Friday, February 11, 2011
Mati kerana punggung besar
Niat seorang penari Hip Hop untuk mendapatkan punggung yang besar tidak kesampaian kerana dia telah mati terlebih dahulu sebelum pembedahan sempat dijalankan..
Mangsa, Claudia Aderotomi, berumur 20 tahun telah pergi ke Philadelphia untuk melakukan pembedahan punggung secara haram kat sana..
Mangsa yang bercita- cita untuk menjadi artis telah melakukan pembedahan ini kerana kurang berpuas hati dengan saiz punggung nya yang kecil dan rata.. tapi setelah ditengok pada gambar, punggung tak lah kecik mana pon.. dah cukup besar apa.. heheh
Mangsa meninggal setelah menerima suntikan daripada seorang doktor misteri.. mangsa mengadu sakit dada setelah suntikan dibuat kat punggung nya.. itupon hanya selepas 12 jam suntikan tu dibuat..
Mangsa yang pernah kecewa akibat tidak diterima menjadi seorang model dalam satu video promo kerana punggung nya yang rata telah melakukan pembedahan ini tanpa pengetahuan keluarga dia.. dia just cakap yang dia nak pergi USA.. family dia ingat dia nak pergi holiday ke apa.. tak tau la plak yang dia nak pergi operate bontot..
Mangsa telah ditemui mati dalam bilik hotelnya.. pihak polis masih menyiasat kejadian ni.. mangsa dipercayai disuntik di tempat yang salah dan telah terkena urat- urat yang penting.. selain itu, mangsa juga dipercayai disuntik dengan silicon yang digunakan untuk industri khususnya untuk membuat sealant.. ni lah padahnya kalau melakukan benda yang tak sah disisi undang- undang ni.. walaupun kos dia murah.. kena fikir jugak efek dia.. jangan main bedal je..
So, kepada perempuan- perempuan kat luar sana.. amik lah perkara ni sebagai iktibar.. syukurlah dengan apa yang ada.. tak payah la nak bontot besar- besar.. nanti susah nak cari seluar.. kena tempah tau. nak tempah mahal, bukan nya murah tau.. kepada yang dah bersuami, korang tanya la suami korang sama ada dia suka atau tak dengan saiz bontot korang tu.. kalau dia suka ok la.. kalau x suka nak buat macam mana.. terima lah seada nya..
Sebagai orang Islam, kita dilarang melakukan pembedahan plastic dan silicon ni.. itu dinamakan mengubah kejadian Allah.. haram hukum nya..
Renung- renungkan dan selamat beramal..
Holding Label :
suara hati
Mati kerana punggung besar
2011-02-11T00:40:00+08:00
FaKArePa!n
suara hati|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)