- - BLACKBERRY MESSENGER BURUKKAN LAGI RUSUHAN DI LONDON ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, August 10, 2011

BLACKBERRY MESSENGER BURUKKAN LAGI RUSUHAN DI LONDON

Pengeluar telefon pintar, Blackberry, telah mendapati mereka kini berada di tengah- tengah rusuhan yang berlaku di kota raya London..

Ibu negara United Kingdom yang telah 3 malam diselubungi dengan rusuhan dengan rumah- rumah dan kedai- kedai di pecah masuk, dibakar dan dirompak.. rusuhan ini dilihat tiada kaitan dengan isu- isu politik tetapi sebaliknya lebih cenderung kepada aktiviti vandalisme dan rompakan..


Blackberry mendapati ia nya telah berada di tengah- tengah konflik rusuhan di mana perkhidmatan Blackberry Messenger ( BBM ) telah disalah gunakan oleh dalang- dalang rusuhan dengan menghantar mesej untuk merancang rompakan dan perkumpulan ahli- ahli rusuhan..



Satu mesej yang berjaya dikesan baru- baru ni dilihat dihantar untuk mengajak para perusuh berkumpul di Oxford Circus untuk melakukan rompakan.. mesej tersebut berbunyi begini..
“Everyone from all sides of London meet up at the heart of London (central) OXFORD CIRCUS!!, Bare SHOPS are gonna get smashed up so come get some (free stuff!!!) fuck the feds we will send them back with OUR riot! >:O Dead the ends and colour war for now so if you see a brother… SALUT! if you see a fed… SHOOT!”
 Tidak seperti kebanyakan laman sosial seperti Facebook dan Twitter, BBM lebih privasi dan dalam kebanyakan situasi, ianya sukar dikesan oleh pihak berkuasa yang mana mengakibatkan kegiatan mereka sukar untuk dibendung di peringkat awal..

Banyak pihak sudah meminta supaya perkhidmatan BBM ini ditamatkan kerana ianya telah menyukarkan lagi pihak berkuasa untuk mengesan pergerakan para perusuh..

Walau bagaimanapun, penutupan sistem BBM dilihat masih lagi tidak mampu untuk membendung para perusuh kerana terdapat segelintir laporan yang menyatakan bahawa para perusuh bukan hanya menggunakan BBM sahaja untuk menyampaikan mesej bahkan ada di kalangan mereka menggunakan Playstation Network sebagai platform untuk mereka menyampaikan mesej rusuhan..


P/ S : Kesian kat Blackberry, tak pasal- pasal diorang pon terkena tempias rusuhan ni..
In Accordance With with Thumbnails