- - KEPUTUSAN UEFA SUPER CUP 2013 CHELSEA VS FC BAYERN MUNICH ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Saturday, August 31, 2013

KEPUTUSAN UEFA SUPER CUP 2013 CHELSEA VS FC BAYERN MUNICH

keputusan perlawanan uefa super cup
UEFA Super Cup 2013

Perlawanan UEFA Super Cup 2013 yang telah berlangsung antara Chelsea menentang FC Bayern Munich telah berkesudahan dengan keputusan FC Bayern Munich menang menerusi penetuan sepakan penalti 5- 4.

Perlawanan yang berlangsung di Prague itu telah menyaksikan Fernando Torres membuka jaringan untuk Chelsea seawal minit ke- 8.

Gol penyamaan FC Bayern Munich hadir menerusi pemain terbaik Eropah 2012 iaitu Frank Ribery pada minit ke- 48.


Perlawanan berkesudahan seri 1- 1 pada tamat masa perlawanan sebenar.

Chelsea membuka tirai jaringan pada masa tambahan seawal minit ke- 93 menerusi gerakan solo cantik Eden Hazard.

Hanya  5 saat sahaja perlawanan berbaki, Javi Martinez menjadi hero FC Bayern Munich apabila berjaya menjaringkan gol untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Romelu Lukaku telah gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti ke- 5 Chelsea seterusnya menghadiahkan trofi kejuaraan UEFA Super Cup kepada FC Bayern Munich.

Kemenangan ini boleh dianggap sebagai balas dendam daripada FC Bayern Munich ke atas Chelsea.

Jaringan gol pertama dari Torres

Kumpulan penyokong FC Bayern Munich

Pemain- pemain Bayern meraikan gol Ribery

Frank Ribery meraikan gol nya

Lukaku gagal sempurnakan penalti ke- 5

In Accordance With with Thumbnails