Apa yang kembali ? ada barang yang hilang ke ? Ada penyakit yang dah hilang tapi datang kembali ke ?
Sebenarnya ianya bukanlah barang, penyakit atau masa yang hilang. Ianya adalah keghairahan dan ketaksuban kaki- kaki bola seluruh dunia terhadap liga- liga besar di Eropah.
Umum sudah mengetahui bahawa, hampir keseluruhan liga- liga gergasi di Eropah telah berehat selama 2 minggu untuk memberi laluan kepada perlawanan kelayakan Piala Dunia di Brazil 2014.
Setelah selesai menabur bakti untuk tanah air masing- masing, para bintang akan kembali untuk berkhidmat dengan kelab masing- masing dan terus berjuang untuk semakin merancakkan liga yang kebanyakan telah menjengah perlawanan ke- 4.
Bagi pengusaha kedai- kedai mamak seMalaysia, sudah pasti senyum akan terukir sampai ke telinga kerana sudah pasti kedai- kedai mereka akan kembali dipenuhi kaki- kaki bola segenap lapisan yang datang untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Sudah hampir 2 minggu kedai mereka kosong pada malam hari dan bermula pada malam ini, perkara seperti itu sudah hampir pasti tidak mungkin berlaku lagi.

