- - Dari Jamban Bermula Segalanya ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, February 17, 2011

Dari Jamban Bermula Segalanya

Erk... apa punya tajuk ni.. dah la main kotor.. pasal jamban pon nak buat entri gak ke Fakhurudin Rosli oi.. dah tu, apa plak kaitan nya jamban dengan idea.. tak masuk dek akal langsung.. budak prasekolah yang pandai membaca pon boleh gelap gelak camni..

Sebenarnya.. inilah kisah hidup aku wei.. eh, dramatis sangat tu.. takde la sampai kisah hidup aku.. cuma ni la apa yang berlaku pada diri aku.. haa, ni baru betol.. ada ke kisah hidup plak.. melampau batasan norma betol..

Aku sebenarnya bukan banyak sangat idea nak buat entri ni.. blogger baru la katakan.. kosong je kepala otak ni.. biasanya kalau dapat idea, aku biar camtu je.. kenapa?? sebab xde tempat nak tulis.. so, aku biarkan ia berlalu dihembus angin malam yang dingin lagi syahdu membelai rambutku yang ikal mayang.. terima kasih pantene.. hehe.. iklan dari penaja syampu owner blog..

Tapi ada satu perkara yang aku perasan.. bila aku masuk je tempat ni.. idea mesti bergelegak dalam kepala otak aku ni.. dah macam nak banjir kepala otak aku ni.. macam- macam jenis idea ada.. tak kira tua muda.. semua datang bertandang dalam kepala otak aku ni..

Ada jugak masalah yang timbul bila idea datang kat tempat macam tu.. aku takde tempat nak curahkan idea ni.. bila masuk tempat tu.. aku jadi sehelai sepinggan/ sepinggang.. aku buat slash tu sebab aku tak tau mana yang betol.. hehehe.. dan bilamana aku menjejak kan kaki ke tempat tu jugak, aku jadi sebatang kara.. hanya berseorangan.. tiada seorang teman pon yang sanggup menemani aku yang khilaf ni.. tempat tu menyedarkan aku tentang siapa lawan dan siapa kawan..

Korang nak tau tak tempat tu?? mana la tau korang boleh jadi macam aku kan.. masuk je tempat tu, idea penuh.. hehe.. korang pon boleh try punya.. tempat ni ada di mana- mana sahaja.. ada yang free dan ada jugak yang di kenakan cukai pendapatan dan cukai pintu..

JENG.. JENG.. JENG..



Tempat keramat tu adalah J A M B A N.. haa, di sinilah idea aku terjana dan terbina.. segala suka- duka terilham dari sini.. segala entri yang mampu mencuit hati korang hasilnya dari sini.. aku pon tak tau kenapa.. mungkin jamban kat rumah aku ni ada kuasa minda kot.. korang boleh try kalau nak.. kalau berhasil untunglah.. kalau tak, jangan marah aku lak.. setiap orang ada kelebihan nya sendiri tau..


Selamat mencuba..
In Accordance With with Thumbnails