- - APRIL FOOL MENURUT PERSPEKTIF BARAT ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, March 31, 2011

APRIL FOOL MENURUT PERSPEKTIF BARAT



Hari April Fool disambut di seluruh dunia pada setiap 1 April.. kadang kala, hari ini disebut juga sebagai All Fools' Day.. 1 April bukanlah satu cuti umum walaupun ia diraikan di seluruh dunia.. hehe.. walaupun x dapat cuti pada 1 April ni, ia lebih kepada hari untuk mempraktikkan segala jenis lawak bodoh yan ada kat atas muka bumi ni.. so, majikan tak perlu nak bagi cuti untuk perkara bodoh sebegini.. hehe



Secara tradisional, sesetengah negara seperti New Zealand, Ireland, UK, Australia dan Afrika Selatan hanya meraikan April Fool ini sehingga tengahari sahaja.. sesiapa yang ada membuat lawak bodoh selepas tengahari, dia ini akan digelar April Fool.. hehe.. pelik2 je..

Di Perancis, Itali, Korea Selatan, Japan, Belanda, Russia, Jerman, US, Canada dan Brazil pula, lawak bodoh anda tu boleh dipraktikkan sepanjang hari.. kat sana lebih santai dan open minded kot.. korang buat la lawak bodoh korang tu sampai korang tertidur.. xde hal punya.. hehe

Ramai orang berpendapat bahawa penjenamaan semula 1 Januari sebagai hari tahun baru pada abad ke- 16 telah mencetus kepada fenomena April Fool ni.. sebenarnya, aku pon tak faham apa kaitan April Fool dengan 1 Januari ni.. hehe

Dalam satu kisah Chaucer's Canterbury Tale (1392 ) yang diberi nama " Nun's Priest Tale " ,terdapat satu frasa yang berbunyi begini.. Syn March bigan thritty dayes and two.. Chaucer sebenarnya memberitahu bahawa 32 hari selepas March iaitu 2 Mei ialah tarikh ulang tahun pertunangan antara King Richard II of England dan Anne of Bohemia yang berlangsung pada tahun 1381.. bagaimanapun, para pembaca telah tersalah tafsir apabila mereka menyangka bahawa frasa tersebut membawa maksud 32nd of March iaitu 1 April pada pandangan mereka.. dari ini bermula la konspirasi bahawa para pembaca telah di April Foolkan oleh si Chaucer ni.. hehe.. kesian betol..



Pada tahun 1509, satu puisi Perancis yang merujuk kepada poisson d'avril ( April Fool atau Ikan April ) poisson membawa maksud ikan.. ia adalah rujukan yang peling hampir kepada perayaan tersebut..

Pada 1539, seorang pemuisi Flemish Eduard de Dene telah menulis puisi tentang seorang bangsawan yang menghantar khadam nya untuk satu pekerjaan yang bodoh atau menurut kata pasar nya khadam nya telah dikencing oleh bangsawan tersebut pada 1 April..

Pada 1686 pula, John Aubrey telah merujuk hari tersebut sebagai " Fooles Holy Day ".. itu adalah rujukan pertama British berkenaan April Fool ni..

Pada 1 April 1698, beberapa manusia yang lurus bendul telah diklentong hidup- hidup supaya pergi ke Tower of London untuk menyaksikan singa- singa dimandikan.. hehe.. perkara tersebut memang la sangat mustahil untuk dilakukan.. kesian kat diorang yang diklentong tu..

Tower of London


Pada zaman pertengahan, hari tahun baru disambut pada 25 March di kebanyakan bandar sekitar Eropah..  Di sesetengah kawasan sekitar Perancis, perayaan tahun baru dirayakan selama seminggu dan berakhir pada 1 April.. terdapat kemungkinan yang menyatakan bahawa golongan- golongan yang menyambut tahun baru pada 1 Januari telah memperbodoh- bodohkan golongan yang menyambut perayaan tahun baru selain dari 1 Januari.. hehe..

Tu lah sedikit sebanyak salasilah dan sejarah April Fool ni menurut perspektif barat..

Nantikan entri tentang April Fool pada tengah malam ni.. chow~
In Accordance With with Thumbnails