- - Yamaha 135LC 2011 version ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, January 20, 2011

Yamaha 135LC 2011 version

Siapa kat dalam dunia siber ni pakai motosikal 135 LC?? angkat tangan cepat.. hehe

Ok, untuk makluman anda semua.. sudah terdapat desas- desus dan bukti- bukti yang kukuh bahawa 135LC yang ada kat pasaran Malaysia sekarang ni akan diganti dengan model yang lebih ranggi dan power..



Motosikal tersebut telah lama dilancarkan di Indonesia dan Vietnam.. oleh kerana Malaysia mengamalkan konsep pasaran tertutup.. motosikal ini perlu melalui pelbagai siri ujian oleh Puspakom dan Sirim sebelum boleh dipasarkan di sini..

Menurut khabar angin.. motosikal ini dikuasakan dengan enjin 150 cc.. jumlah yang begitu besar untuk sebuah motosikal kapcai.. tapi, menurut sumber terbaru, motosikal ini masih lagi mengekalkan identiti nya sebagai 135LC dengan menggunakan enjin 135 cc tetapi dengan karburetor yang diperbesar..

Berikut adalah spesifikasi motosikal terbaru keluaran Yamaha ini..


Untuk model ini, ianya dicipta untuk pengendalian yang lebih selamat dan stylo di selekoh dengan mengenakan tayar yang lebih besar.. selain itu, kuasa enjin nya turut bertambah dari 11.49ps@ 8500 rpm ke 12.52ps@ 8500 rpm.. kuasa tork nya turut meningkat..

Model ini terdapat dalam 5 kelajuan.. satu pembaharuan yang jelas oleh Yamaha.. terdapat juga brake disc belakang untuk motosikal ini.. Ini adalah penambahan yang cukup sensasi..

Penampilan model ini juga cukup berbeza dengan model sebelumnya.. lampu belakang sudah jauh berbeza dengan model asal.. lampu depan pula mengambil ciri- ciri lampu angle eyes..

Gambar- gambar untuk tontonan anda








In Accordance With with Thumbnails