Sunday, October 09, 2011
24 APRIL 2013 : PARLIMEN WAJIB DIBUBAR
24 April 2013 adalah tarikh yang bakal dinanti- nantikan oleh keseluruhan rakyat dan pemerhati politik di Malaysia..
Desas- desus tentang PRU 13 yang akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sedikit reda berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh SPR ini..
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013.
Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata kuasa Parlimen akan tamat pada tarikh tersebut secara automatik kerana tempoh yang diberikan mandat oleh rakyat telah berakhir.
“Tarikh pembubaran Parlimen bergantung kepada Perdana Menteri. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013, Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar,” katanya di sini, hari ini.
Dipetik Bernama Online, jelas beliau, selepas tempoh itu berakhir, SPR akan mengambil alih untuk diadakan pilihan raya umum yang ke-13 dalam tempoh 60 hari.
Spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa dari sekarang, dengan ramai meramalkan ia akan dipanggil awal tahun depan.
Spekulasi itu semakin kuat selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Bajet 2012 semalam dengan pelbagai ‘buah tangan’ yang bakal dinikmati sebahagian besar rakyat.
Sumber : TheMalaysianInsider
Holding Label :
Berita Malaysia
24 APRIL 2013 : PARLIMEN WAJIB DIBUBAR
2011-10-09T07:55:00+08:00
FaKArePa!n
Berita Malaysia|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)