Sudah kah anda puas dengan motosikal berclutch dan menggunakan gear semi- auto?? inginkan sesuatu yang lebih sempoi, selesa dan ranggi?? saya ada jawapan nya.. Yamah Ego LC pastinya gempak untuk anda..
Yamaha telah memperkenalkan satu lagi keluaran terbaru nya di akhir tahun 2010 baru- baru ini.. Yamaha Ego LC.. dengan penampilan yang lebih kemas dan ranggi.. ia adalah satu model mesti milik buat semua penggemar scooter di Malaysia..
Yamaha yang tidak pernah kering dengan idea untuk memberi yang terbaik buat pengguna motosikal nya telah menggunakan kepakaran yang ada untuk menghasilkan Yamaha Ego LC..
Dikuasakan dengan enjin 4 lejang dan sistem liquid cool yang telah menjadi trade mark kepada motosikal Yamaha, sistem high compression ratio enjin boleh menghasilkan torque untuk pecutan yang mantap dari low ke mid.. bukan dari low yat ke mid valley yer..
Motosikal ini juga dikuasakan dengan cc yang besar iaitu 125 cc.. enijin nya juga menggunakan Diasil Cylinder yang membantu dalam memberi lebih kuasa dan penyejukan kepada enjin untuk perjalanan dekat mahupun jauh.. so, korang x payah risau la untuk perjalanan jauh lepas ni.. hehe.. ia turut menggunakan forged piston untuk mengurangkan gegaran sewaktu menunggang motosikal ini..
Ia turut dilengkapi dengan Throttle Positioning Sensor ( TPS ).. sensor ini akan membantu dalam memberikan ignition timing yang terbaik sekaligus dapat memberikan penjimatan minyak untuk motosikal anda.. save dah duit.. hehe
Harga atas jalan bagi motosikal ini adalah RM 5800.. berserta dengan first party insurance, road tax dan caj pendaftaran.. hehe
Sila klik LINK ni untuk mengetahui personaliti Yamaha Ego LC yang mana sesuai dengan anda..
P/S: Sumber dari Hong Leong Yamaha, autoshift.net, motomalaya.net
Monday, January 24, 2011
Komen (6)

Aturkan menurut: Tarikh Taraf Aktiviti yang terakhir
Komen sedang dimuatkan...
Kemukakan komen baru
Comments by IntenseDebate
Menjawab balas sebagai Tetamu, atau log masuk:
KembaliBerhubung sebagai (Log keluar)
Tidak dipamerkan secara terbuka
Membuat pos secara sulit
Inginkan scooter baru.. Yamaha Ego LC pastinya gempak untuk anda
2011-01-24T21:29:00+08:00
FaKArePa!n
Kenderaanku|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
fitty · 622 minggu tadi
Fakarepain 83p · 622 minggu tadi
umaira · 596 minggu tadi
maisara · 581 minggu tadi
izam · 530 minggu tadi
izam · 530 minggu tadi