- - Bagaimana Malaysia Airlines System Berhad terhasil ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, January 27, 2011

Bagaimana Malaysia Airlines System Berhad terhasil

Korang kenal tak MAS ni??.. nama panjang dia Malaysia Airlines System.. nama glamour dia plak adalah MH.. MH is Malaysia Hospitality.. hehe



Korang pernah naik tak kapal MAS ni?? ke naik Air Asia je?? nak save budget la katakan.. hehe..

Kalau tak pernah, try la naik kapal MAS sekali.. kompem ia adalah satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan tau.. try it yourself.. hehe



Hari ni nak citer la cket sejarah ringkas penubuhan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad ni atau Malaysia Airlines System Berhad..

MAS ni bermula dengan nama Malayan Airways Limited.. syarikat ni ditubuhkan pada tahun 1937.. lama tu, sebelum Jepun datang lagi.. syarikat ni terhasil daripada kerjasama dua syarikat iaitu Straits Steamship Company dan Imperial Airways..

Logo Malayan Airways Limited


Lepas tu, pada tahun 1963, sempena dengan penubuhan negara Malaysia.. nama tadi telah ditukarkan kepada Malaysian Airways Limited..

Old Skool Stewardess..


Pada tahun 1966, nama ini telah ditukar sekali lagi kepada Malaysia- Singapore Airlines ( MSA ).. pada tahun 1967 pula adalah tahun pengembangan syarikat ini.. syarikat ini telah menerima pesawat Boeing 707 yang pertama dari Boeing yang berpangkalan di Seattle..

Malaysia- Singapore Airlines


Selepas itu, akibat percanggahan ideologi dengan Singapore.. Malaysia- Singapore Airlines telah ditukarkan sekali lagi kepada Malaysian Airlines System pada 1 Oktober 1972.. hal ini berlaku kerana Singapura ingin menumpukan kepada laluan antarabangsa yang mendatangkan keuntungan manakala Malaysia pula ingin menumpukan kepada rakyat- rakyat nya yang berada di Borneo iaitu lebih kepada berbakti kepada negara..

MAS beroperasi hanya dengan 19 buah kapal terbang pada masa itu iaitu 7 Boeing 737- 200, 9 Fokker Friendship F27, dan 3 Britten Norman Islander..

Boeing 737- 200
Britten Normen Islander


Pada tahun 1985 pula, MAS telah mengambil langkah permodenan kepada semua kapal nya.. MAS telah menggunakan Fokker F50, Boeing 747- 400, Boeing 737- 400, Airbus A330..

So, sekarang ini MAS pon dah semakin mengembang kan sayap nya ke persada dunia.. dengan kehadiran Airbus A380 nanti pada tahun 2012, MAS dijangka akan dapat bersaing dengan syarikat- syarikat penerbangan yang lain..

So, sekarang ni dah tau sejarah MAS.. jom la terbang dengan MAS..
In Accordance With with Thumbnails