- - TAZKIRAH RAMADHAN : CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, July 11, 2013

TAZKIRAH RAMADHAN : CARA MENGERJAKAN SOLAT WITIR



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
"Wahai Ahli Quran, lakukanlah solat witir, sesungguhnya Allah itu witir (ganjil) dan Dia suka kepada solat witir." [ Riwayat Ahmad & Tarmizi]

Sekadar peringatan untuk diri sendiri.

Apabila tiba bulan puasa ni la baru terhegeh- hegeh nak cari cara untuk mengerjakan solat witir. Pada bulan- bulan biasa, buat tak endah pon dekat solat witir ni.

Solat Witir dilakukan dalam rakaat yang ganjil. 1, 3, 5, 7, 9, 11. 

Selain itu, solat witir boleh dilakukan antara sesudah solat isyak sehingga solat subuh. Jadi, di bulan Ramadhan Al- Mubarak ni, solat witir akan dilakukan selepas selesai sahaja solat terawih.


"Sesungguhnya Allah telah menambahkan untuk kamu solat iaitu solat witir, laksanakanlah solat witir antara sesudah solat Isyak hingga solat Subuh" [Riwayat Ahmad]

Rasulullah S.A.W telah menetapkan bahawa solat witir tidak boleh dilaksanakan kurang daripada 1 rakaat dan melebihi 11 rakaat. Solat witir boleh dilakukan dalam satu salam atau dilakukan dengan dua rakaat dan yang terakhir satu rakaat berserta salam.
Cara- cara melakukan solat witir:

Pada rakaat pertama :-
1. Niat dalam hati dengan berkata. "Sahaja aku solat Witir dua rakaat kerana Allah."
2. Takbir.
3. Baca doa Iftitah 
4. Baca Ta'awwudz (Azubillah..)
5. Baca surah al-Fatihah.
6. Baca apa-apa saja surah yang diketahui
7. Takbir dan rukuk
8. Iktidal dan bacaannya
9. Sujud dan bacaannya
10. Duduk dan bacaannya
11. Sujud dan bacaannya
12. Bangun rakaat kedua dengan takbir

Pada rakaat kedua
1. Baca surah al-Fatihah.
2. Baca apa-apa saja surah yang diketahui
3. Takbir dan rukuk
4. Iktidal dan bacaannya
5. Sujud dan bacaannya
6. Duduk dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya dan bolehlah berdoa apa sahaja.
8. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
9. Salam penutup

Bagi yang mahu melakukan solat witir sebanyak tiga rakaat, maka seterusnya ditambahkan dengan satu rakaat lagi. Bagi yang mahu melakukan 5,7,9 atau 11, maka ditambah 2 rakaat- 2rakaat kemudian yang terakhir baru dibuat 1 rakaat.

Rakaat berikutnya :
1. Niat dalam hati dengan berkata. "Sahaja aku solat Witir satu rakaat kerana Allah."
2. Takbir.
3. Baca surah al-Fatihah.
4. Baca al- ikhlas atau apa-apa saja surah yang diketahui
5. Takbir dan rukuk
6. Iktidal dan bacaannya
7. Sujud dan bacaannya
8. Duduk dan bacaannya
9. Sujud dan bacaannya, maka berdoalah apa sahaja
10. Duduk tahiyat akhir dan bacaannya
11. Salam penutup

Sumber: Raz5444 dan MiorBiz

In Accordance With with Thumbnails