- - Aku kagum dengan mereka walaupun mereka kurang upaya ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Saturday, January 22, 2011

Aku kagum dengan mereka walaupun mereka kurang upaya

Entri ni adalah tribute untuk golongan- golongan yang kelainan upaya..

Petang tadi kan aku ada keluar jalan- jalan.. Aku biasanya kalau keluar jalan- jalan lebih prefer untuk naik kenderaan awam.. malas la nak bawak motosikal.. jalan kat KL ni kalau petang- petang memang sakit.. orang yang naik motosikal macam aku ni pon susah tau.. nak mencelah pon susah.. yela, golongan- golongan yang naik kereta ni selalu jeles dengan mat- mat moto macam aku ni sebab kitorang boleh mencelah.. so, diorang dengan sengaja memblock jalan tak nak kasi kitorang lalu.. so, kepada golongan- golongan yang memandu kereta, hentikanlah perbuatan macam ni.. menyusahkan orang lain la.. hehe



So, sebelum aku naik LRT tadi, aku lepak la dulu kat stesen LRT tu.. sebenarnya aku sedang menunggu si dia.. si dia ni memang selalu lambat.. hehe.. aku pon duduk la kat bangku tempat orang menunggu bas..

Sedang aku khusyuk mencuci mata melihat orang lalu lalang.. macam- macam jenis orang ada.. ada awek cun, awek tak cukup kain, ada mat bangla dan macam- macam jenis lagi la.. tiba- tiba lalu la seorang hamba Allah yang cacat penglihatan.. aku ni tak leh tengok orang macam tu.. jadi kesian..

Aku tengok dia sedang berjalan turun dari tangga dengan tongkat dia tu.. perlahan- lahan je dia turun.. satu- demi satu anak tangga dituruni nya.. tongkat dia tu lah dia gunakan sebagai " mata " dia.. aku khusyuk duk perhatikan dia..

Lepas dia siap turun anak tangga tu.. dia pon berjalan lah di siar kaki dekat tempat menunggu  bas tu.. dia gunakan tongkat dia untuk memandu arah dia.. dia ketuk- ketuk tongkat dia kat jalan tu.. dia ketuk sekeliling dia.. dia macam dah tau bunyi jalan yang harus dia ambil.. dia jugak akan tau kalau ada tiang kat depan dia.. ada sekali tu aku tengok dia hampir jatuh sebab dia jalan tepi sangat dengan kaki lima tu.. sekali lagi tongkat dia dah selamatkan dia.. tongkat dia jatuh terlebih dahulu kat kaki lima tu.. so, sekarang dia dah tahu bahawa dia dah hampir sangat dengan tepi kaki lima tu.. so, dia ubah la haluan perjalanan dia..

Aku cukup kagum dengan dia.. walaupun dia cacat penglihatan.. dia masih lagi mampu untuk mencari jalan pulang ke rumah nya sendiri.. dia mampu berdikari.. dia tak perlukan bantuan orang lain untuk menghantar dia sampai ke rumah.. cukuplah dia dengan tongkat nya itu.. walaubagaimanapun, aku masih lagi kesian tengok dia.. T___T

Tu cerita kat stesen LRT.. ni cerita kat Masjid Jamek la.. ha.. kat sini aku jumpa pulak dengan orang kurang upaya yang jual kerepek.. kalau korang sering ke Masjid Jamek, korang pasti akan jumpa dengan pak cik ni.. pak cik ni selalu pakai kopiah atas kepala dia.. pak cik ni selalu jual kerepek dekat Masjid Jamek tu dengan kerusi roda dia.. dia biasanya akan pakai PA sistem semulajadi dan jerit macam ni.." kerepek.. kerepek.." ada la dalam 3 kali ulangan..

So, walaupun pak cik ni kurang upaya.. dia masih lagi mampu mencari sesuap nasi dengan cara yang halal.. dia sanggup ke sini hari- hari walaupun dalam keadaan dirinya yang serba kekurangan.. kita ni sebagai golongan yang cukup lengkap,, jangan lah bersikap sombong dengan dia ni.. kalau kita rasa kita ada duit lebih sikit, sedekah kan lah kat pak cik ni.. janganlah kedekut sangat.. memang kita tak dapat balasan kat dunia ni.. tapi kat akhirat sana balasan dari Allah menanti kita..

So, tu lah kisah aku dengan mereka pada hari ni.. aku kagum dengan mereka.. semoga hidup mereka sentiasa     aman dan sentosa..
In Accordance With with Thumbnails