La Masia |
Pernah dengar tak nama La Masia?? bukan La Malaysia tau tapi La Masia.. mesti korang tak pernah dengar kan.. entah apa benda la ni kan.. nama pon entah apa- apa...
Sebenarnya, La Masia ni adalah akademi bola sepak.. akademi ni adalah milik penuh Barcelona FC.. kelab bola sepak terulung abad ini.. memang tak de satu pasukan yang boleh challenge Barca ni.. termasuklah Los Blancos.. hehe.. Los Blancos ni Real Madrid la.. kalau Barca plak, nama glamour dia adalah Catalans..
La Masia ni dah banyak lahirkan pemain bola sepak terhebat dunia tau.. Messi, Fabregas, Pique, Xavi dan Iniesta.. semuanya datang dari akademi ni.. diorang ni bukan senang2 je jadi star tapi perlu bermula dari bawah jugak..
Berdiri paling kiri adalah Pique, paling kanan adalah Fabregas.. duduk paling kanan adalah Messi.. satu batch diorang ni |
La Masia yang memulakan operasinya pada tahun 1979 sedang beroperasi dengan 70 kakitangan yang terdiri daripada doktor, jurulatih, nutritionist, tukang masak, physios dan ahli psikologi.. pelajar- pelajar nya terdiri daripada pelajar yang berumur antara 11- 18 tahun.. maksimum intake adalh 75 orang untuk satu pengambilan..
La Masia ni jugak bukan sekadar bertujuan untuk melahirkan pemain bola sepak je.. pemain basketball, hoki dan handball turut dilatih kat sini tau.. kira macam- macam jenis sukan ada..
Ia bukan bertujuan untuk melahirkan atlet semata- mata tapi ia juga menyiapkan pelajar2 nya untuk terjun ke bidang lain jika diorang tak berjaya dalam sukan..
Pelajar2 kat sini dapat biasiswa.. kebanyakan pelajar yang dipilih adalah pelajar2 yang berada di kawasan terpencil di Sepanyol dan ada jugak kat luar negara.. pelajar akan diberi makan, tempat tinggal, rumah, transport dan sedikit duit belanja.. semua kelengkapan latihan akan ditaja..
Berdekatan dengan stadium Nou Camp |
Sebagai contoh, Andres Iniesta barasal dari satu bandar terpencil di Sepanyol bernama Fuentealbilla.. selain itu Iniesta hanya berumur 12 tahun sewaktu mendaftar masuk ke La Masia.. jom kita baca apa perasaan Iniesta sewaktu mula2 masuk hostel dulu.. hehe
“It was like the world was coming to an end. It was a new life and the impact was very hard. Being separated from my parents at such a young age was such an abrupt change. My father and grandfather dropped me off on the first night and I came to have dinner but I couldn’t eat a thing. But they treated me very well. There were two telephones and we used to argue about who could use them to phone home. I didn’t want to spend a night without calling my parents. But they see you’re so young, that you lack affection and they help you.”La Masia memang berperanan dalam membantu pelajar- pelajar nya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.. korang bayangkan la, budak2 tu baru berumur 12 tahun.. tapi dah meninggalkan keluarga untuk mengejar cita- cita diorang.. kita umur 12 tahun duk berkepit celah ketiak mak bapak lagi kan.. betol x?? hehe..
Bagi Leonel Messi, dia memang mengalami kesukaran sewaktu mula- mula menyertai La Masia sewaktu berumur 13 tahun.. dengan hanya berketinggian 4 kaki 6 inci, dia yang mengalami masalah pertumbuhan memang susah cket nak adapt dengan situasi baru berbanding kanak2 lain.. doktor2 di situ telah banyak membantu Messi sehingga lah dia berjaya menjadi seperti sekarang..
“As a kid they teach you not to play to win but to grow in ability as a player,” says MessiIni lah jadual kehidupan seharian pelajar di kilang bola sepak terulung dunia ni..
0700: Bangun pagi.
0730: Communal breakfast.
0800: Naik bas ke sekolah.
1400: Balik dari sekolah dan makan tengahari.
1430: Masa untuk buat homework.
1600- 1800: Sesi latihan intensif.
1830: Pelajar yang cergas akan terus ke gym manakala pelajar yang injured akan berjumpa dengan physio.
2100: Communal dinner.
2200: Bed time. Some players go straight to sleep but they are allowed to read, listen to music or do homework before lights out.