- - MEDIAFIRE PENYANGAK, KEJAM DAN BANGANG.. ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Monday, April 25, 2011

MEDIAFIRE PENYANGAK, KEJAM DAN BANGANG..

Ini adalah entri marah semarah- marah dan segeram- geram nya.. huh !!

Aku tak kira.. kali ni memang aku nak hentam mediafire betol- betol.. geram gila sampai nak sawan aku dibuatnya dengan mediafire ni..



Kenapa aku boleh geram camni ?? meh sini nak kisahkan ceritanya kat korang yang sudi baca blog ni..

Korang tau tak dengan heavenofdesires.com ?? kalau ada lagi dan aku percaya ramai lagi yang belum tahu pasal heavenofdesires ni kan.. hari ni aku akan cerita pasal apa heavenofdesires dan pa yang telah berlaku pada heavenofdesires ni serta apa kaitan nya dengan mediafire..



Heavenofdesires ni adalah satu site untuk download segala jenis drama korea, jepun, cina, melayu, mat saleh.. boleh kata semua drama yang best kat dalam dunia ni ada kat situ.. kira one download center la untuk remaja- remaja yang suka menghabiskan bandwith broadband dengan mendownload aje kerjanya.. aku pakai streamyx, so takde limit.. hehe

Aku mula kenal dengan heavenofdesires ni sejak 3 bulan lepas.. aku memang tertarik la dengan konsep website ni yang dibangunkan oleh dua orang remaja belasan tahun yang memang mantap la bagi pandangan aku.. semua drama yang korang nak boleh didapati dengan sewenang- wenang nya kat sini.. tak perlu susah payah.. just search aje, kebarangkalian untuk drama tu ada dalam site tu adalah 70 %..

Site ni pon memang selalu up to date.. kalau drama tu dah keluar episod baru, komfem side ni akan ada punya. so, memang berbaloi la kalau nak jadi ahli VVIP atau VIP.. dan untuk pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku telah dengan bermurah hatinya menjadi ahli VVIP untuk site ni.. bukan mudah untuk aku saja- saja mengeluarkan duit untuk sesuatu yang tak mengeyangkan perut aku.. kalau bab makan pon aku kadang- kadang berkira jugak.. heheh



Benda pertama yang aku download kat sini adalah drama korea.. Dream High.. drama yang ada JY Park, Wooyoung, Suzy, IU dan Taecyon tu.. cerita dia memang mantap.. tapi masa aku download drama tu, aku belum jadi ahli VVIP lagi.. sekadar pengguna internet biasa yang sentiasa mencari lubang- lubang untuk mendownload latest movie berkualiti tinggi dengan percuma je.. benda yang aku download selepas jadi ahli VVIP untuk site tu adalah anime Yakitate Japan.. hehehe..

Tapi..

Aku sangkakan kegirangan aku menjadi ahli VVIP site tersebut akan berkekalan hingga ke akhir hayat.. rupa- rupanya ada makhluk yang buat sial dengan menghancurkan segala kegembiraan yang aku kecapi selama ini.. sungguh dajal makhluk tersebut..
" Kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.. " ~ SLAM
Makhluk yang bernama Mediafire tu telah memberi ancaman dan dugaan yang paling besar untuk admin- admin site tersebut.. mediafire telah memberi amaran yang segala link dari site tersebut akan didelete pada 15 hb April 2011.. tak ke terkejut beruk para admin dibuatnya..

Cuba korang bayangkan, apa yang korang akan rasa kalau segala file yang korang simpan hampir 20000 tu diberi ancaman yang file tersebut akan di delete.. tak ke terkedu, tergamam dan terkesima ??

Alasan mediafire kepada admin adalah berbunyi begini..

Klik untuk tumbesaran
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh para admin dan ahli heavenofdesires bagi menghalang mediafire daripada menjalankan operasi kejam nya ini.. perkara ini telah menjadi pertarungan yang genting antara hidup dan mati site heavenofdesires.. menurut admin, jika semua link kat dalam mediafire tu dihapuskan, heavenofdesires akan tutup kerana ia seperti hevenofdesires telah kehilangan segala urat saraf dan oragan untuk meneruskan hidup..

Ternyata usaha admin- admin sekalian tidak sia- sia kerana link- link yang ada kat dalam medifire tu masih lagi tidak dihapuskan pada 15 April baru- baru ni.. ia merupakan satu kemenangan buat pihak team admin heavenofdesires..

Tapi..

Ada tapi lagi.. ia sebenarnya bukanlah satu kemenangan mutlak buat team heavenofdesires kerana semua link mediafire telah dihapuskan pada 16 April waktu Malaysia.. kenapa perkara ni boleh terjadi ??

Rupa- rupanya pihak mediafire telah menggunakan waktu Amerika untuk menghapuskan kesemua link heavenofdesires yang ada dalam simpanan mereka.. satu taktik yang sangat licik dan kotor telah dilakukan mediafire.. mereka telah berjaya memberi harapan dan kegembiraan palsu kepada semua ahli heavenofdesires..

Waktu Amerika adalah lewat sehari pada waktu Malaysia.. mediafire memang telah berpegang dengan kata- kata nya iaitu akan menghapuskan kesemua link heavenofdesires pada 15 April..

Aku selaku penyedut setia anime kat site tu memang tak boleh terima la alasan mediafire yang tak leh diterima akal langsung tu.. macam mana dia kata yang admin heavenofdesires ni hanya guna mediafire ni sebagai tempat untuk simpan file diorang je tapi tak share file- file tu kepada khalayak ramai..

Mediafiire ni dah rabun ke apa.. habis selama ni yang orang duk download movie, drama dan anime tu apa benda.. tu bukan dikira sebagai share ke encik mediafire.. atau anda mempunyai istilah lain bagi menggambarkan perkataan " share " tersebut..

Mungkinkah ini adalah satu komplot daripada mediafire untuk menghapuskan revolusi masyarakat Melayu dalam dunia internet ?? hanya mereka yang tahu..

Kepada admin- admin heavenofdesires, jangan putus asa, harapan dan nyawa.. mungkin ada hikmah di sebalik semua kejadian tu.. sekarang mungkin korang semua dah boleh fokus sepenuhnya kepada kehidupan korang kerana korang tak perlu berfikir banyak lagi tentang hal pengurusan heavenofdesires.. semua tu dah jadi macam satu nostalgia indah untuk korang semua..

Sekali lagi aku ucapkan kepada mediafire..
" Kau memang bangang la !!! "
In Accordance With with Thumbnails