- - UNIVERSITI DI MALAYSIA BUKANLAH 400 TERBAIK DI DUNIA ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Saturday, October 08, 2011

UNIVERSITI DI MALAYSIA BUKANLAH 400 TERBAIK DI DUNIA

University of Dublin

Universiti di Malaysia bukanlah 400 terbaik di dunia..

Itulah kenyataan pahit yang kita sebagai rakyat di Malaysia perlu telan.. walaupun pahit untuk ditelan, kita seharusnya menerima nya sebagai satu cabaran untuk terus meningkatkan prestasi universiti- universiti yang terdapat di Malaysia..


Tiada universiti di Malaysia yang berjaya disenaraikan dalam majalah Times Higher Education (THE) yang memuatkan nama 400 universiti terbaik di dunia.

Sehubungan itu, supremo DAP Lim Kit Siang berkata adalah sia-sia bagi kerajaan yang begitu bangga dengan prestasi Malaysia dalam ranking dunia QS 200 World University 2011/12.

Penarafan QS itu telah meletakkan Universiti Malaya di tangga 167, - naik  40 tempat berbanding tahun 2010.


Empat universiti Malaysia lain yang disenaraikan oleh QS - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) - semuanya mencatatkan kemerosotan.

Menurut ranking THE, sepuluh universiti terbaik di dunia diduduki oleh California Institute Technology, Harvard dan Stanford (2), Oxford (3), Princeton (5) Cambridge (6), Institut Teknologi Massachusetts (7), Imperial College London (8), Chicago (9) dan Berkeley (10).



Bagi jiran serantau, enam universiti di Hong Kong dan dua dari Singapura berjaya disenaraikan.

Universiti Mahidol di Thailand juga berjaya disenaraikan tetapi dalam kategori 351-400.

Naib Canselor Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Ghauth Jasmon pernah dilaporkan sebagai berkata bahawa universiti tempatan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM200 juta dalam penyelidikan sebelum mampu diangkat sebagai antara universiti terkemuka di dunia.

Sumber ; Malaysiakini
In Accordance With with Thumbnails