Baru je lepas tengok wayang tak berbayar dalam bilik ni.. sorang2 je layan wayang free.. tajuk wayang untuk hari ni.. The Gulliver's Travel.. perghh.. mantap jugak la citer dia.. boleh buat usus perut mengembang. hehe
Ni adalah filem terbaru lakonan orang gila Hollywood.. Jack Black.. filem dia memang sempoi.. layan kot tengok Jack
Kisah ni memang lucu giler.. lawak tahap gaban dah ni.. hehe.. tengok muka dia pon dah nak gelak.. keh3.. citer ni pasal seorang pekerja kat ofis.. walaupun kerja kat ofis, tapi kerja dia just hantar surat je.. lebih kurang macam ofis boy la.. dia ni minat kat sorang awek kat tempat kerja dia tu.. nama awek tu Darcy.. lama kot minat kat awek ni..
So, pada satu hari ni.. Gulliver ni bercadang nak pergi holiday.. bukan calang2 tempat dia nak pergi tau.. dia nak pergi Bermuda Triangle.. hehe
Masa on the way nak pergi sana.. bencana alam ni melanda kapal Gulliver tu.. nama kapal aku dah tak ingat.. susah sangat nak sebut.. hehe.. so, terdampar la Gulliver ni kat satu pulau bernama Lilliput.. manusia kat sana ni pelik2 tau.. semua nya orang kerdil.. hehe
Gulliver ni awal2 nya ditangkap oleh rakyat pulau tu.. tapi selepas dia tunjuk cket aksi heroic menyelamatkan raja pulau tu dengan air kencing.. terus dia jadi hero.. hehe.. so, happyla hidup dia kat sana..
Tapi.. oleh kerana terlalu happy.. Gulliver ni telah terlalu banyak berseronok.. dia telah mengabaikan segalanya.. hidup nak happy je.. askar kat pulau tu pon dia suruh jadi tukang urut.. mengarut gila si Gulliver ni.. oleh kerana terlalu enjoy.. sistem pertahanan pulau tu pon jadi teramatlah rapuh.. dah macam gula2 kapas..
So, sekali kena serang.. habis semua ditawan.. masa ni la segala temberang Gulliver terbongkar.. dia telah menipu seluruh penduduk pulau tu dengan mengatakan dia hero.. kecewa gila kot rakyat pulau tu masa tu..
Kalau korang tengok habis citer ni.. banyak pengajaran yang korang boleh dapat.. meh sini aku nak list apa yang aku dapat dari citer ni..
- Hidup ni jadilah diri sendiri.. x payah nak reka cerita bagitau kat orang len yang kiter ni hebat
- Jangan pentingkan darjat dalam perhubungan.. tak kira persahabatan atau percintaan..
- Kalau kita kuat, jangan nak tunjuk eksyen sangat.. ada lagi yang lebih kuat dari kita
- Berani mintak maaf kalau dah buat salah..
- Tak ada pekerjaan yang hina kat dunia ni.. semua boleh bagi rezeki kalau buat dengan betol
- Korang kena berani luahkan cinta korang.. cewaaahh