Boleh pulak ade kes macam ni kan.. aku tak tau pon sebelum ni ada perkara macam ni.. tapi setelah aku baca satu berita ni, baru lah aku tahu akan kewujudan perkara macam ni..
Jom aku kongsi dengan korang berita tu..
Umat Islam di Indonesia akan menyambut Hari Raya Aidifitri pada Rabu ini, demikian diumumkan oleh Menteri Agama Suryadharma Ali malam semalam.Amacam, dah faham ?? so, mungkin kat tempat diorang takde hal kot perkara macam ni.. tapi kalau kat Malaysia ada kes macam ni.. boleh jadi gaduh besar nanti.. hehe
Keputusan itu merupakan kesimpulan daripada pandangan wakil-wakil kumpulan Islam, yang sebilangan daripada mereka berpendapat 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, berdasarkan hasil pemantauan anak bulan Syawal di 96 tempat di seluruh republik itu.
Daripada sejumlah tempat itu, sebanyak 30 tempat menghasilkan keputusan tidak melihat anak bulan dan cuma tiga tempat yang menyatakan melihat anak bulan namun ketiga-tiga hasil penemuan itu ditolak kerana ia tidak sesuai secara keilmuan.
Walaupun kerajaan telah menetapkan 1 Syawal pada Rabu, para anggota Muhammadiyah, salah satu kumpulan Islam terbesar di Indonesia akan tetap merayakan Aidilfitri hari ini.
Wakil Muhammadiah pada mesyuarat itu telah memohon izin daripada Suryadharma untuk kumpulan itu menyambut Aidilfitri hari ini.
Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa melindungi keselamatan para anggota kumpulan itu yang akan menunaikan solat Aidilfitri mendahului sehari lebih awal daripada umat Islam lain.
Sambutan Aidilfitri kumpulan itu sesuai dengan penetapan yang dibuat oleh pimpinan pusat Muhammadiah berdasarkan kaedah kiraan falak yang mereka gunakan.
Sumber : malaysiakini.com
sunah suka sakura · 712 minggu tadi
My recent post Kata-katanya Buat Hati Sebak di Pagi Raya...
Fakarepain 83p · 712 minggu tadi
My recent post INDONESIA SAMBUT 1 SYAWAL PADA 2 HARI YANG BERBEZA
Azie Azra · 712 minggu tadi
My recent post Komen paksaan dan sekilas raya pertama
Fakarepain 83p · 712 minggu tadi
My recent post INDONESIA SAMBUT 1 SYAWAL PADA 2 HARI YANG BERBEZA