- - TAZKIRAH RAMADHAN : SOLAT WITIR JANGAN DITINGGAL ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, August 04, 2011

TAZKIRAH RAMADHAN : SOLAT WITIR JANGAN DITINGGAL


Salam Ramadhan Al- Mubarak buat pembaca entri ni sekalian.. bagaimana dengan puasa kalian tahun ni ?? dah ada yang ponteng puasa ke ?? harap- harap takde la yang buat perkara terkutuk lagi keji tu yer..

Selain daripada kita bercakap pasal puasa dalam bulan Ramdhan ni, kita jugak kena ingat yang ada satu lagi ibadah yng hanya mucul dalam bulan Ramadhan je.. apa lagi kalau bukan solat Terawih kan..

Korang biasa buat solat Terawih ni berapa rakaat ?? 8, 16, 20 ?? kalau bagi aku, sejak dari zaman sekolah lagi, aku biasa buat 8 rakaat je.. lepas 8 rakaat Terawih tu, aku susuli pulak dengan 3 rakaat solat Witir..

Bercakap pasal solat sunat Witir, kebanyakan rakyat kat negara kita ni hanya memandang remeh je tentang perkara ni.. ala, solat sunat je pon, bukan nya solat fardhu.. ini lah sebenar nya mentaliti yang salah dalam masyarakat kita..

Menurut Imam kat masjid aku sembahyang Terawih tadi, solat witir ni boleh dikatakan sebagai pelengkap solat terawih.. jadi, kalau kita tak solat witir selepas selesai solat terawih ni, solat terawih kita ni kelihatan macam seolah- olah tergantung..



Mungkin ada masyarakat kita yang ingin menyambung lagi solat terawih nya di rumah sehingga 20 rakaat dan disebabkan itulah dia tidak menunaikan solat witir bersama Imam.. kalau ada yang macam tu baguslah.. tapi, kalau dia terus pulang ke rumah dan terlupa untuk solat witir sehinggakan dia tertidur, ini merupakan satu perkara yang merugikan..

Imam di masjid tadi telah menyatakan yang sekiranya seseorang itu menunaikan 8 rakaat solat terawih disertai 3 rakaat solat witir mengikut Imam, itu sudah memadai untuk nya pada malam itu.. itu adalah lebih baik daripada solat terawih 20 rakaat tanpa disudahi dengan solat witir..

Jadi sekarang kita sudah tahu betapa besar nya nilai solat witir di sisi Allah S.W.T..

Berikut adalah antara hadis- hadis yang menggambarkan kebesaran dan kelebihan solat witir..
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.”
Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.”
Hadis riwayat at-Thabran
“Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan
dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!
Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.
Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
 Jadi, janganlah lagi kita memandang rendah pada solat witir.. tunaikanlah ia walaupun dalam jumlah rakaat yang sedikit.. tak rugi pon kita spend sedikit masa selepas solat terwaih untuk menunaikan solat witir..
In Accordance With with Thumbnails