- - PELAJAR UIAM DITEMUI MATI DENGAN MAYAT SUDAH BERBAU ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, August 02, 2011

PELAJAR UIAM DITEMUI MATI DENGAN MAYAT SUDAH BERBAU

Negara kita sekali lagi digemparkan dengan berita kematian mahasiswa..

Kalau sebelum ni, kita sudah mendengar dua berita tentang kematian mahasiswa.. salah satu daripada kejadian kematian mahasiswa telah berlaku di Universiti Malaya manakala satu lagi kejadian yang baru berlaku baru- baru ni adalah melibatkan kematian mahasiswa kita di Pattaya..

UIAM

Sekarang sudah ada 3 kes kematian mahasiswa dengan kes terbaru yang terjadi di UIAM ini.. aku cakap 3 kes sebab hanya 3 kes ni je yang aku tau dan aku ingat.. mungkin ada kes- kes kematian yang lain yang aku terlepas pandang..

Jom kita baca laporan akhbar tentang kes kematian terbaru ni kat bawah ni..

Seorang pelajar yang mengikuti jurusan ekonomi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, ditemui mati di dalam bilik asramanya di Blok D, Kolej Bilal, tengah hari semalam. 

Mamadou Aliou Tela Diallo, 25, seorang warga negara Guinea, ditemui penyelia asramanya selepas dimaklumkan penuntut lain mengenai bau busuk yang datang dari bilik mangsa. 
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mati sejak seminggu lalu, tetapi mayatnya hanya ditemui tengah hari semalam. 
“Tiada sebarang unsur pecah masuk mahupun unsur pergelutan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut dan tidak menolak kemungkinan mangsa mati disebabkan penyakit,” katanya. 

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan mangsa, Mamadou pernah menerima rawatan di klinik UIAM dan hospital berhampiran bagi penyakit sawan yang dihidapinya sejak kecil. 

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat. 
Dia ni tinggal sorang- sorang je ke kat dalam bilik tu ?? mane roomate dia yang lain.. dah seminggu dah dia meninggal..

P / S : Agak- agak berhantu tak bilik dia lepas ni.. hehe
In Accordance With with Thumbnails