- - SOSEJ KEGEMARAN RAMAI BER 'DNA' BABI ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Wednesday, August 03, 2011

SOSEJ KEGEMARAN RAMAI BER 'DNA' BABI


Kejadian ni berlaku kat Kangar menurut akhbar tabloid no. 1 Malaysia.. memang bahaya betol.. macam mana sosej ni boleh lepas di jual kat pasaran.. dah la jual kat bazar Ramadhan pulak tu.. agak- agak apa jadi dengan puasa orang yang makan sosej DNA babi ni..

Jom soroti apa kata akhbar tersebut tentang sosej DNA babi ni.. by the way, aku buat entri ni untuk mereka- mereka yang tak suka baca surat khabar.. hehe
Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Kenapa la suka sangat guna babi untuk buat sosej kan.. dah takde lagi ke benda lain yang lebih elok untuk buat sosej ni.. takkan la babi ni boleh jadi secret ingredient untuk menghasilkan sosej terbaik ?? 

Aku rasa JAKIM patut cek balik semua sosej yang ada kat pasaran Malaysia ni..

In Accordance With with Thumbnails