- - KENAPA KITA PERLU PILIH UNTUK BERBASIKAL ? ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, September 04, 2013

KENAPA KITA PERLU PILIH UNTUK BERBASIKAL ?

Kelebihan basikal
Basikal bawa banyak kebaikan atau keburukan ?

Masa kecil dahulu, semua orang pasti idamkan untuk mempunyai sebuah basikal persendirian tanpa perlu dikongsi bersama adik- beradik yang lain.

Hal itu mungkin pasti bagi keluarga yang berkemampuan, tetapi bagi keluarga yang kurang berkemampuan pula, mempunyai sebuah basikal untuk dikongsi beramai- ramai bersama- sama anggota keluarga yang lain juga sudah cukup indah.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Tetapi kenapa apabila kita sudah meningkat dewasa, basikal itu kita pandang enteng sahaja. Sudah lupakah kita akan jasa dan kenangan serta kebaikan yang ada pada basikal sewaktu kita kecil dahulu.

Kita lebih memilih untuk menaiki motosikal berbanding basikal walaupun hanya sekadar untuk ronda- ronda di taman perumahan. Untuk ke kedai yang 200 meter dari rumah pun kita masih mahu menggunakan motosikal. Tidakkah anda semua pernah terfikir bahawa itu adalah pembaziran tanpa sedar ?

Dengan kenaikan harga bahan api di Malaysia sekarang ini, seharusnya kita memikirkan pelbagai alternatif untuk melakukan penjimatan.

Penggunaan basikal adalah satu langkah paling mudah dalam usaha kita untuk melakukan penjimatan.

Kenapa kita perlu pilih untuk berbasikal ?

Kerana basikal ini banyak kelebihannya. Antara nya ialah :

1- Ia menjimatkan anda daripada membayar petrol, penyelenggaraan dan ruang parkir.

2- Ia membantu anda membakar lebihan kalori yang ada dalam badan anda.

3- Ia bisa membuatkan anda hilang 1 pound seminggu.

4- Berbasikal boleh dijadikan satu hobi yang sihat untuk keluarga anda.

5- Berbasikal boleh meningkatkan stamina.

6- Berbasikal boleh menghilangkan stress.

Jadi sudah terang lagi bersuluh bahawa basikal ini membawa banyak kebaikan berbanding keburukan tak kira dari sudut kesihatan mahupun kewangan.

Ingin Mendalami Ilmu Pertolongan Cemas Untuk Yang Tersayang?? Klik Sini !!

Jadi, ayuh rakyat Malaysia kembali kepada zaman kanak- kanak yang gemilang dengan mula berbasikal.
In Accordance With with Thumbnails