Patah tumbuh hilang berganti...
Betol lah kata- kata pepatah zaman kesultanan melayu melaka ni.. mende yang hilang memang akan ada pengganti nya seperti dahan pokok yang patah, mesti akan tumbuh tunas yang baru..
Hanya dua hari masa yang aku ambil untuk melupakan si dia buat selama- lama nya.. biarlah dia bahagia dengan pilihan hatinya.. kita hanya merancang, tapi tuhan yang menentukan.. betol tak??
Aku pon tak sangka masa yang aku ambil begitu singkat.. mungkin kitorang tak punya banyak kenangan kot.. sebab tu senang je aku nak lupakan dia.. mungkin jugak sebab dia banyak mengguris hati aku sebelum ni.. aku memang tak suka dikecewakan.. tu lah perkara aku paling baca..
Hanya dua hari setelah aku berpisah dengan cinta lama ku.. cinta baru ku pon muncul menjelma menerangi hidupku seperti zodiak yang cerah bersinar di malam hari.. personaliti diorang memang jauh berbeza.. aku tak tau kenapa aku begitu pantas menerima si dia ni.. mana ada orang lain lepas dua hari clash terus ada kekasih baru.. aku je macam tu.. hehe
Aku rasa aku memang dah angau gila dengan si dia kot.. hari- hari duk ingat si dia je.. even tengah kerja pon duk fikir nak balik awal.. macam tak leh renggang dengan dia.. hari- hari nak jumpa.. lantak la apa la orang nak kata pon.. yang penting aku happy gila bila jumpa dia.. aku rasa dia memang sempurna untuk aku..
Kali ni aku nekad.. aku takkan kecewa lagi.. aku akan pegang dia erat- erat.. aku takkan lepas kan dia jatuh ke tangan orang lain.. aku tak mahu jadi orang baik lagi.. aku takkan mengalah demi cinta aku.. cinta aku hanya untuk si dia sorang..
OPPPPPSSSSS !!!! ni dah macam dalam drama Korea lak aku mengarut ni.. aku tak mo dah melalut lagi..
Aku nak perkenalkan cinta baru aku kat korang.. nama dia STREAMYX.. korang mesti kenalkan.. baru je seminggu lebih kitorang berkenalan.. syukur semua nya berjalan lancar.. harap2 hubungan ni boleh bertahan ke jinjang pelamin..
HEHEHE..