- - HARGA SILING AYAM RM 7.70 SEHINGGA 11 OGOS 2013 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Saturday, July 20, 2013

HARGA SILING AYAM RM 7.70 SEHINGGA 11 OGOS 2013

Berkuatkuasa 26 Julai 2103 hingga 11 Ogos 2013, kerajaan telah menetapkan bahawa harga siling ayam adalah RM 7.70 sekilogram.

Berikut adalah laporan berita tentang penurunan harga ayam.



Putrajaya - Kerajaan menetapkan harga siling ayam standard kepada RM7.70 sekilogram berbanding RM8.40 sekilogram sebelum ini, berkuatkuasa 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek berkata harga tersebut yang turun sebanyak 70 sen daripada harga purata runcit akan dilaksanakan selama 17 hari.
"Skim ini akan berakhir pada 11 Ogos iaitu hari raya ketiga dan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya pada sidang media.
Mengenai penetapan harga ayam, beliau berkata pengusaha dan pengeluar ternakan ayam telah bersetuju dengan penetapan harga itu pada mesyuarat Rabu lepas dan menjamin bekalan ayam adalah mencukupi untuk Aidilfitri bulan depan.
Hasan berkata tahun ini pihak kementerian telah mengenal pasti sebanyak 20 jenis barangan untuk ditentukan harga maksimum di bawah skim kawalan harga itu.
Antara 20 jenis barangan makanan yang dikawal ialah Ayam Super, Ayam Standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India, jelasnya.
Yang menjadi tanda tanya sekarang ni, adakah harga ayam akan kembali meningkat secara automatik dan mendadak kepada RM 9 sekilogram selepas detik 12 tengah malam 12 Ogos 2013?
In Accordance With with Thumbnails