- - PERKARA YANG GOOGLE RAHSIAKAN TENTANG ANDROID OS ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Tuesday, August 27, 2013

PERKARA YANG GOOGLE RAHSIAKAN TENTANG ANDROID OS

Android ada keburukan?

Android OS telah membantu ramai manusia sejagat untuk memiliki gadget yang berteknologi tinggi pada harga yang berpatutan serta murah amat.

Tambahkan rezeki dengan bersedekah, ketahuinya di sini !!!

Walaupun peranti Android itu mudah untuk didapati, janganlah anda terus rabun dan rambang mata untuk memiliki satu peranti Android.

Hari tidak selalunya cerah. Begitu juga dengan peranti Android.


Android adalah platform untuk telefon pintar yang murah, open- source dan versatile. Tetapi, di sebalik semua kelebihan itu, ia turut mengalami masalah nya yang tersendiri. Jika anda bukanlah seorang yang cerewet dan teliti, mungkin anda tidak akan dan pernah kisah akan masalah yang remeh temeh sebegitu. Betul tak?

Antara rahsia Android yang Google cuba sembunyikan daripada umat manusia di segenap pelusuk bumi ialah:

Ingin Mendalami Ilmu Pertolongan Cemas Untuk Yang Tersayang?? Klik Sini !!

Peranti Android Tidak Mesra Pengguna.

Jika dahulunya anda sudah dimanjakan dengan Nokia Symbian OS, sudah pastinya peranti Android memberi anda satu kejutan yang hebat. Ramai pengguna yang boleh menggunakan peranti Android dengan baik namun mereka gagal dalam menguasai sepenuhnya peranti Android tersebut. Widgets adalah salah satu contoh yang paling mudah. Kebanyakan pengguna gagal dalam memaksimumkan penggunaan widget pada peranti Anroid mereka.

Pemindahan Fail- Fail Adalah Perkara Paling Berisiko

Walaupun para pembangun peranti Android mengatakan bahawa pemindahan fail daripada peranti Android adalah semudah ABC kerana menggunakan konsep USB, sebenarnya anda semua boleh kehilangan software- software yang penting jika tersilap " copy-paste " fail. Anda haruslah tahu folder mana yang perlu diusik dan sepatutnya dijauhi sebelum melakukan aktiviti " copy- paste " tersebut. Tersilap padam fail, maka jahanamlah peranti Android anda.

Sesetengah Apps Tidak Berfungsi Untuk Peranti Android

Semenjak terdapat banyak nya telefon pintar dan tablet Android di pasaran, spesifikasi untuk kesemua gadget ini turut berbeza. Ini bermaksud, peranti Android bukanlah seperti peranti Apple yang dicipta dengan spesifikasi yang hampir sama. Tidak semua peranti Android mempunyai Dual Core Processor dan skrin beresolusi tinggi untuk anda menikmati video berdefinisi tinggi dan dan game yang berat- berat di peranti Android anda. Jadi, pastikan anda tahu kekuatan peranti Android anda dan juga tahu minimum requirements untuk sesuatu Apps sebelum anda menyumbatnya ke dalam peranti Android anda.

Kepada Mereka Yang Bakal Berkahwin, Sila Klik Sini !!!

Jadi pastikan anda tahu apa yang anda benar- benar inginkan sebelum anda semua mengosongkan akaun bank dan tabung anda untuk sebuah peranti Android.
In Accordance With with Thumbnails