- - LEE MIN HO YANG SEHENSEM AKU ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, September 16, 2013

LEE MIN HO YANG SEHENSEM AKU

Siapa ni?? ni nama orang ke?? lelaki ke perempuan?? kalau lelaki, siapa dia ni?? ada apa dengan mamat ni?? dengar cerita, semua awek- awek cute mute kat Malaysia ni minat kat dia.. huh..

Bagi merungkai semua persoalan tu.. aku pon guna la kuasa Google untuk mengetahui lebih lanjut dengan mamat ni..


Lee Min Ho ni mula tunjuk muka kat dunia ni pada 22 Jun 1987.. o,, muda lagi dia ni.. kalau nak tau umur dia.. kira sendiri.. hehehe.. dia ni hanyalah seberat 3.2 kg semasa dilahirkan.. masa mula- mula lahir, doktor tak beritahu pon jantina dia ni kepada mak dia.. tapi firasat mak dia menyatakan yang dia ni seorang lelaki.. firasat seorang ibu memang hebat.. Lee Min Ho ni mempunyai darah jenis A..

Lee Min Ho ni sering mengalami masalah kesihatan sewaktu kecil.. dia akan selalu menghidap selsema sewaktu perubahan musim..

Lee Min Ho ni mula- mula dulu adalah seorang model.. tapi biasalah dalam dunia hiburan, model biasanya akan bertukar jadi pelakon atau penyanyi.. modelling ni sekadar batu loncatan je..

Menurut kata pak cik internet, Lee Min Ho ni masa umur dia 19 tahun, dia dah ada 2 girlfriend tau.. huhu.. dahsyat betol dia ni.. hehe.. tapi sekarang ni dia cakap dia tak nak kapel2 dah.. dia nak fokus pada kerjaya dia je..

Lee Min Ho ni pernah mengalami satu kemalangan yang boleh dikira teruk jugak la.. akibat dari kemalangan tu, doktor terpaksa memasukkan besi pada lutut dia.. so, dia ni ada lutut besi la sekarang ni.. hehe

Lee Min Ho ni mula dikenali ramai menerusi watak nya sebagai ketua F4 dalam cerita Boys Over Flowers.. cerita ini mendapat sambutan yang begitu menghangatkan di seluruh asia.. dia telah memegang watak sebagai Gu Jun Pyo iaitu seorang anak kepada usahawan yang kaya- raya di Korea..

Selepas drama ini, dia meneruskan legasi cemerlang nya dengan memegang watak sebagai Jeon Ji Ho dalam drama Personal Taste@ Personal Preference.. dalam citer ni, dia membawa watak sebagai seorang arkitek yang hebat tetapi sering ditimpa masalah kerana rasuah yang kerap berlaku dalam industri itu di Korea..

Di bawah ni terdapat sedikit gambar ekslusif buat peminat2 Lee Min Ho

Koleksi gambar Lee Min Ho
ini adalah gambar sewaktu hari jadi nya yang pertama

Koleksi gambar Lee Min Ho
Bergambar bersama kakak nya sewktu berumur 5 tahun
Koleksi gambar Lee Min Ho
Sewaktu berumur 6 tahun, percutian bersama keluarga.. seperti watak nya dalam drama BOF, dia juga adalah seorang yang tidak pandai berenang..

Koleksi gambar Lee Min Ho
Ini adalah gambar dia sewaktu berumur 9 tahun

Koleksi gambar Lee Min Ho
ni sewaktu berumur 18 tahun

Koleksi gambar Lee Min Ho
Gambar atas bersama kakak nya, gambar bawah bersama ibunya..

Koleksi gambar Lee Min Ho


P/ S: Entri ni di dedikasikan buat semua peminat wanita yang menggilai Lee Min Ho.. aku bukan metroseksual ye
In Accordance With with Thumbnails