- - KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, August 19, 2013

KELEBIHAN PUASA SUNAT 6 HARI DI BULAN SYAWAL

Puasa sunat syawal

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya
“sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ).

Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya
“sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”
Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud
“Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”
Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

SUMBER 100% : ukhwah.com

Komen (8)

Sedang dimuatkan... Sedang log masukkan anda...
  • Log masuk sebagai
InsyaAllah tengah cuba untuk habiskan puasa 6 ni jugak
My recent post Lizarazak Dot Com Kini 5 Tahun
1 jawab balas · aktif 610 minggu tadi
nanti boleh raya sekali lagi..hehe
aku pun terfikir nak puasa 6 nih
My recent post Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Batang Keladi
1 jawab balas · aktif 610 minggu tadi
cepat2 bro..jangan tunggu lama2..
ada masa lagi ni. jom kita tunaikan...
My recent post Mari belajar buat blog dengan WordPress
1 jawab balas · aktif 610 minggu tadi
ada lebih kurang 2 minggu lagi bang..
banyak kebaikkan nya .. nak share di twitter tkde butang tweet ?

selamat hari raya fren :)
1 jawab balas · aktif 610 minggu tadi
x pandai nk letak butang tweet..huhuh

Kemukakan komen baru

Comments by

In Accordance With with Thumbnails