kereta peronda Google yang ditugaskan untuk merakam jalan yang bakal dimasukkan ke dalam Google Maps.

Terdapat tempat yang ditemui oleh pihak peronda yang mampu membuatkan anda tidak akan melalui kawasan itu secara berseorangan di waktu malam.

KEPUTUSAN PENUH BARCLAYS PREMIER LEAGUE 2013/2014 MINGGU #4

Keputusan perlawanan minggu #4
Keputusan perlawanan minggu #4

Barclays Premier League 2013/2014 telah memasuki minggu #4 pada hujung minggu baru- baru ini.

Banyak keputusan luar jangkaan yang berlaku. Ada yang meneruskan rekod tanpa kalah dan ada juga yang terpaksa berpuas hati dengan hanya satu mata.

Perlawanan minggu #4 juga banyak menyaksikan debutant melakukan penampilan sulung mereka selepas hari perpindahan tamat pada 2/9/2013 baru- baru ini. Antara bintang baru yang paling mencuri tumpuan ialah Mesut Ozil dan Christian Eriksen.

Monday, September 16, 2013

JADUAL PERLAWANAN KE- 5 PIALA MALAYSIA 2013

Malam esok 17/9/2013 akan berlangsung perlawanan ke-5 peringkat kumpulan Piala Malaysia 2013.

jadual perlawanan piala Malaysia
Watsons Piala Malaysia
Perlawanan pada malam esok esok boleh dikatakan sebagai penentu untuk kebanyakan pasukan mengetahui nasib mereka samada layak atau tidak untuk meneruskan perjuangan di peringkat yang seterusnya.


LEE MIN HO YANG SEHENSEM AKU

Siapa ni?? ni nama orang ke?? lelaki ke perempuan?? kalau lelaki, siapa dia ni?? ada apa dengan mamat ni?? dengar cerita, semua awek- awek cute mute kat Malaysia ni minat kat dia.. huh..

Bagi merungkai semua persoalan tu.. aku pon guna la kuasa Google untuk mengetahui lebih lanjut dengan mamat ni..


Saturday, September 14, 2013

KEMBALI SETELAH 2 MINGGU MENGHILANG

Apa yang kembali ? ada barang yang hilang ke ? Ada penyakit yang dah hilang tapi datang kembali ke ?

Sebenarnya ianya bukanlah barang, penyakit atau masa yang hilang. Ianya adalah keghairahan dan ketaksuban kaki- kaki bola seluruh dunia terhadap liga- liga besar di Eropah.

Umum sudah mengetahui bahawa, hampir keseluruhan liga- liga gergasi di Eropah telah berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Brazil 2014.

Setelah selesai menabur bakti untuk tanah air masing- masing, para bintang akan kembali untuk berkhidmat dengan kelab masing- masing dan terus berjuang untuk semakin merancakkan liga yang kebanyakan telah menjengah perlawanan ke- 4.

Bagi pengusaha kedai- kedai mamak seMalaysia, sudah pasti senyum akan terukir sampai ke telinga kerana sudah pasti kedai- kedai mereka akan kembali dipenuhi kaki- kaki bola segenap lapisan yang datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Sudah hampir 2 minggu kedai mereka kosong pada malam hari dan bermula pada malam ini, perkara seperti itu sudah hampir pasti tidak mungkin berlaku lagi.

Thursday, September 12, 2013

JADUAL PERLAWANAN BARCLAYS PREMIER LEAGUE MINGGU #4

jadual perlawanan minggu #4
Barclays Premier League

Pada hujung minggu ni iaitu 14/9/2013 dan 15/9/2013 akan berlangsung perlawanan Barclays Premier League minggu ke- 4 bagi musim 2013/ 2014.

Berikut adalah jadual perlawanan nya.


Wednesday, September 11, 2013

MAJALAH UJANG BIKIN PANAS TEMAN SEBILIK

Antara koleksi majalah terbaik
Majalah Ujang

Siapa yang tak kenal dengan majalah Ujang yang tersangatlah famous dengan siri Lawak Antarabangsa nya.

Ramai dalam kalangan kita yang membesar dengan membaca majalah Ujang. Bahkan penuh satu almari di rumah dengan koleksi majalah Ujang.

Ternyata majalah Ujang mempunyai sisi dan ruang nya yang tersendiri dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Tapi tahukah anda bahawa majalah Ujang juga menjadi penyebab perbalahan antara dua orang teman sebilik.

Jom kita selami dan fahami bagaimana perbalahan itu boleh terjadi.


KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN MALAYSIA VS CHINA (10/9/2013 )

Perlawanan persahabatan kelas A
Perlawanan persahabatan kelas A

Perlawanan persahabatan kelas A yang menemukan pasukan negara kita dengan pasukan China berkesudahan dengan pasukan China berjaya menewaskan pasukan kebangsaan kita dengan 2- 0.

Ini adalah perlawanan persahabatan kelas A yang pertama untuk pasukan kebangsaan setelah sekian lama. Ternyata FAM tidak hanya memberi omongan kosong kepada peminat bola sepak tempatan apabila menunaikan janji yang telah diberi tempoh hari.


Sunday, September 08, 2013

HARGA TAYAR MOTOSIKAL DI PASARAN MALAYSIA

Salam dunia buat semua.. hik99 .. Macam lagu M.Nasir tu..
kali ni aku nak citer pasal tayar motosikal lak. Ni merupakan sumbangan ikhlas dari aku untuk semua rakyat marhaen di Malaysia yang ada motosikal..

Mesti ramai orang yang ingat tayar ni tak memainkan peranan yang penting.. Aku ade collect sedikit cerita dari brader- brader di sekeliling tentang tayar ni.. Ni jawapan yang dorang bagi..

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

1- Abu, dari Bangi: "tayar ni kalu korang nak layan lap kena r pakai tayar yang best.. kalu pakai tayar yang cincai- cincai, alamat nye masuk hospital la.."

2- Mat, dari Klang: "kau guna la tayar apa- apa pon, janji selamat.."

3- Samad, dari Shah Alam: " kau pakai tayar yang mahal la..baru ade kelas..hahah.. "

Thursday, September 05, 2013

BENARKAH VITAMIN C BERI KEBAIKAN PADA KITA ?

Serius terfikir idea tentang entri ni masa tengah meneguk sebotol Tropicana Twister.

Iklan TV cakap yang bahawasanya Tropicana Twister ni kaya dengan vitamin C yang sangat diperlukan oleh badan manusia.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Dan diri ini memang pun percaya bulat- bulat apa yang dikhabarkan oleh TV tu. Oleh sebab itulah setiap kali berkunjung ke pasaraya Giant, pasti akan dirembat 2 botol Tropicana Twister. dekat  Giant diorang jual murah, 2 botol RM 5.79 kot kalau tak silap.

Sumber vitamin c
Sumber vitamin C

Tapi, benarkah vitamin C beri kebaikan pada kita ? Itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Adakah itu hanya mitos semata ?


Wednesday, September 04, 2013

KENAPA KITA PERLU PILIH UNTUK BERBASIKAL ?

Kelebihan basikal
Basikal bawa banyak kebaikan atau keburukan ?

Masa kecil dahulu, semua orang pasti idamkan untuk mempunyai sebuah basikal persendirian tanpa perlu dikongsi bersama adik- beradik yang lain.

Hal itu mungkin pasti bagi keluarga yang berkemampuan, tetapi bagi keluarga yang kurang berkemampuan pula, mempunyai sebuah basikal untuk dikongsi beramai- ramai bersama- sama anggota keluarga yang lain juga sudah cukup indah.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Tetapi kenapa apabila kita sudah meningkat dewasa, basikal itu kita pandang enteng sahaja. Sudah lupakah kita akan jasa dan kenangan serta kebaikan yang ada pada basikal sewaktu kita kecil dahulu.

Kita lebih memilih untuk menaiki motosikal berbanding basikal walaupun hanya sekadar untuk ronda- ronda di taman perumahan. Untuk ke kedai yang 200 meter dari rumah pun kita masih mahu menggunakan motosikal. Tidakkah anda semua pernah terfikir bahawa itu adalah pembaziran tanpa sedar ?

Monday, September 02, 2013

KUNCI KEJAYAAN ? SESUNGGUHNYA SUDAH TERTULIS PADA NAMA

Rahsia kejayaan
Kunci kejayaan

Berikut adalah senarai nama syarikat terkemuka dan bagaimana mereka boleh mendapat nama berkenaan. Anda tak perlu tahu pun pasal perkara ini, tapi jika anda tahu ia akan jadi satu ilmu yang berguna dan boleh berlagak dengan rakan-rakan.. hohoho..


1- Google asalnya dari perkataan googol yang menyampaikan misi syarikat untuk menjadi sumber penyampai maklumat terulung di internet,tapi telah disalah eja jadilah google. Nasib baik salah eja kalau tak cam pelik je nama googol tu.

2- Adidas – diambil daripada nama founder mereka Adolf (Adi) Dassler.

3- McDonald’s – diambil daripada nama keluarga Dick McDonald dan Mac McDonald yang merupakan orang pertama yang membuka restoran McDonald’s pada tahun 1940.

4- Nike – diambil sempena nama Dewi Kejayaan Greek.


Sunday, September 01, 2013

ENTRI MERDEKA: INDAH LAGIKAH BAHASA MALAYSIA ?

Logo kali yang ke-56
Logo Kemerdekaan tahun 2013

Kita memang sedia maklum yang bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia, mempunyai persamaan dengan Bahasa Indonesia.. tapi, ade satu perkara yang kita tidak perasan dan telah lama tersembunyi dalam kedua- dua bahasa tersebut..

Tahukah anda bahawa bahasa percakapan kita di Malaysia sudah banyak dirojakkan dan diringkaskan?? Adakah anda perasan sume tu??

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Untuk makluman anda, Bahasa Indonesia lebih puitis dan mendalam maksudnya dari bahasa Malaysia.. jadi tidak hairan la mengapa bahasa Indonesia lebih digemari oleh pengkaji- pengkaji bahasa di dunia.. Itulah realiti yang dialami sekarang..

Bukan tujuan saya untuk mengagung- agung kan bahasa Indonesia dan memperkecilkan bahasa Malaysia.. saya hanya ingin cuba menceritakan fenomena sebenar yang berlaku sekarang ini..

Bahasa Indonesia lebih puitis daripada bahasa Malaysia kerana setiap perkataan membawa maksud yang tersendiri.. Konsep ini adalah sama seperti bahasa Arab di mana setiap kalimah membawa maksud berlainan.. oleh sebab itulah jika kita tersilap membaca Al- Quran, kita dikhuatiri boleh mendapat dosa free je..

Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!

Contoh yang boleh diambil dari bahasa Indonesia adalah perkataan cantik.. jika dilihat kepada percakapan orang Malaysia.. Cantik itu diguna pakai untuk semua benda yang elok paras nya.. kucing cantik, rumah cantik, awek cantik, kereta cantik dan sebagai nya lah.. tapi bahasa Indonesia pula, cantik itu khusus untuk pemandangan.. kalau untuk orang, perkataan yang digunakan adalah jelita, elok dan rupawan.. berbeza bukan??

Selain itu, perkataan pening juga digunakan secara meluas di kalangan rakyat Malaysia.. pening untuk sakit kepala la, pening memikirkan masalah la, dan macam- macam pening lagi la.. Di Indonesia, pening itu membawa maksud kesusahan memikirkan sesuatu perkara.. Indonesia tidak gunakan pening itu untuk sakit kepala.. untuk sakit kepala, perkataan yang digunakan adalah kepala pusing.. mungkin perkataan tersebut membawa erti lain bagi rakyat Malaysia.

Selain itu juga, perkataan tolak juga digunakan secara bersahaja di Malaysia.. Kita pakai tolak untuk semua perkara.. menolak kotak, menolak pelawaan dan sebagainya lagi la.. Indonesia hanya menggunakan tolak itu sebagai perkataan yang digunakan untuk menolak pelawaan.. bagi menggambarkan perbuatan menolak barang, perkataan yang digunakan adalah dorong.. Malaysia juga ada perkataan ini, tapi diguna pakai untuk maksud yang lain.. contohnya adalah seperti penyebab untuk kita melakukan sesuatu.. contoh ayat " saya terdorong untuk melakukan nya kerana pengaruh kawan ".. berbezakan konsepnya dengan bahasa Indonesia..


Saturday, August 31, 2013

KEPUTUSAN UEFA SUPER CUP 2013 CHELSEA VS FC BAYERN MUNICH

keputusan perlawanan uefa super cup
UEFA Super Cup 2013

Perlawanan UEFA Super Cup 2013 yang telah berlangsung antara Chelsea menentang FC Bayern Munich telah berkesudahan dengan keputusan FC Bayern Munich menang menerusi penetuan sepakan penalti 5- 4.

Perlawanan yang berlangsung di Prague itu telah menyaksikan Fernando Torres membuka jaringan untuk Chelsea seawal minit ke- 8.

Gol penyamaan FC Bayern Munich hadir menerusi pemain terbaik Eropah 2012 iaitu Frank Ribery pada minit ke- 48.


Thursday, August 29, 2013

FAKTA YANG ANDA SEMUA TIDAK PERNAH PEDULI

Cover of "Puji-Pujian"Cover of Puji-Pujian
1) Bom nuclear yang meletup di Hiroshima dan Nagasaki diberi nama 'fat man' dan 'little boy'.

2) Bom terkuat di dunia ,bom hidrogen yang diletupkan di Socorro, New Mexico, diberi nama 'trinity'.namun ianya diharamkan penggunaannya sejurus selepas mereka selesai meletupkannya.

3) Batu @ galian yang menyerap radiasi bom 'Trinity' dinamakan 'Tritenite'

4) Mata yang anda lihat pada watak kartun@anime jepun sebenarnya berasal dari mata ikan.


Wednesday, August 28, 2013

( SUPER NGERI ) GAMBAR YANG BAKAL MEMBUAT ANDA JERITKAN NAMA MAK ANDA !!!

Banyak perkara yang ada dalam dunia ni yang boleh membuatkan anda terpekik,terlolong menjerit memanggil nama mak anda.

Ada ketika di mana anda akan menjeritkan nama mak anda sekiranya anda berada dalam ketakutan yang amat sangat.


Ada juga saat di mana anda akan menjeritkan nama mak anda apabila anda berada dalam keadaan super excited atau dalam bahasa Melayu mudah nya teruja yang amat sangat.

Hari ini aku akan tunjukkan gambar yang akan membuatkan korang semua menjerit nama mak masing- masing.

Hehehe.

Tuesday, August 27, 2013

PERKARA YANG GOOGLE RAHSIAKAN TENTANG ANDROID OS

Android ada keburukan?

Android OS telah membantu ramai manusia sejagat untuk memiliki gadget yang berteknologi tinggi pada harga yang berpatutan serta murah amat.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Walaupun peranti Android itu mudah untuk didapati, janganlah anda terus rabun dan rambang mata untuk memiliki satu peranti Android.

Hari tidak selalunya cerah. Begitu juga dengan peranti Android.

Sunday, August 25, 2013

( SUPER GELI ) JANGAN MAKAN SEBELUM TENGOK !! 18PL

Sesiapa yang ada sakit jantung, tolong berhati- hati masa tengok gambar ni. Sebarang komplikasi terhadap penyakit anda, di luar tanggungjawab saya.

Sesiapa yang tengah kekenyangan amatlah sama sekali disarankan menjauhkan diri daripada gambar ni. Takut- takut tersembur semua isi perut nanti. Hehe
Sila ambil langkah keselamatan yang perlu semasa melihat gambar ni.

Saturday, August 24, 2013

JADUAL PERLAWANAN KE- 2 PIALA MALAYSIA 2013

Watsons Piala Malaysia

Perlawanan ke- 2 Piala Malaysia 2013 akan berlangsung pada 24/ 8/ 2013.

Voucher beli- belah bernilai RM 1000 untuk anda, rebutnya di sini !!!

Berikut adalah jadual perlawanan untuk malam ini.

Friday, August 23, 2013

KHASIAT DAN KEBAIKAN PETAI

Petai

Pokok petai atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing, yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk).

Sebenarnya ramai antara kita yang tidak tahu akan kebaikan petai. Kita benci akan petai kerana baunya lantas tidak pernah memikirkan apakah kebaikan yang tersirat di sebalik bau nya yang ehem- ehem itu.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Tahukah anda bahawa bau busuk daripada petai itu terhasil daripada gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi kekacangnya.

Antara kebaikan- kebaikan petai ialah:

1) Dapat merawat masalah hati,kencing manis (Diabetes), dan buah pinggang.

2) Daun petai dapat merawat demam kuning.

3) Mengurangkan risiko penyakit strok.


Wednesday, August 21, 2013

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN #1 PIALA MALAYSIA 2013

Watsons Piala Malaysia

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan pertama Watsons Piala Malaysia yang telah berlangsung malam tadi 20/8/2013.

Voucher beli- belah bernilai RM 1000 untuk anda, rebutnya di sini !!!

Kelihatan beberapa pasukan pilihan gagal untuk menepati ramalan menang perlawanan pertama.


STATISTIK RINGKAS PERLAWANAN BARCLAYS PREMIER LEAGUE MINGGU #1

Barclays Premier League minggu #1

Berikut adalah statistik ringkas perlawanan untuk minggu #1 :

10 perlawanan telah berlangsung pada minggu pertama Barclays Premier League pada 17/8/2013 dan 18/8/2013.

Daripada 10 perlawanan yang dilangsungkan, 9 pasukan telah berjaya mencatatkan kemenangan bertemu lawan masing- masing dan satu keputusan seri telah dicatatkan.

Tuesday, August 20, 2013

( GAMBAR ) USTAZ AZHAR IDRUS MELAWAT MANGSA YANG DILANGGARNYA

Satu Malaysia sudah mengetahui bahawa penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya baru- baru ini.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Menurut kebanyakan sumber, Ustaz Azhar Idrus telah dikatakan melanggar lampu isyarat merah seterusnya mengakibatkan keretanya telah melanggar sebuah kereta Proton Iswara yang melakukan pusingan U di hadapan Desa Murni Pengadang Baru.


KEPUTUSAN PENUH BARCLAYS PREMIER LEAGUE MINGGU #1

Barclays Premier League

Berikut adalah keputusan penuh bagi perlawanan pembuka tirai Barclays Premier League minggu #1.

Monday, August 19, 2013

KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Puasa sunat syawal

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya
“sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Saturday, August 17, 2013

( VIDEO ) IKLAN TELEVISYEN PROTON SUPRIMA S


Maka bermula lah kehidupan sebuah kereta keluaran terbaru Proton iaitu Proton Suprima S pada hari ini.

Dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, selaku bapa kepada Proton pada jam 10 pagi tadi.

Ingin Mendalami Ilmu Pertolongan Cemas Untuk Yang Tersayang?? Klik Sini !!

Majlis pelancaran yang gilang gemilang itu telah mendapat liputan yang meluas daripada rakyat Malaysia dan para pengkritik industri automotif khususnya.

( GAMBAR ) USTAZ AZHAR IDRUS KEMALANGAN JALAN RAYA

Siapa yang tak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus?? Kalau tak kenal,sila search kat YouTube dulu lepas tu baru datang sini.

Ustaz Azhar Idrus dikhabarkan telah mengalami kemalangan jalan raya pada jam 7.30 pagi tadi.


Kemalangan yang berlaku berhampiran lampu isyarat masjid Pengadang Baru itu telah membabitkan kereta ustaz dan sebuah lagi kereta.

Friday, August 16, 2013

SEKILAS PANDANG PROTON SUPRIMA S

Tinggal kurang dari 12 jam sebelum model terbaru dilancarkan dalam legasi keluarga Proton.


Ahli keluarga terbaru Proton yang bakal dikenali sebagai Proton Suprima S akan dilancarkan pada jam 10 pagi esok.


Thursday, August 15, 2013

PROTON SUPRIMA S BAKAL DILANCARKAN 17 OGOS INI

Setelah hampir sebulan kita digembar- gemburkan dengan kemunculan model terbaru yang berkonsepkan hatchback, akhirnya kita telah hampir pasti dapat menyaksikan kemunculan sebuah lagi model kereta keluaran terbaru Proton yang akan dilancarkan 17 Ogos ini bersamaan hari Sabtu.

Model yang bakal mengguna pakai nama Proton Suprima S itu adalah model yang diberi nafas baru daripada platform Proton Preve.


Wednesday, August 07, 2013

( GAMBAR ) PEMINAT MALAYSIA TERIMA UCAPAN RAYA DARIPADA PEMAIN MANCHESTER UNITED


Sudah tentu peminat- peminat Manchester United di Malaysia adalah antara peminat kelab bola sepak tersohor di dunia yang paling bertuah.

Bersempena dengan musim perayaan ini, para pemain Manchester United telah mendedikasikan satu ucapan raya khusus untuk buat peminat mereka di Malaysia.

Ucapan terebut telah pon diabadikan dalam sekeping poster ini.

Tuesday, August 06, 2013

( GAMBAR ) KEMARUK BERAYA DENGAN KASUT CONVERSE

Converse untuk raya


Hari raya dah semakin menjelang tiba. Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut hari raya Aidilfitri.

Mungkin ramai di antara kita yang telah berhabis puluhan, ratusan malahan ada juga yang telah mencecah ribuan ringgit dalam menyediakan persiapan hari raya untuk diri sendiri, keluarga dan rumah mereka.

Sebenarnya ada cara untuk kita kelihatan bergaya di pagi Syawal tanpa perlu berhabis ratusan ringgit.

Bagi sesiapa yang dah kemaruk untuk beraya dengan kasut Converse pada tahun ini, mungkin ini adalah cara yang paling sesuai untuk anda.

Monday, August 05, 2013

ZAKAT FITRAH SEMPURNAKAN PUASA RAMADHAN

Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap umat Islam

Zakat Fitrah juga merupakan pelengkap objektif ramadhan iaitu Taqwa kepada Allah SWT. Kalau sebelum ini, umat Islam mengorbankan tidur, rehat dan sebagainya untuk bersama-sama beribadat kepada Allah . Tetapi kini ibadat itu hendaklah ditambah dengan pengorbanan wajib daripada harta sendiri.
"Di ambil daripada orang yang kaya kemudian diberikan kepada orang miskin dari kalangan mereka."
Maksud kalangan mereka ialah dari kampung mereka, atau negeri mereka.

Zakat Fitrah merupakan tanda keprihatinan Umat Islam terhadap saudaranya seIslam. Walaupun jumlahnya kecil. Tetapi inilah tanda persaudaraan yang begitu suci.


Zakat Fitrah ini diwajibkan kepada semua umat Islam yang mampu tidak kira besar atau kecil, lelaki atau perempuan, yang sempurna atau cacat. Cuma kalau anak kecil, wanita (yang tidak bekerja) dan orang kurang upaya (yang tidak mampu bergerak) di wajibkan ke atas penjaganya samada suami atau bapanya.

Friday, August 02, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : MALAM 7 LIKUR AMALAN BIDAAH



Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.


Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.

Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.



"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni," katanya.


Ustaz Abu Hassan turut mempersoalkan, kenapa malam yang dikatakan tujuh likur itu sahaja lampu mesti dipasang?

Wednesday, July 31, 2013

HUKUM SOLAT DENGAN BAJU LENGAN PENDEK

Boleh ke solat dengan baju lengan pendek?



Kadang- kadang selalu sahaja kita ambil sambil lewa tentang pakaian ketika bersolat. Ada yang berbaju, dan ada juga yang topless. Selalu juga kita lihat mereka yang bersolat dengan baju melayu dan ada juga yang bersolat hanya dengan mengenakan T-Shirt lengan pendek sahaja. 

Jadi adakah terdapat hukum khusus dalam kod pakaian ketika bersolat ini?

Tuesday, July 30, 2013

( GAMBAR ) WATAK KARTUN YANG DI BOGELKAN


Ini merupakan satu projek istimewa daripada seorang artisan bernama Michael Paulus.. dia telah menggunakan imaginasi nya untuk " membogelkan " watak- watak kartun yang kita kenal selama ini.. mungkin kita tak pernah terbayang langsung sebelum ni bagaimana keadaan nya melihat watak- watak kartun ni dalam keadaan " bogel " kan..

PENYOKONG CHELSEA DISYAKI MEROGOL PENYOKONG MANCHESTER UNITED


Jom kita tengok gambar- gambar uncensored kat bawah ni..


Monday, July 29, 2013

DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299

Sony Xperia Z Ultra terbaru

Bakal dijual dengan harga RM2299, Sony Xperia Z Ultra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia sudah semestinya menjadi buruan para penggemar phablet di Malaysia.

Meneruskan legasi yang sebelumnya, Sony Xperia Z Ultra yang hadir bersama skrin sebesar 6.4 inci dan dikuasakan dengan HD sepenuhnya disertakan juga dengan teknologi terbaru daripada Sony iaitu TRILUMINOS™ Display with X-Reality for mobile sudah pasti akan membuatkan kaki- kaki gadget tak senang duduk.


Sony Xperia Z Ultra adalah sebuah telefon pintar yang akan membuatkan anda keluar dari kotak imaginasi anda yang sedia ada.

Dengan 342 pixel untuk setiap inci gambar, gambar anda sudah pastinya meletop apabila dilihat di skrin Xperia Z Ultra ini. Gambar yang dipaparkan akan kelihatan lebih tajam dan lebih cerah.

Perbezaan dua jenis paparan

Hanya setebal 6.5 mm dan seberat 213 gram, ia adalah telefon bedefinisi tinggi penuh paling nipis di dunia setakat ini.


Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3050mAh.

Sunday, July 28, 2013

iPhone 5S DAN iPhone 6 BAKAL DILANCARKAN SEPTEMBER INI

Adakah ini rupa sebenar Iphone 6


Generasi iPhone yang seterusnya yang mungkin akan dikenali sebagai iPhone 5S dan iPhone 6 bakal dilancarkan September ini ataupun lebih awal dari yang dijangkakan.

Laporan menyatakan bahawa pelancaran telefon pintar terbaru iPhone ini adalah untuk menyaingi Samsung Galaxy Note 3 yang akan turut dilancarkan September ini.


Friday, July 26, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : KELEBIHAN DAN KEINDAHAN HARI JUMAAT


Salam Jumaat rakan sidang pembaca sekalian.. bagaimana puasa anda di hari Jumaat yang mulia ni ?? sempurna atau sudah ada yang membedal ayam percik di kala bangun tido tadi... hehe

Begitu besarnya hikmah hari Jumaat atau dalam bahasa Arabnya “Jumu’ah” yang berasal daripada perkataan “jama’a”, bermakna ‘berkumpul’. Berkumpul yang dimaksudkan di sini ialah menunaikan solat dan mendapatkan ilmu (melalui khutbah) dengan ‘duduk sama rendah berdiri sama tinggi’ bersama-sama jemaah lain tanpa mengira warna kulit atau pangkat, kekayaan, dan keupayaan. Pada waktu inilah nilai manusia itu sama, yang membezakannya hanyalah iman dan takwa terbit tanpa disedari. Oleh hal yang demikian itu, hari Jumaat dikatakan hari untuk umat Islam berkumpul, memanjatkan doa serta membuat pelbagai amal kebajikan untuk mendapat keredhaan dan rahmat daripada Allah S.A.W.

Thursday, July 25, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : BERSEGERALAH KAMU BERBUKA PUASA



Disunnahkan kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:
“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

TENGKU ZAIHAN PILIHAN RAKYAT KUALA BESUT


Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman daripada parti Barisan Nasional ternyata telah berjaya menambat hati rakyat di Kuala Besut apabila telah berjaya memenangi pilihanraya kecil Dun N01 Kuala Besut.

Beliau telah berjaya memperoleh undi sebanyak 8288 telah mengatasi lawan nya daripada parti PAS yang memperoleh undi sebanyak 5696 undi.

( GAMBAR ) SEKITAR HARI PENGUNDIAN PRK N01 KUALA BESUT


Barisan Nasional yang pada awalnya telah mencanang untuk memenangi kerusi ini dengan majoriti 4000 undi. Tetapi mereka hanya mampu meraih majoriti 2592 undi sekaligus menutup mulut- mlut mereka yang bercakap besar tempoh hari.

Walaupun target 4000 undi majoriti tersasar, masih berlaku peningkatan dalam jumlah undi majoriti sebanyak 158 undi berbanding PRU 13 yang lalu.

Wednesday, July 24, 2013

( GAMBAR ) SEKITAR HARI PENGUNDIAN PRK N01 KUALA BESUT



Hari ini merupakan hari pengundian pilihanraya kecil ( PRK ) N01 Kuala Besut setelah tempoh berkempen selama 2 minggu berakhir tengah malam semalam.

2 calon yang bertanding iaitu Tengku Zaihan daripada parti Barisan Nasional dan Che Long daripada parti PAS telah menggembleng sepenuh tenaga dalam tempoh berkempen yang diberikan selama 2 minggu itu.


Peti undi dibuka pada jam 8 pagi. Keputusan paling awal akan diketahui pada jam 10 malam ini, selepas umat Islam selesai menunaikan solat tarawih.

Tuesday, July 23, 2013

TOYOTA VIOS 2013 TELAH SEDIA UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Seperti yang kita semua sedia maklum, Toyota Vios 2013 sudah lama dilancarkan di negara- negara jiran. Ada ura- ura yang mengatakan bahawa Toyota Vios 2013 ni akan dilancarkan pada bulan 10 nanti.


Menampilkan design yang lebih garang dan futuristik, kereta ini dilihat mampu menarik minat golongan muda dan golongan yang sudah berkeluarga.

Jika dilihat pada rekabentuk terbaru Toyota Vios 2013 ni, terdapat sedikit ciri- ciri persamaan antara Toyota Camry.


Jika dilihat di bahagian hadapan pula, ia seolah- olah kelihatan seperti Honda CRV jika dilihat sepintas lalu. Jadi, untuk mengelak kekeliruan, maka anda perlu melihat nya sepuas hati anda.

Monday, July 22, 2013

PENYOKONG CHELSEA DISYAKI MEROGOL PENYOKONG MANCHESTER UNITED



Kes rogol ni disyaki berlaku di Shah Alam. Kejadian dikatakan berlaku dari jam 9.45 malam sehingga jam 11.45 malam. Mangsa dikatakan telah dirogol beramai- ramai oleh penyokong sebuah kelab bola sepak luar negara itu.

Pihak berkuasa dikatakan sedang menyiasat kes ini.

Kalau tak cari publisiti memang tak sah kan wahai penyokong Manchester United sekalian??

Hehehehehe.

Inilah yang berlaku pada perlawanan Malaysia XI vs Chelsea FC di Stadium Shah Alam malam tadi.

Terdapat kelibat penyokong Manchester United mengenakan jersi pasukan tersebut untuk datang menyaksikan perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC.

Ayuh kita saksikan gambar- gambar penyokong Chelsea merogol penyokong Manchester United tersebut.

( HIGHLIGHT ) MALAYSIA XI VS CHELSEA FC 21/ 7/ 2013



Ayuh saksikan highlight perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Stadium Shah Alam pada malam tadi.

Malaysia XI telah tewas 1-4 kepada Chelsea FC.

Gol- Gol  Chelsea FC telah dijaringkan oleh Bertrand Traore, Kevin De Bruyne dan Romelu Lukaku manakal gol Malaysia XI telah dijaringkan oleh Fadhli Sas.

Sunday, July 21, 2013

MALAYSIA VS CHELSEA FC TAK AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG- ASTRO

Astro telah mengeluarkan satu kenyataan media dimana perlawanan antara Malaysia XI vs Chelsea FC tidak dapat disiarkan secara langsung pada malam ni, Ahad, 22 Julai 2013.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Astro.
Adalah dimaklumkan bahawa kami tidak dapat menyiarkan perlawanan Chelsea vs Malaysia XI secara langsung kerana syarat-syarat penyiaran yang telah ditetapkan oleh penganjur. Walaubagaimanapun perlawanan ini akan disiarkan secara tertunda seperti berikut: 

Astro SuperSport (Ch 810) & Astro SuperSport HD (Ch 831)
Monday, 22nd July at 8am and 5pm
Tuesday, 23rd July at 9:30pm

Astro Arena,
Monday, 22nd July at 3pm
Tuesday, 23rd July at 8:30pm
Friday, 26th July at 8:30pm
Jadi kepada para peminat yang menantikan siaran langsung perlawanan tersebut di kaca tv pada malam ni, diharapkan anda semua tidak kecewa.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk ke stadium pada malam ni, anda boleh saksikan siaran tertunda yang akan ditayangkan oleh pihak Astro.


MANCHESTER UNITED 5- A LEAGUE ALL STAR 1

Manchester United meraih kemenangan pertama di bawah kendalian David Moyes apabila membenam A League All Star 5- 1.

Perlawanan pra musim yang berlangsung di ANZ Stadium, Australia itu telah disaksikan oleh puluhan ribu penyokong Manchester United di Australia.

Bangkit daripada kekalahan kepada Singha All Star pada baru- baru ini, para pemain United menunjukkan persembahan yang mantap.

Gol- gol Manchester United telah dihasilkan oleh Danny Welbeck (2), Jesse Lingard (2), dan Robin Van Persie (1) manakala gol saguhati untuk A  League All Star telah dihasilkan oleh Besart Brisha.

Saturday, July 20, 2013

HARGA SILING AYAM RM 7.70 SEHINGGA 11 OGOS 2013

Berkuatkuasa 26 Julai 2103 hingga 11 Ogos 2013, kerajaan telah menetapkan bahawa harga siling ayam adalah RM 7.70 sekilogram.

Berikut adalah laporan berita tentang penurunan harga ayam.



Putrajaya - Kerajaan menetapkan harga siling ayam standard kepada RM7.70 sekilogram berbanding RM8.40 sekilogram sebelum ini, berkuatkuasa 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari.
"Skim ini akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang media.
Mengenai penetapan harga ayam, beliau berkata pengusaha dan pengeluar ternakan ayam telah bersetuju dengan penetapan harga itu pada mesyuarat Rabu lepas dan menjamin bekalan ayam adalah mencukupi untuk Aidilfitri bulan depan.
Hasan berkata tahun ini pihak kementerian telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan harga itu.
Antara 20 jenis barangan makanan yang dikawal ialah Ayam Super, Ayam Standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India, jelasnya.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ni, adakah harga ayam akan kembali meningkat secara automatik dan mendadak kepada RM 9 sekilogram selepas detik 12 tengah malam 12 Ogos 2013?

Thursday, July 18, 2013

( VIDEO ) PANDUAN MUDAH KHUSYUK DALAM SOLAT

Khusyuk  dalam solat.. ramai antara kita yang susah untuk mencapai khusyuk dalam solat ini.



Sering saja fikiran kita melayang sewaktu melakukan solat. Pelbagai perkara berlegar- legar dalam fikrian kita sewaktu solat. Inilah halangan yang perlu kita atasi untuk mencapai khusyuk dalam solat.

Di bulan Ramadhan ni, diharapkan kita dapat memperbaiki kualiti solat kita untuk dipersembahkan kepada ALLAH S.W.T.

Diharapkan video ringkas ini mampu membantu kita mencapai khusyuk dalam solat.


Sila layari channel IProduksi di Youtube untuk banyak lagi video yang menarik tentang Islam.

Wednesday, July 17, 2013

AIR TERAPI AL- KHODAFI: FENOMENA TERBARU DI MALAYSIA

Air terapi Al- Khodafi memang menjadi fenomena terbaru di Malaysia sekarang ni.

Lihat sahaja di facebook, majalah dan mana- mana lagi sumber bahan bacaan yang ada di Malaysia ni, pasti akan ada menceritakan perihal air terapi Al- Khodafi ni.



Air terapi ni dikatakan mampu merawat penyakit- penyakit seperti saka, sihir, santau, histeria, sawan, gangguan mental, sakit jiwa, sukar tidur malam, mimpi-mimpi buruk, kanak-kanak menangis malam, panas baran, degil, keras hati,gangguan makhluk halus dalam rumah/pejabat/sekolah, darah tinggi, darah rendah, kencing manis, gout, migrain, arthritis, sakit lutut, leukimia, kanser, ketumbuhan, penyakit kulit, gatal-gatal, batuk, senggugut, parkinson, demam panas, pedih dada, sembelit, pendarahan, TB, lemah, lesu, sakit tumit, kolestrol dalam darah, penawar keracunan, penawar ketagihan dadah, penawar ketagihan rokok. 

TAZKIRAH RAMADHAN : " PERBANYAKKANLAH DI BULAN ITU 4 PERKARA "


Nabi SAW berkhutbah di akhir Syaaban. Dalam khutbahnya itu, Baginda menyebut beberapa perkara tentang kedatangan Ramadhan-tibanya bulan mulia yang diberkati, adanya malam qadar yang lebih baik dari seribu bulan, berpuasa di siangnya itu fardhu, mendirikan malamnya itu sunat dan kelebihan-kelebihan lain yang ada dalam bulan Ramadhan.
Di akhir khutbah itu, Nabi SAW bersabda, maksudnya: ‘Perbanyakkanlah di bulan itu 4 perkara; 2 perkara menyebabkan Tuhan kamu redha kepadamu dan 2 perkara yang kamu tidak dapat lari darinya. 2 perkara yang menyebabkan Tuhan kamu redha kepadamu ialah syahadah Tiada Tuhan melainkan Allah dan kamu meminta ampun kepada Allah. 2 perkara yang kamu tidak dapat lari darinya ialah kamu minta syurga dari Allah dan kamu minta perlindungan dengan Allah dari api neraka…’

Monday, July 15, 2013

AYAM OH AYAM...

AYAM PROSES: RM 8.00- RM 9.00/ 1KG
AYAM PUSING: RM 20- RM 25/ 1 EKOR
KEPAK AYAM: RM 2.50
NASI AYAM: ????



Semua barang berkaitan ayam melambung harganya.

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. "

Kenapa saban tahun perkara ini harus terjadi??

Harga Ayam sekali lagi menjadi isu besar negara apabila diberitakan bahawa ianya telah meningkat secara mendadak di bulan Ramadhan ini.

Hal ini bukanlah satu lagi perkara baru di Malaysia.

Thursday, July 11, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Wahai Ahli Quran, lakukanlah solat witir, sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Dia suka kepada solat witir." [ Riwayat Ahmad & Tarmizi]

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Apabila tiba bulan puasa ni la baru terhegeh- hegeh nak cari cara untuk mengerjakan solat witir. Pada bulan- bulan biasa, buat tak endah pon dekat solat witir ni.

Solat Witir dilakukan dalam rakaat yang ganjil. 1, 3, 5, 7, 9, 11. 

Selain itu, solat witir boleh dilakukan antara sesudah solat isyak sehingga solat subuh. Jadi, di bulan Ramadhan Al- Mubarak ni, solat witir akan dilakukan selepas selesai sahaja solat terawih.


"Sesungguhnya Allah telah menambahkan untuk kamu solat iaitu solat witir, laksanakanlah solat witir antara sesudah solat Isyak hingga solat Subuh" [Riwayat Ahmad]

Rasulullah S.A.W telah menetapkan bahawa solat witir tidak boleh dilaksanakan kurang daripada 1 rakaat dan melebihi 11 rakaat. Solat witir boleh dilakukan dalam satu salam atau dilakukan dengan dua rakaat dan yang terakhir satu rakaat berserta salam.

Wednesday, July 10, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : BERSAHURLAH KAMU



"Rasulallah pernah bersabda: 'Bersahurlah kamu, karena sesunguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkaTan'" Mutaffaq'alaih H.R.Bukhari (1923) dan Muslim(1095)

Shahih Riyadhus Shalihin
Imam Abu Zakaria/Yahya bin Syaraf An Nawawi  



Dari Amr bin 'Ash radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda (yang artinya): "Pembeda antara puasa kita dengan puasanya ahli kitab adalah makan sahur"[Hadits Riwayat Muslim 1096]



Sahur merupakan sunnah yang sangat- sangat dituntut di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Tuesday, July 09, 2013

KELEBIHAN SETIAP HARI DI BULAN RAMADHAN


Salam Ramadhan Al- Mubarak buat semua Umat Islam..sekarang kita telah memasuki bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keberkatan..Sekarang ni la masa yang paling sesuai untuk kita berubah dan memperbanyak amalan kita..terdapat banyak kelebihan di bulan yang mulia ni..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

Bulan Ramadan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T. kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari , Rasulullah S.A.W. juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat tarawih sepanjang malam bulan Ramadan. Tarawih juga membawa maksud ' bersenang-senang atau duduk istirehat '. Jadi solat tarawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadan.



Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W. di dalam sabdanya yang
bermaksud:


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : ' Barangsiapa
yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadan
diampuni Allah dosanya yang telah lalu '.



Riwayat Bukhari dan Muslim. Di dalam sabdanya yang lain maksudnya:


'Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat tarawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat tarawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya' .


TOTTENHAM HOTSPUR 2013/ 2014 JERSEY

Hanya tinggal sebulan lebih saja lagi sebelum Barclays Premier League 2013/2014 membuka tirai.

Bagi musim 2013/ 2014 ini, Tottenham Hotspur telah melancarkan jersi baru yang bakal dipakai sepanjang musim depan.

Masih mengekalkan Under Armor sebagai pembekal rasmi jersi bagi musim hadapan, tetapi  sedikit perubahan dapat disaksikan pada jersi Tottenham Hotspur pada musim hadapan apabila HP atau nama penuh nya Hewlett Packard telah dilihat menggantikan Aurasma sebagai penaja jersi Spurs.

Pada majlis pelancaran jersi tersebut, Gareth Bale yang merupakan target Real Madrid untuk musim hadapan telah tampil untuk merasmikan jersi baru tersebut.

Mungkin ini merupakan cara Tottenham Hotspur untuk meyakinkan para penyokongnya bahawa Gareth Bale akan kekal di Spurs untuk musim hadapan.

Jom kita saksikan jersi terbaru Tottenham Hotspur untuk musim 2013/ 2014.

Barisan pemain memperagakan jersi baru

Home Jersey 2013/2014

Home Jersey 2013/ 2014

Bakal ke Madrid?

Away Jersey 2013/ 2014

In Accordance With with Thumbnails