- - Di sebalik duit ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, February 02, 2011

Di sebalik duit

Emm.. duit- duit di manakah duit.. duit- duit..

Zaman sekarang ni semua benda pakai duit.. nak beli barang, nak buang air, nak makan, nak tidur pon kena pakai duit tau.. pendek kata semua pakai duit la senang..

Tapi korang tak perasan apa yang ada di sebalik duit tu sendiri.. meh sini aku nak cerita cket apa yang ada di sebalik duit tu.. hehe



1- Walaupun duit diperbuat daripada kertas tapi korang tak boleh beli barang menggunakan surat khabar ataupun kertas periksa korang yang mempunyai unsur alam yang sama iaitu kertas atau pulpa dalam bahasa saintifiknya..


2- Walaupun duit itu korang punya tapi korang tidak boleh sesuka hati menukar gambar yang ada dalam duit tu dengan gambar korang ataupun gambar makwe korang.. tandatangan yang ada kat duit tu pon korang tak boleh ubah letak tandatangan Siti Nurhaliza.. haraaaaammmm


3- Duit boleh membuat perasaan korang berubah mengikut keadaan.. korang akan menjadi riak dan takabur bila mempunyai duit yang banyak dan menjadi segan silu dan malu- malu kucing bila takde duit..


4- Walaupun duit tidak mempunyai mulut untuk berkata- kata tetapi duit boleh menjadikan korang hambanya.. korang juga boleh bergaduh dan berpecah belah kerana duit seposen..


5- Duit tidak mempunyai perasaan terhadap manusia tetapi manusia akan perasan bila banyak duit dan akan terus menyatakan tidak cukup dengan apa yang ada..


6- Sekamcing mana pon korang dengan duit, bila korang mati nanti, duit tu tak akan terjun ikut masuk dalam kubur korang tu.. malahan baca Al- Fatihah dan Tahlil sudah tentu jauh sekali..korang jangan juga berharap yang duit tu akan menziarahi kubur korang di hari raya..
In Accordance With with Thumbnails