- - October 2010 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, October 27, 2010

Berkemban..satu budaya artis Malaysia..heheh

Hallo..wassup2 sume..

Entri kali ni gua nak sentuh cket tentang fesyen terbaru artis Malaysia.. Fesyen ni memang ade kat Malaysia je,,kat Hollywood pon belum sampai lagi..Hee.. Artis Malaysia memang kelas gitu..Cewah!!

1. Nora Danish


Ni merupakan salah satu scene dari filem Jangan Pandang Belakang Congkak 2. Mungkin ni idea Ahmad Idham nak kasi pecah rekod Dr. Rozmey kot yang kata filem 2 Alam boleh kaut RM 40 juta. Mungkin ade scene ni, ramai penonton lelaki akan mengunjungi cinema dan memberi keuntungan melebihi RM 40 juta. Heheh..

Takziah: Paul the Psychic Octopus telah pergi buat selama- lamanya =(

{ RIP : January 2008- 26 October 2010 }

Berlin: Dunia telah digemparkan dengan kematian sotong paling terkenal di seantero dunia iaitu si Paul the Psychic Octopus. Mendiang telah meninggal akibat kekurangan oksigen dalam air. Paul telah menjadi satu fenomena kepada dunia kerana prediction2 beliau yang panas dan menggemparkan.

Paul merupakan ketutrunan sotong kurita yang mempunyai kuasa menilik yang diwarisi dari moyang nya iaitu Phil. Paul merupakan selebriti yang amat terkenal di Jerman mengalahkan Heidi Klum.

Pihak polis masih lagi menyiasat punca kematian Paul dan tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kes ni kerana Paul dikatakan mempunyai ramai musuh dari kalangan rakyat Belanda dan Germany.

Paul telah meninggalkan seoarang balu, seorang anak dan enam orang gaji. Paul tidak meniggalkan sebarang wasiat sebelum kematian beliau. Kemungkinan harta beliau akan disedekahkan kepada persatuan2 NGO di Germany.

Ramalan terakhir sebelum Paul meninggal dunia adalah filem 2 Alam yang bakal ditayangkan nanti hanya mampu mengutip RM 1 juta sahaja.

Di  bawah adalah kenangan2 yang sempat dirakam sewaktu Paul masih hidup.






Semoga roh Paul aman di sana.


P/ S: Sapa la yang nak ganti Paul lepas ni kan

Saturday, October 23, 2010

Fazura yang hot dan memberi ancaman kepada lelaki






Tentu korang rasa gambar Fazura kat atas tu mengancam kan..

Gambar zaman bila pon aku x tau la.

Mungkin dia belum masuk dunia galm lagi kot mase ni.

Tapi aku ade gambar yang lagi mengancam nak tunjuk kat korang..

Kalau nak tengok,

Klik kat SINI.

Harap korang tahan nafsu korang bila tengok gambar tu yerk..

Gambar dia memang hot habis kan..


P/ S: Letih la malam2 minggu ni..Fuhh

Thursday, October 21, 2010

Boeing 737-800 MAS yang berwajah baru...

HUhuhu.. Apa kabor sumer??? Diharapkan sumer dah makan yer..

Hehe, entri kali ni gua nak citer cket pasal new gen 737 MAS.

Korang mesti pernah tengok kan kapal 737 MAS kan. Kalau x pernah tengok, korang ni memang jakun la. Hehe. Kalau korang x kenal, 737 ni dia x lah besar mane pon. Kecik je. Kapal ni banyak guna untuk penerbangan domestik je. Kapal ni bukan yang ade bonjol kat kepala macam ikan Flower Horn tu. Kalau yang ade bonjol tu, tu kapal 747. Kalau nak pergi Makkah, naik kapal tu la. Kalau x caya, tanya la atuk korang yang dah pergi haji tu. HEE.

Dulu, MAS pakai kapal 737-200,300,  dan 400. Tu yang generasi lama punya. Skrin kat kokpit pon pakai yang analog lagi. So, xde la canggih sangat. Simple dimple je.

Sekarang, MAS dah beli 35 bijik 737-800 baru yang kesemua sistem dia adalah digital. So, gempak la cket. Kalau 737- 400, dia masih dalam peringkat peralihan dari analog sistem ke digital sistem.

Kalau korang nak tau, Boeing dah buat 737- 800 ni dah lama. Kalau x silap, tahun 1997 lagi dah ade, cuma MAS je yang beli lambat.

Sekarang, gua nak citer pasal specs kapal ni:

wajah baru kapal 737 MAS

737 MAS yang lama
inside cockpit

Passengers
 Typical 2-class configuration : 162
 Typical 1-class configuration : 189
Cargo : 1,555 cu ft (44 cu m)
Engines
(maximum thrust)
: CFMI CFM56-7
: 27,300 lb
Maximum Fuel Capacity : 6,875 U.S. gal (26,020 L)
Maximum Takeoff Weight : 174,200 lb (79,010 kg)
Maximum Range : 3,115 nautical miles (5,765 km)
: [2-class with winglets]
Typical Cruise Speed
(at 35,000 feet)
: 0.785 Mach
Basic Dimensions
  Wing Span
  With Winglets
: 112 ft 7 in (34.3 m)
: 117 ft 5 in (35.8 m)
  Overall Length : 129 ft 6 in (39.5 m)
  Tail Height : 41 ft 2 in (12.5 m)
  Interior Cabin Width : 11 ft 7 in (3.53 m)
cockpit yang melalui perubahan zaman

p/ s: bila la aku dapat naik kapal terbang

Monday, October 18, 2010

BAJET 2011 yang meng"happy"kan shoppaholic dan kaki henpon..keh3

Assalamualaikum...

Hari ni nak citer cket pasal bajet yang telah dibentang oleh PM pada hari Jumaat baru ni.

Setelah melakukan sedikit kajian ke atas bajet ni, barulah gua berani untuk berkata2. Hee.

Bajet kali ni memang perghh n menggerunkan kerana telah berjaya menimbulkan kegeraman segelintir pihak kerana ketiadaan bonus seperti kelaziman nya.

Tapi bajet kali ni jugak berjaya mengukir senyuman lebar di kalangan shoppaholic kat Malaysia ni. Yela, sumer cukai import untuk barangan branded dimansuhkan. Memang ramai la mak cik2 kat kampung yang pakai Gucci, Dolce Gabbana ke, Louis Vuitton ke lepas ni. Hee..

Ni antara isi kandungan bajet..



· Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
· Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.
· Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.
Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburibidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.
· Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.
· RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.
· RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.
· Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.
· Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.
· RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.
Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.
· RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.
· RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.
· Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.
· RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.
· Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.
· Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.
· Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.
· Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).
· Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.
· RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.
· Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.2billion bagi perbelanjaan pembangunan.
· Di bawah peruntukan mengurus, RM45.6 bilion adalah bagi emolumen dan RM28.2 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan, RM86.4 billion diperuntukkan kepada Pemberian dan Kenakan Bayaran Tetap.
· Sejumlah RM1.4 bilion disediakan untuk pembelian aset dan RM1.2 bilion untukperbelanjaan lain.
· Bagi peruntukan pembangunan, RM28.3 bilion disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
· Sejumlah RM15.5 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
· RM4.4 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM955 juta bagipentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
· Dari segi kutipan hasil Kerajaan Persekutuan bagi 2011, jumlahnya dianggarkan meningkat 2.3 peratus kepada RM165.8 bilion berbanding RM162.1 bilion pada 2010.
· Defisit Kerajaan Persekutuan bagi 2011 dijangka terus berkurangan kepada 5.4 peratusdaripada KDNK berbanding 5.6 peratus pada 2010.
· Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.
· RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi sertaimbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.
· Pendaftaran prasekolah akan ditingkatkan dengan sasaran 72 peratus menjelang akhir 2011 melalui penambahan 1,700 kelas, pemantapan kurikulum serta pelantikan 800 guru prasekolah lepasan ijazah.
· RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.
· RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.
· Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.
· Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.
· Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysiamempersadakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.
· Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.
· Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.
· Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.
· Menyediakan Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah untuk pekerja estet oleh BSN.
· Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.
· Mewujudkan "Portal 1Malaysia Pengguna Bijak".
· Memperkenalkan Program Pengedaran Barang Perlu bagi menyeragamkan harga barangan.
· Memperkenalkan Program Transformasi Kedai Runcit, Bengkel Automotif dan Projek Pasar Komuniti.
· Melancarkan Dana Pencen Swasta.
· Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.
· Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.
· Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.
· Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.
· Mengkaji semula had minimum kebankrapan yang pada masa ini berjumlah RM30,000.
· Permohonan PR boleh dilakukan selepas lima tahun.
· Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.
· Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.
· Memperkukuh JHEOA dengan mentransformasi kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli



p/s: Yang aku tulis kaler merah tu yang paling bez bagi aku la. HEE





In Accordance With with Thumbnails