- - SELAMAT TINGGAL SAYANG.. SOB3 !! ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, February 28, 2011

SELAMAT TINGGAL SAYANG.. SOB3 !!

Ini adalah entri sedih.. sob3 !!

Kenapa nak buat entri sedih ni.. ingat orang suka ke baca kisah- kisah sedih ko ni wahai Fakhurudin Rosli.. orang x suka la baca kisah- kisah sedih ni.. orang suka baca kisah- kisah yang happy je tau.. apa daa..

Lantak la apa orang nak kata.. yang penting, aku nak tulis jugak.. huhu..

Ini kisah cinta aku dan si dia..

Ceritera cinta ni bermula pada Oktober 2009.. kira dah setahun lebih la kitorang melalui alam percintaan yang serba indah ni.. even kentut bau telur pon dikatakan harum bak kasturi.. itulah penangan apa yang dinamakan C I N T A .. dasat kan..

Dalam setahun tu semua nya happy.. cuma ada la sekali sekala si dia ni buat hal.. merajuk, meragam dan macam- macam imbuhan me lagi la.. tapi tak apa.. si dia ni merajuk kejap je.. x lama.. dalam sejam dia elok balik.. kalau paling lama pon, adalah dalam satu hari.. lepas tu dia elok balik la.. tengok la siapa yang pujuk kan.. hero malaya ni.. dah layak untuk join geng- geng hero malaya Pak Nil ni.. keh3..

Tapi masalah besar berlaku bila aku dah start pindah rumah.. hubungan kitorang dah takde.. memang susah gila nak contact si dia.. kadang- kadang dapat, kadang- kadang tak dapat.. fuhh, kecewa dan geram je yang ada dalam diri aku masa tu.. kenapa susah sangat nak contact.. bukan nya duduk kat pedalaman pon yang susah sangat nak contact ni.. menyirap je aku rasa.. tapi oleh kerana cinta aku yang menebal terhadap si dia.. aku sabar je la.. gentleman la katakan.. huhu..



Kusangkakan panas sampai ke petang, rupa- rupanya hujan di tengahari.. ada badai besar melanda hubungan cinta kitorang yang mulus lagi suci ni.. rupa- rupanya ada orang ketiga dalam perhubungan kitorang ni.. mamat ni memang dah lama usha si dia.. dari rumah lama lagi.. tapi sejak aku pindah rumah baru ni.. keinginan mamat tu untuk mendapatkan si dia makin meluap- meluap..

Hari tu kawan aku ada cakap yang mamat ni ada chat dengan dia tanya pasal kekasih aku ni.. amboii.. kurang ajar betol kan.. siap boleh tanya pasal kekasih aku dengan kawan aku lagi.. kalau berani, tanya aku face tu face la.. baru anak jantan kan.. memang menyirap gila aku dibuatnya..

Tapi memang bukan jodoh aku dengan si dia.. aku terpaksa lepaskan dia.. aku bukanlah lelaki yang kejam.. aku baru tau yang si dia ni memang dah lama syok kat mamat ni.,. aku je bodoh yang tak sedar si dia duk main kayu tiga dengan mamat ni kat belakang aku..

Aku rela lepaskan kau pergi P1 W1MAX.. mungkin jodoh kita sampai di sini.. memang kat rumah aku tak de line.. kalau dapat pon kadang- kadang je.. sebab tu la blog ni dah bersawang.. lama kot tak update.. hehe.. kepada kawan aku En. Bera yang bakal merampas P1 W1MAX ni dari aku nanti.. sila jaga elok- elok ye.. jangan kasar2 dengan dia.. nanti dia merajuk.. jangan letak tengah panas.. dia tak suka panas.. letak kat tempat yang teduh tau.. tu je la pesanan aku untuk kau.. aku harap kau dapat bahagiakan dia..

Malam ni berakhirlah kisah cinta aku dengan P1 W1MAX.. huhu..sedih betol.. memang tak dapat online la lepas ni.. semakin bersawang la blog picisan ni.. huhu..

SELAMAT TINGGAL P1 W1MAX.. moga kita ketemu lagi di lain hari ye..
In Accordance With with Thumbnails