- - Damon braces lebih baik daripada braces besi yang biasa tu ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, January 26, 2011

Damon braces lebih baik daripada braces besi yang biasa tu

Korang mesti selalu mengata kan kat kawan- kawan korang yang pakai braces.. hehe.. mulut besi la, gigi besi la.. hehe.. aku pon sama jugak macam korang sebenarnya.. hehe.. tapi tu masa zaman sekolah dulu la.. sekarang ni dah matured.. xmo dah kata- mengata kat orang ni.. hehe



Ada tak dari kalangan pembaca cloud 9 ni yang pakai braces?? kalau ada, aku ada berita baik untuk korang ni..
hehe..



Sekarang ni, orang ramai dah mula perasan akan braces baru yang ada di pasaran ni.. ramai orang dah tak mahu pakai braces besi yang biasa tu.. hodoh kata nya.. so, satu inovasi baru telah dilakukan dan terhasil lah satu braces generasi baru yang dipanggil Damon Braces..

Apa Damon Braces ni??

Damon braces ni adalah satu jenis braces generasi baru.. braces ni adalah self ligating tau.. so, kalau ikut pemahaman rambang aku ni.. aku rasa self ligating ni macam boleh bentuk ikut gigi kot... hehe.. kalau salah, jangan marahkan aku ea.. bila nak pakai Damon Braces ni, gigi kita x payah cabut.. ni ada kaitan dengan self ligating r ni.. hehe



Kalau kita pakai braces besi yang biasa tu, doktor akan cabut gigi kita dan tanam balik ikut acuan yang betul.. orang dewasa tak boleh pakai palatal expanders dah sebab tulang dia dah memang fix.. tak akan berlaku tumbesaran nye lagi..

Damon braces ni jugak dah tak perlu pakai lagi dawai yang warna- warni untuk ikat gigi tu sebab dia ada sistem "sliding doors" kat bracket tu yang tolong bukak dan tutup bracket tu.. aku pon x berapa faham ni.. mungkin orang yang dah biasa pakai braces tau la pasal menda ni... huhu.. sliding doors ni jugak boleh membuatkan gigi bergerak dengan cepat, smooth dan tak sakit..



Selain itu, Damon Braces ni datang dalam kaler yang cerah.. so, bagi pengguna yang mementingkan rupa.. Damon braces ni memang ngam la untuk anda.. hehe.. kalau braces biasa kan, kebanyakan nya dalam warna silver.. so, ianya amatlah terserlah kat gigi anda tu..

Ni ada sedikit sebanyak kebaikan Damon Braces;

1- Brackets lebih kecil dan lebih cute
2- Tak mudah untuk memerangkap sisa- sisa makanan
3- Hasil nya lebih cepat berbanding braces biasa
4- Sistem yang baru dan sering di upgrade dari masa ke masa

Mungkin ada satu faktor yang akan membuatkan anda berat hati untuk memakai Damon braces ni.. harga nya.. mengikut harga pasaran Malaysia sekarang, kos nak pakai Damon braces ni adalah RM 6000.. mahal giler.. so, kena kumpul duit cket la kalau nak pakai Damon braces ni..

So, sape- sape yang berminat nak pakai Damon braces ni, boleh lah rujuk klinik- klinik gigi bertauliah berhampiran kawasan anda.. hehe


Korang tak payah malu la nak pakai baraces sebab awek@ blogger cun macam Fatin Liyana ni pon pakai braces gak tau.. heheh.. sori ye Fatin Liyana sebab terpaksa kidnap gambar dari blog awak untuk yakin kan mereka yang ragu- ragu.. mintak halal ye..

Sumber:

http://orthodontics-today.com/2008/05/damon-braces-metal-self-ligating-brackets/

http://www.damonbraces.com/choose/index.php
In Accordance With with Thumbnails