- - BENARKAH VITAMIN C BERI KEBAIKAN PADA KITA ? ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, September 05, 2013

BENARKAH VITAMIN C BERI KEBAIKAN PADA KITA ?

Serius terfikir idea tentang entri ni masa tengah meneguk sebotol Tropicana Twister.

Iklan TV cakap yang bahawasanya Tropicana Twister ni kaya dengan vitamin C yang sangat diperlukan oleh badan manusia.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Dan diri ini memang pun percaya bulat- bulat apa yang dikhabarkan oleh TV tu. Oleh sebab itulah setiap kali berkunjung ke pasaraya Giant, pasti akan dirembat 2 botol Tropicana Twister. dekat  Giant diorang jual murah, 2 botol RM 5.79 kot kalau tak silap.

Sumber vitamin c
Sumber vitamin C

Tapi, benarkah vitamin C beri kebaikan pada kita ? Itu yang menjadi persoalan sekarang ni. Adakah itu hanya mitos semata ?


Setelah diGoogle untuk mencari kebenarannya, ini info yang berjaya diperoleh.

Vitamin C ialah ianya tergolong dalam kumpulan vitamin larut air. Bermakna ia perlu diambil harian kerana ia tidak boleh disimpan oleh badan dan akan keluar dalam tempoh masa 1 - 3 hari. Sumber vitamin C adalah daripada buah-buah sitrus, beri dan sayur-sayuran.

Fungsi Vitamin C untuk badan manusia:

Antioksidan – diperlukan untuk memerangi radikal bebas dalam tubuh, mencegah kanser

Meningkatkan fungsi metabolik tubuh – terlibat dalam membina dan memperbaiki tisu,     meningkatkan fungsi kelenjar adrenal dan membina gusi yang sihat.
Mengelakkan ATHEROSCLEROSIS – arteri mengeras apabila timbunan kolesterol jahat (LDL. vitamin C merendahkan paras LDL dan menaikkan paras HDL ).

Pembentukan dan pemeliharaan kolagen – kolagen tubuh memerlukan vitamin C

Imuniti – meningkatkan imuniti

Serap zat besi dan meyingkirkan toksinVitamin C bergabung dengan toksin dalam badan seperti logam berat dan membuangnya dari tubuh

Kesan Kekurangan Vitamin C:

1- Luka lambat sembuh

2- Gusi mudah luka dan berdarah

3- Kelesuan melampau

4- Sakit sendi

5- Mudah diserang selesema

6- Stress

7- Kulit kering

Komen (10)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
Jadi, pakat2 kita ambil vit c yg cukup utk badan =)

thanks bro berkongsi!
My recent post Seloka 20 Sen!
1 jawab balas · aktif 609 minggu tadi
jom makan limauuuuu..heheh
bila selsema, makan limau banyak sikit memang dah boleh bantu.
My recent post Arsenal mana superstar baru
1 jawab balas · aktif 609 minggu tadi
oh..selalu minum tea o limau panas..
Itulah...asal pergi shopping complex mesti nak beli air twister tu kan? sbnrnya tak berapa bagus sgt, mungkin ada kandungan gula juga. Bagus kita mkn buah2an segar, favourite akak, segala jenis limau. Jadi drp info ni tau dah kenapa dulu akak selalu kena selsema. Sekarang tidak lagi sb dah tau kegunaan vitamin c.
My recent post Ada apa nombor 7
1 jawab balas · aktif 609 minggu tadi
tak tahan tengok harga promosi kak..heheh
vitamin c memang elok , tp beli air twister tu belum tentu kita dpt vitamin c saja , kadang2 dapat banyak gula ..nak elok berkesan beli buah oren dan makan setiap hari.

atau makanan tambahan vit c , anak2 akk kalau demam bg vitamin c dulu , baru bagi ubat ... dan memang 2 hari je dah elok semula ...
My recent post 4 Tips Untuk Lulus Permohonan Belajar Ke Maghribi
1 jawab balas · aktif 609 minggu tadi
masa kecik dulu biasa beli vitamin c jenama champs perisa oren..sedaaaappp..hehe
yang biasa dengar orang yang amalkan vitamin C ni untuk kecantikan dan meningkatkan daya tahan badan. kurang dapat demam selsema.
1 jawab balas · aktif 609 minggu tadi
kalau lelaki untuk kehenseman tak terkalah..hehe

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails