- - AYAM OH AYAM... ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, July 15, 2013

AYAM OH AYAM...

AYAM PROSES: RM 8.00- RM 9.00/ 1KG
AYAM PUSING: RM 20- RM 25/ 1 EKOR
KEPAK AYAM: RM 2.50
NASI AYAM: ????



Semua barang berkaitan ayam melambung harganya.

" Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu. "

Kenapa saban tahun perkara ini harus terjadi??

Harga Ayam sekali lagi menjadi isu besar negara apabila diberitakan bahawa ianya telah meningkat secara mendadak di bulan Ramadhan ini.

Hal ini bukanlah satu lagi perkara baru di Malaysia.


Para pemborong dan penjual dilihat seakan- akan mempunyai " kuasa " untuk menaikkan harga ayam ini sesuka hati tanpa meminta pandangan serta nasihat pihak yang berwajib. Hal ini memang popular di musim perayaan. Mereka kebal daripada sebarang tindakan.

Bagai menangguk di air yang keroh. Lagi tinggi demand lagi mahal dia jual.

Pihak kementerian sepatutnya duduk semeja dengan wakil daripada para pemborong dan penjual ayam untuk mencari jalan penyelesaian dan membendung masalah ini. Perbincangan yang diadakan patut memberi kesenangan dan kegembiraan bagi  semua pihak tidak kira pihak penjual mahupun pengguna.

Selain itu, tindakan keras yang sekeras- kerasnya patut diambil ke atas peniaga yang ingkar atas nasihat kerajaan. Tiada lagi unsur belas kasihan kepada peniaga yang hanya mahu untung lebih sahaja.

Itulah tujuan sebenar penubuhan kementerian yang berwajib. Bukan nya beri jawapan yang persis budak sekolah.

Sampai bila lagi rakyat harus menanggung derita atas kerakusan sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan berlipat kali ganda??

Kerajaan harus sedar yang akan tiba sesuatu masa di mana permintaan barang- barang tertentu akan meningkat dari kebiasaan nya. Contohnya seperti di musim perayaan. Jadi kerajaan sepatutnya sudah mempunyai mekanisme dan cara yang tersendiri untuk mengawal harga daripada melambung naik. Bukan apabila barang sudah naik baru nak fikir cara nak kawal harga.

Diharapkan para menteri yang bijaksana dapat membuat langkah drastik bagi menurunkan harga ayam dengan segera.

Saya salah seorang yang tak dapat terima idea penukaran ayam kepada ikan. Hari- hari saya makan ayam kot!!!
In Accordance With with Thumbnails