Monday, February 07, 2011
Kerana tersalah masuk lorong, aku diacu dengan senapang.. damn!!
Ini adalah kisah benar.. bukan gimik semata..
Huh.. ni adalah pengalaman tragis aku masa aku balik kampung baru ni.. kejadian ni berlaku pada 3 Februari 2011.. lokasi kejadian, plaza tol Jabor, Terengganu.. waktu kejadian.. 8.25 pagi..
Em.. hari tu kan aku ada balik kampung sempena dengan Chinese New Year.. aku ni biasalah.. kalau balik kampung mesti nak naik moto.. saja je buat- buat tak cari tiket bas awal- awal.. nak bagi tiket bas habis dulu baru nak cari.. hehe
So, baru- baru ni aku balik sorang je la dari Kelana Jaya ke Terengganu.. membe2 aku semua balik naik bas.. so, tinggal aku sorang je la yang balik dengan motosikal..
So, aku bertolak lebih kurang dalam pukul 5 pagi camtu la.. ingat nak bertolak pukul 3.. tapi terlajak tido la plak.. hehe
Berbalik kepada tajuk di atas.. meh sini aku nak cerita kisah yang menyayat hati ni..
Masa tu hujan dah start turun membasahi bumi.. so, aku pon bawak la motosikal dengan keadaan yang laju sedikit berbanding biasa..
Masa tiba je kat plaza tol, aku tak perasan yang aku dah terlepas lorong motosikal.. so, nak tak nak, aku terpaksa la lalu ikut lorong kereta yang paling tepi.. biasa nya kat lorong kereta tu memang ada ruang yang ngam- ngam untuk motosikal lepas..
Entah macam mana tiba- tiba ada pak guard kat situ.. aku pon buat selamba je sebab ingat kan takde apa2.. sekali tu dia sekat aku dengan senapang dia.. terkejut aku.. dah la siap acu senapang tu kat aku lagi.. huh!!
Dia tanya lah aku nak pergi mana.. aku jawab la yang aku nak lalu.. dia cakap aku ni tak nampak lorong motosikal ke.. pastu dia suruh aku berhenti kat tepi.. aku malas nak cakap banyak.. aku undur motosikal terus amik one way sebab nak masuk lorong motosikal tu..
Aku memang bengang giler la dengan pakguard tu masa tu.. apa dia ingat aku ni penjenayah ke senang- senang dia nak acu aku dengan senapang.. kerek betol r pak guard tu.. memang pak guard ade kuasa ke nak acu senapang dengan sewenang- wenang nya kat orang awam.. apa berat sangat ke kesalahan aku sampai nak acu senapang ni.. senapang tu bukan barang mainan tau tak.. huh!!!
So, kepada pak guard kat luar sana yang suka main acu senapang ni.. beringat la korang ye.. sekali korang tertekan picu tu.. ada nyawa yang akan melayang.. korang bukan boleh ganti nyawa yang melayang tu..
So, fikir- fikir kan lah ye..
Holding Label :
suara hati
Kerana tersalah masuk lorong, aku diacu dengan senapang.. damn!!
2011-02-07T22:28:00+08:00
FaKArePa!n
suara hati|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)