Ini adalah langkah- langkah nya..
1. Jerang air menggunakan heater.. tak kira lah heater mahal atau murah.. janji air tu dijerang.. kalau nak support barang buatan Malaysia.. gunakan heater Pensonic atau Khind.. dua- dua jenama Malaysia tu..
2. Lepas air dah masak.. biarkan saja air tu kat situ.. sediakan cawan yang korang agak- agak bila minum air dalam cawan tu boleh kembungkan perut korang..
3. Mengikut sukatan Fakhurudin Rosli.. masukkan 2 sudu gula dan 2 sudu Milo ke dalam cawan untuk rasa yang mengancam.. korang boleh sukat sendiri gula dan Milo tu mengikut citarasa korang..
4. Masukkan air ke dalam cawan yang berisi gula dan Milo tadi.. Kacau sehingga air terpercik keluar.. kacau dengan laju bagi memastikan gula dan Milo tadi sebati dalam cawan tersebut..
5. Apabila dah siap kacau, masukkan sedikit air masak untuk rasa yang suam.. kalau nak panas, tambahkan lagi air panas..
Sekadar hiasan |
Sekarang air Milo dah siap.. hiangkan lah air Milo dengan biskut jagung ataupun biskut marie untuk rasa yang lebih mengancam..
Murah, mudah dan mengancam bukan resepi ni.. sesuai untuk dihidang untuk semua lapisan masyarakat..
Selamat mencuba.. ^_^