Jiran adalah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita tak kira sama ada kiri, kanan, depan, belakang, atas dan di bawah merangkumi 40 buah setiap penjuru dengan diletakkan rumah kita sebagai paksi..
Itu adalah maksud jiran dalam Islam..
Dalam arus pemodenan globalisasi sekarang ni, kita dapat lihat yang nilai- nilai murni kejiranan semakin rakus ditelan arus pemodenan.. faktor kekangan masa dan kerja banyak membataskan pergaulan kita semua dengan jiran tetangga..
Bayangkan lah sekiranya kita sudah keluar meninggalkan rumah untuk mencari rezeki di awal pagi di kala lampu jalan pon belum tutup lagi, sudah tentu payah sekali untuk bersua muka dengan jiran ditambah pula jika lewat petang baru kita pulang dari kerja dalam keadaan keletihan yang akan membuatkan kita terus mencari katil untuk melepaskan lelah.. sudah tentu lubang hidung jiran pon kita tak sempat nak lihat bukan..
Perkara sebegini la yang menghalang kita daripada mengenali jiran kita dengan lebih mendalam lagi..
Selesai sudah ceramah aku tentang masalah kejiranan yang melanda sekarang ni.. hehe
Entri ni bukanlah bertujuan untuk bercerita tentang di dunia realiti.. entri ni berkisar tentang jiran di alam maya..
Jiran bukan setakat jiran konkrit yang kita boleh tegur dan bersua muka sahaja.. terdapat juga jiran di alam maya..
Jiran di alam maya ni boleh lah ditafsirkan kepada mereka- mereka yang kita kenal di ruang sosial atau sebagai nya yang memang berkait rapat dengan dunia internet tanpa sempadan..
Blog merupakan satu medium yang membolehkan kita mempunyai jiran di alam maya ni..
Baru- baru ni, melalui segmen Sergeant Keroro, aku telah berjaya memperoleh seorang jiran.. hehe.. kali pertama tu dapat jiran di alam maya.. belum pernah terfikir pon sebelum ni yang aku akan mempunyai jiran di alam bukan realiti yakni alam maya..
Jom kenali jiran pertama aku di alam maya ni..
http://lanvaldear1990.blogspot.com/ |
Alang- alang korang dah baca entri ni, jom la singgah kejap kat blog dia ni.. eratkan lah ukhuwah sesam kita di bulan yang penuh keberkatan ni.. hehe