- - July 2012 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Sunday, July 08, 2012

KENAPAKAH PETRON LEBIH DIUTAMAKAN BERBANDING PETRONAS??

Bak kata pepatah, " anak kera di hutan disusukan, anak sendiri di rumah mati kelaparan "

Mungkin pepatah ini sesuai digunakan dalam situasi yang dihadapi oleh 3 syarikat yang berada di Malaysia sekarang ni..

Petron, Petronas dan Malaysia Airlines..

Itulah 3 syarikat yang memainkan watak utama dalam drama yang sedang berlaku sekarang ini di Malaysia..

Kita semua sedia maklum yang Petron merupakan sebuah syarikat petroliam dari Filipina yang baru sahaja beroperasi di Malaysia setelah membeli saham serta entiti Esso dan Mobil di Malaysia..

Untuk makluman anda semua, Petron Malaysia di miliki oleh anakanda mantan perdana menteri kita dahulu iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad..

Baru- baru ini telah berlaku perjanjian antara Petron dan Malaysia Airlines yang membolehkan Petron menjadi pembekal utama kepada pesawat super jumbo MAS yang pertama iaitu A380..

Kedua- dua syarikat ini telah memeterai perjanjian bekalan minyak selama 6 bulan..

Dengan terjadi nya perjanjian ini, Petronas telah diketepikan sama sekali daripada membekalkan minyak kepada fleet MAS seperti kelaziman nya..

Persoalan nya, siapakah dalang dalam membiarkan perjanjian ini terjadi??

Kenapakah syarikat luar lebih diberi keutamaan dalam membekalkan minyak kepada mercu tanda terbaru negara kita??

Mungkin gambar di bawah boleh menerangkan segala- galanya..


In Accordance With with Thumbnails