- - REHAT SINONIM DENGAN KERJA ATAU SEBALIKNYA ?? ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Saturday, October 01, 2011

REHAT SINONIM DENGAN KERJA ATAU SEBALIKNYA ??

Rehat atau kerja.. dua- dua perkara ni memang sinonim dalam lumrah kehidupan manusia seharian kan.. kita memang tak boleh nak berpisah dari dua perkara ni.. dalam hidup ni, kita perlu rehat dan kita juga harus bekerja untuk meneruskan kemaslahatan kehidupan kita sebagai khalifah kat muka bumi ni kan..




Rehat..

Ramai orang cakap yang manusia ni memerlukan rehat yang secukup nya untuk kekal aktif dan cergas.. jangan ingat yang manusia ni boleh membuat sesuatu perkara tu tanpa henti atau dalam erti kata lain takde rehat langsung.. buat kerja macam robot.. robot ni bukan manusia yang mempunyai organ seperti jantung.. walaupun seperkasa mana anda sekalipun, kalau anda buat kerja tanpa henti selama 24 jam.. anda akan semput jugak sebab jantung anda dah tak larat nak pam darah ke seluruh anggota badan anda tu.. so, hargailah masa rehat yang ada tu.. jangan persiakan masa rehat anda untuk perkara yang tak berguna dan membebankan tubuh badan anda..



Kerja..

Kerja.. kerja.. kerja.. itulah antara rungutan yang sinonim dalam kalangan rakyat kita ni.. ada yang merungut sebab banyak kerja malah ada jugak yang merungut sebab takde kerja.. memang macam- macam ragam manusia dalam planet bumi ni.. ada manusia yang gila kerja sehingga sanggup tinggalkan makan hanya kerana nak siapkan kerja.. ada jugak yang pantang nampak ruang nak " mengular ", terus aje sambar peluang tu sebab diorang ni memang tergolong dalam golongan yang memang malas nak bekerja.. hehe.. ( aku pon termasuk salah satu dalam golongan tu )..

Cuba korang bayangkan kalau korang ni dalam kehidupan ni, hanya duk rehat je.. tak buat kerja langsung.. korang rasa, korang boleh bahagia, happy dan senang ke dalam kehidupan macam tu.. bagi aku la kan, kehidupan macam tu adalah kehidupan paling tak berguna untuk dimiliki.. kehidupan macam tu hanya sesuai untuk sampah masyarakat je.

Macam aku kata kat awal- awal entri ni tadi, kita memang tak boleh berpisah antara rehat dan kerja.. dua- dua ni sama penting buat kita.. so, kalau kita nak kehidupan yang bahagia dan sempurna.. kita kena pandai- pandai lah untuk menyeimbangkan kedua- dua perkara.. kita tak boleh nak berlebih- lebih untuk satu perkara saja, nanti kita jugak yang merana..

Sila renungi dan fahami kata- kata falsafah Amy Search ni sebagai penutup ceramah pada hari ini..
" Walaupun anda rasa bosan membuat kerja, anda akan rasa lebih bosan jika anda tak buat kerja.. "
In Accordance With with Thumbnails