- - Kapal Terbang A330- 300 MAS Bermekap Baru ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, March 08, 2011

Kapal Terbang A330- 300 MAS Bermekap Baru

Sekali lagi Fakhurudin Rosli akan membuat perkara yang boleh dianggap malas dalam kalangan blogger- blogger sedunia.. walaupun perkara ini dilarang keras dalam akta 437 kanun keseksaan kerana mengcopy hasil kerja orang lain.. Fakhurudin Rosli tetap berkeras dan berdegil serta nekad untuk copy jugak hasil kerja manusia ni.. hehe..

Tadi selepas selesai melahap kerangka ayam dan nasi goreng kawah yang dibeli oleh kawan aku di Pasar Malam kat Lembah Subang.. aku pon belek la blog.. nak tengok kot2 ada comment baru ke yang orang conteng kat blog aku ni.. sedang syok je baca comment.. aku terbaca la kat sebelah tepi blog aku ni.. ada kawan aku post benda yang menaikkan tahap gula dalam badan aku.. huhu.. rasa manis dan happy je bila baca entri dia.. pasal kapal terbang tu.. aku memang suka amat lah baca kalau ada apa- apa pasal kapal terbang..

Kenpa aku suka baca pasal kapal terbang??? yela.. dah kerja aku kena baiki kapal terbang.. so, kena la pupuk minat terhadap kapal terbang ni dari awal.. bak kata pepatah.. melentur buluh biar lah dari rebung nya.. walaupun aku ni dah sampai tahap buluh, masih boleh dilenturkan lagi kot.. hehehe



Untuk makluman korang.. MAS telah melakukan pelaburan yang besar dalam usaha diorang untuk melebarkan empayar perniagaanya dan memberikan khidmat yang terbaik terhadap rakyat Malaysia.. setelah menerima kapal Boeing 737- 800 baru- baru ni.. MAS dijangka akan menerima satu lagi kapal baru iaitu Airbus A330- 300.. MAS telah bercadang untuk membeli 15 buah kapal seumpamanya..

Kapal ini menggunakan design yang sama seperti kapal Boeing 737- 800.. so, design nya amatlah berlainan dengan design kapal MAS yang korang biasa lihat di airport, surat khabar, TV1, TV2, TV 3 dan segala jenis media massa yang ada dalam Malaysia ni..

Jom kita tengok design terbaru tu.. layan ~


Ini pulak design yang sedang diguna sekarang kalau korang ni terlampau jakun la sampai tak tahu macam mana rupa kapal MAS tu.. hehe


Kredit gambar ni kepada Kecik ,,, hehe.. sorry sebab aku copycat.. eheh
In Accordance With with Thumbnails