- - AKU MENGHIDAP SINDROM STA.. INI SEMUA UJIAN TUHAN ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Friday, April 22, 2011

AKU MENGHIDAP SINDROM STA.. INI SEMUA UJIAN TUHAN

Kenapa dugaan sebegini yang aku dapat..

Apa yang telah aku lakukan sehingga aku diuji sebegitu rupa.. adakah terlalu banyak dosa- dosa aku sehingga ujian sebegini yhang datang menimpa diriku..

Aku tak tahu aku terkena penyakit apa.. mungkinkah sindrome STA telah melanda diri aku.. mengikut pakar kesihatan dari Ukraine.. golongan manusia yang terkena sindrom STA ni akan bersifat seperti kanak- kanak tadika dan kanak- kanak prasekolah.. sindrome STA ni mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri..



Menurut Dr. Ishmet Usmalov lagi, golongan yang terkena sindrome ini biasanya berpunca dari tempat kerja mereka itu sendiri.. terdapat banyak aspek yang terhasil dari tempat kerja.. kebiasaan melakukan sesuatu pekerjaan yang berat dan meletihkan akan menyumbang kepada terjadi nya sindrom STA ini..

Sindrome STA ni menyerang tanpa mengira peringkat umur.. tidak kira tua atau muda.. semua nya menghadapi risiko untuk menghidap penyakit ini..

Sindrome STA ini kalau tidak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja boleh mengakibatkan psikologi pesakit terganggu, emosi bergolak, selalu terjaga di tengah malam dan banyak lagi..

Pakar- pakar dari seluruh dunia telah melakukan kajian bagi mencari penawar yang berkesan untuk merawat sindrom STA ini.. banyak dan telah dilaburkan untuk kajian ini..

Tapi ada satu perkara yang mungkin menggembirakan para penghidap sinrom STA ini.. ia bukanlah datang sejak lahir seperti sindrom DOWN.. sindrom STA ni, kalau kena dengan cara mencegah nya, hanyalah untuk tempoh jangka masa yang singkat sahaja.. ia tidak akan berlarutan.. so, masih ada sinar harapan lagi la di hujung terowong yang gelap gelita..

Kalau korang nak tahu apa itu sindrom STA.. search kat google.. aku tak sanggup untuk menceritakan nya di sini..

Sekian dari aku si penghidap sindrom STA..
In Accordance With with Thumbnails