- - DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299 ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, July 29, 2013

DAPATKAN SONY XPERIA Z ULTRA DENGAN HARGA RM2299

Sony Xperia Z Ultra terbaru

Bakal dijual dengan harga RM2299, Sony Xperia Z Ultra yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia sudah semestinya menjadi buruan para penggemar phablet di Malaysia.

Meneruskan legasi yang sebelumnya, Sony Xperia Z Ultra yang hadir bersama skrin sebesar 6.4 inci dan dikuasakan dengan HD sepenuhnya disertakan juga dengan teknologi terbaru daripada Sony iaitu TRILUMINOS™ Display with X-Reality for mobile sudah pasti akan membuatkan kaki- kaki gadget tak senang duduk.


Sony Xperia Z Ultra adalah sebuah telefon pintar yang akan membuatkan anda keluar dari kotak imaginasi anda yang sedia ada.

Dengan 342 pixel untuk setiap inci gambar, gambar anda sudah pastinya meletop apabila dilihat di skrin Xperia Z Ultra ini. Gambar yang dipaparkan akan kelihatan lebih tajam dan lebih cerah.

Perbezaan dua jenis paparan

Hanya setebal 6.5 mm dan seberat 213 gram, ia adalah telefon bedefinisi tinggi penuh paling nipis di dunia setakat ini.


Ia turut menyertakan kamera belakang 8-megapixel, serta dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3050mAh.

Jadi buat kaki- kaki gadget sekalian, adakah harga yang bakal dijual sebanyak RM2299 ini berbaloi untuk model terbaru keluaran Sony ini?

Bagi paras harga antara RM2000- RM2500, ia sememangnya berada dalam kategori smartphone kelas atasan.

Teknologi Exmor RS

Mungkin target jualan nya adalah untuk golongan professional yang sememangnya mempunyai poket yang tebal.

Dengan kebarangkalian Iphone 6 akan turut dilancarkan, mungkin ianya agak sedikit sukar bagi Sony untuk menarik minat pengguna tegar Iphone untuk beralih kepada Sony dengan model Xperia Z ultra ini.


Jadi, lakukanlah pilihan yang bijak. Tepuk dada tanya selera. Duit anda, ikut sukalah telefon apa yang anda nak beli kan. Tetapi, mungkin dengan kebanyakan smartphone yang bakal dilancarkan penghujung tahun ini, mungkin anda boleh melakukan pilihan sepuasnya sebelum membulatkan tekad ke atas smartphone pilihan anda.

Sumber : Amanz dan Sony

In Accordance With with Thumbnails