- - October 2011 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, October 18, 2011

VIDEO MERAIH UNDI YANG LUCAH AMAT


Harap- harap takde la ahli politik Malaysia yang terlalu desperate sampai sanggup buat video camni untuk meraih undi..


Katarzyna Lenart, berusia 23 tahun itu ahli politik yang bercita-cita tinggi dari Poland dan calon Perikatan Kiri Demokratik (SLD), mungkin telah mencipta video pilihan raya paling lucah di dunia, dengan menanggalkan coli dia menarik perhatian kepada parti dan kempen pilihan raya.

Video bermula dengan beliau berpakaian penuh duduk di kerusi dengan memakai sut seluar hitam yang dihormati. Tetapi dia kemudiannya mengambil tali leher, kemudian dia melemparkan di kamera, sebelum berdiri dan melepaskan jaket dan baju untuk mendedahkan coli merah jambu. Akhirnya, dia membuang coli itu tetapi tanda censor menyembunyikan kesopanan beliau. Slogan kamu "Ingin lebih Undi SLD, hanya kami yang boleh lakukan lebih?."

Wednesday, October 12, 2011

GEREJA DIARAH MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Ini adalah berita khas susulan daripada kes serbuan JAIS ke atas sebuah gereja di Damansara tempoh hari..

Ekoran titah Sultan Selangor bahawa wujud cubaan memesongkan akidah umat Islam, NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mahu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam.

Sunday, October 09, 2011

JADUAL PERLAWANAN SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA 2011


Jadual perlawanan suku akhir piala Malaysia 2011 adalah seperti berikut :

Suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 : 10 Oktober 2011

  • Selangor VS Perak ; Stadium Shah Alam
  • Felda United VS Negeri Sembilan ; Stadium MBPJ
  • Terengganu VS Kelantan ; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
  • Sabah VS T- Team ; Stadium Likas
Suku akhir kedua Piala Malaysia 2011 : 14 Oktober 2011
  • Perak VS Selangor ; Stadium Ipoh
  • Negeri Sembilan VS Felda United ; Stadium Paroi
  • Kelantan VS Terengganu ; Stadium Sultan Mohd IV
  • T- Team VS Sabah ; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah

24 APRIL 2013 : PARLIMEN WAJIB DIBUBAR


24 April 2013 adalah tarikh yang bakal dinanti- nantikan oleh keseluruhan rakyat dan pemerhati politik di Malaysia..

Desas- desus tentang PRU 13 yang akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sedikit reda berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR ini..


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.

Saturday, October 08, 2011

UNIVERSITI DI MALAYSIA BUKANLAH 400 TERBAIK DI DUNIA

University of Dublin

Universiti di Malaysia bukanlah 400 terbaik di dunia..

Itulah kenyataan pahit yang kita sebagai rakyat di Malaysia perlu telan.. walaupun pahit untuk ditelan, kita seharusnya menerima nya sebagai satu cabaran untuk terus meningkatkan prestasi universiti- universiti yang terdapat di Malaysia..


Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik  40 tempat berbanding tahun 2010.

ISI KANDUNGAN BAJET 2012


Bajet 2012 telah selesai dibentangkan.. isi kandungan bajet 2012 amat menarik untuk difikir dan dikaji sendiri oleh kita sebagai rakyat Malaysia..

Isi kandungan bajet 2012 kali ni boleh dilihat sebagai bajet yang memberi keutamaan kepada sektor awam.. banyak peruntukan telah diberi kepada sektor awam dalam usaha kerajaan untuk memastikan pentadbiran negara berjalan dengan lancar dan efisien..

Isi kandungan bajet 2012 adalah seperti berikut :


Jumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion
  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi  2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada  2009 kepada 5.6 peratus pada  2010.

Friday, October 07, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN AUSTRALIA VS MALAYSIA : SENARAI PEMAIN


Perlawanan persahabatan Australia VS Malaysia telah berlangsung dan berikut adalah senarai pemain yang dibariskan oleh kedua- dua pasukan..

Senarai Pemain Malaysia :

  1. Khairul Fahmi Che Mat
  2. Asraruddin Putra Omar
  3. Mohd Farisham Ismail
  4. Mahali Jasuli
  5. Norhafiz Zamani Misbah
  6. Joseph Kalang Tie
  7. Norshahrul Idlan Talaha
  8. Safee Sali
  9. Amar Rohidan
  10. Gurusamy Kandasamy
  11. S.Kunalan
  12. Wan Zaharul Nizam
  13. Muhammad Zubir
  14. Khyril Muhymeen
  15. Reuben Thayaparan Kathiripillai
  16. Mohd Faizal Muhammad
  17. Yong Kuong Yong
  18. Izzaq Faris Ramlan
  19. Mohd. Farizal Marlias
  20. Shahrizal Mohd Saad
  21. Muslim Ahmad
  22. Badroll Bakhtiar
Senarai Pemain Australia :


AIR ASIA : DI SEBALIK KE "MURAH" ANNYA


Air Asia.. satu entiti yang cukup sinonim dengan perkhidmatan penerbangan tambang murah yang terdapat di Malaysia..

Ramai orang beranggapan bahawa segala yang ditawarkan oleh Air Asia adalah satu pakej yang sempurna memandangkan harga tiket yang dikenakan adalah murah..

Hari ni, satu pendedahan akan dipaparkan tentang Air Asia bagi mengubah persepsi rakyat Malaysia bahawa yang murah itu tak selalunya indah..

Thursday, October 06, 2011

KASTAM : CINCIN BERLIAN ROSMAH RM24 JUTA MEMANG WUJUD



Situasi berkenaan pembelian cincin berlian bernilai RM 24 juta oleh " first lady of Malaysia " semakin menarik apabila pihak Kastam telah mula menghangatkan kembali isu tersebut.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suuhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

WAHAI TUHAN, MENGAPA WANITA SERING MENANGIS ??


Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

JawabNya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Wednesday, October 05, 2011

WORDLESS WEDNESDAY : WOMAN ..


P/ S : Aku tak tau dh ni Wordless No berapa... hak3

KALAU NAK MELUDAH TU, BIAR BERADAB SIKIT ...


Assalamualaikum...Assalamualaikum..Assalamualaikum..hehehe..kalu 3 kali x jawab memang kompem berdosa r hatta x jawab sekali pon dah berdosa tau..dah macam ustaz dah aku ni.. ;p

Kali ni aku nak cter kat korang pasal mende2 yang Islamik cket..haa..len dari yang len cket kali ni..

Ok..kita sebagai manusia ni x pernah x meludah walaupon sekali kan..tipu la kalu korang cakap yang korang ni x pernah meludah pon dalam hidup ni..

Tuesday, October 04, 2011

DENAIHATI NAK BAGI PERODUA MYVI EXTREME KAT KORANG !!


Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada Rakan Bloggeryang sudi nak jadi sponsor kepada contest besar Denaihati  yang sedang dirancang di blog Denaihati. 24 jam selepas entri mencari sponsor disiarkan beberapa sponsor telah diterima antaranya Wang Tunai, Blackberry Bold 3 dan Samsung Tab 2. Berdasarkan email ada banyak lagi pertanyaan pihak individu dan syarikat yang berminat nak jadi sponsor kepada contest yang bakal dianjurkan.

Monday, October 03, 2011

YAMAHA 135 LC GP EDITION


Yamaha 135 LC GP Edition memang mampu menggugat jiwa , raga dan batin peminat tegar peminat motosikal moped tanah air..

Dikeluarkan sempena menyambut ulang tahun ke- 50 pembabitan Yamaha dalam sukan permotoran dunia, Yamaha 135 LC GP Edition ni memang memukau..

Mengenakan cover set berwarna biru, Yamaha 135 LC GP Edition ni mampu membuatkan anda semua kelihatan seperti Jorge Lorenzo ataupun Ben Spies sewaktu menunggang motosikal ini..

So, kepada peminat tegar Jorge Lorenzo, tunggu apa lagi.. sediakan wang secukupnya kerana Yamaha 135 LC GP Edition ni bakal dijual dengan harga RM 8000.00 OTR..

Kalau x berkemampuan, kita tunggu aje cover set Yamaha 135 LC GP Edition ni keluar di pasaran.. murah cket.. tak payah nak beli motosikal baru.. hehe..

Jom kita amik sedikit sneak preview untuk motosikal Yamaha 135 LC GP Edition ni..

Sunday, October 02, 2011

( VIDEO ) PERATURAN RAGBI YANG SUPER SEXY 18 SX


Tadi kan, sedang aku khusyuk godek- godek akhbar the sun UK secara online tu.. aku ada la terjumpa pasal video tentang peraturan yang terdapat dalam permainan ragbi..

Mentang- mentang lah sekarang ni tengah ada World Cup kat New Zealand tu, terus dia buat video ni.. video ni memang mengancam habis woo..

Tidak sesuai untuk tontonan 18 tahun dan ke bawah woo.. huhu

Saturday, October 01, 2011

REHAT SINONIM DENGAN KERJA ATAU SEBALIKNYA ??

Rehat atau kerja.. dua- dua perkara ni memang sinonim dalam lumrah kehidupan manusia seharian kan.. kita memang tak boleh nak berpisah dari dua perkara ni.. dalam hidup ni, kita perlu rehat dan kita juga harus bekerja untuk meneruskan kemaslahatan kehidupan kita sebagai khalifah kat muka bumi ni kan..

In Accordance With with Thumbnails