- - TENGOK BOLA DENGAN ARTIS, TERASA AKU PON MACAM ARTIS.. HEHE ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, April 28, 2011

TENGOK BOLA DENGAN ARTIS, TERASA AKU PON MACAM ARTIS.. HEHE

Mood : masih lagi berkabung atas kekalahan Real Madrid ke atas Barcelona.. sob3.. T_T



Semalam aku dan seorang rakan bernama Bilal Bin Rabah iaitu seorang kipas susah mati Real Madrid telah pergi mengorbankan waktu tidur untuk menonton perlawanan separuh akhir UEFA Champions League antara Real Madrid dan Barcelona..

Aku telah korbankan waktu tidur dengan harapan dapat menyaksikan Barcelona kecundang sekali lagi di tangan Real Madrid.. tapi apakan daya, kegeniusan Messi telah meranapkan segala- galanya.. harapan tinggal harapan.. sob3..

Tapi kat sini aku bukan lah nak cerita pasal kehebatan si Messi tu.. tapi aku nak cerita pasal artis Malaysia yang duk lepak bersama dengan aku kat kedai mamak untuk tengok bola semalam.. bukan seorang je artis yang ada semalam, tapi LIMA @ 5 orang artis yang duk bersengkang mata tengok bola semalam..

Korang nak tau siapa artis- artis yang duk tengok bola bersama aku semalam ?? jom layan cerita ni sampai habis..



Mula- mula aku tak perasan lagi yang geng- geng diorang ni duduk lepak di meja hadapan tempat duduk aku.. alah, aku bukan nya nak layan sangat balak- balak yang duk tengok bola ni.. tapi kalau balak tu bawak awek, aku curi- curi la skodeng awek dia.. hehe.. biasala kan, naluri nakal seorang remaja lelaki yang pantang melihat wanita berdahi licin.. keh3

Tiba- tiba geng aku suruh aku tengok balak yang ada kat depan meja aku tu.. aku pon jeling- jeling pandang- pandang la.. tak boleh la nak tengok secara renungan mendalam.. nanti diorang tuduh aku ada nafsu sejenis pulak kan.. susah pulak jadi nya..

Setelah diamati sekali lalu.. terpacul la dialog ni dari mulut manis aku ni..
" Eh, Aqasha la wahai Bilal sahabatku.. "
Ya.. Aqasha si pelakon tu ada depan meja aku..

Lepas tu aku cuba nak siasat siapa pulak membe- membe yang lain.. kemudian aku dapat cam pulak lagi 2 orang artis Malaysia..
" Weh, Adamaya dengan Zahid pon ada jugak.. satu geng rupanya diorang ni wahai Bilal rakan ku.. "
Sebenarnya, Adamaya tu adalah Sein Ruffedge.. sebab dia famous sangat dengan drama Adamaya tu.. aku bantai je la nama dia Adamaya.. sori yer Sein.. hehe

Ada seorang lagi geng dia yang duduk betol- betol depan aku.. aku cam dia tapi nama dia pulak yang aku tak ingat.. puas aku duk rewind otak aku.. tapi nama dia tak kunjung tiba jugak.. hehe.. susah betol nak ingat

Tak lama lepas perlawanan berlangsung.. datang pulak seorang lagi geng dia.. mula- mula aku ingatkan dia ni bukan artis.. tapi geng aku si Bilal ni cakap yang muka dia sama macam pelakon dengan watak yang bodoh- bodoh dalam filem Cuti- Cuti Cinta..

Setelah aku berfikir panjang.. aku dapat rasakan mamat yang baru datang tu adalah Adeep Fabulous Cats.. aku rasa Adeep tak berlakon dalam cerita tu tapi Cat Farish yang berlakon.. tapi aku yakin yang datang lepak semalam adalah Adeep..

Seorang lagi yang aku lupa nama nya pada awal kemunculan nya tadi telah aku ingat nama nya sewaktu aku bawak motosikal pagi tadi.. yang duduk betol- betol kat depan aku tu adalah Zain Ruffedge.. apa dar.. susah betol mau ingat.. hehe

Tapi melalui pengamatan aku, yang semangat duk tengok bola semalam aku rasa Zahid dengan Adeep je kot.. Sein, Aqasha dan Zain duk rancak bersembang je.. tapi yang pasti, diorang semua nampak macam sokong Real Madrid je semalam.. hehe

Aku tak tahu la diorang blah dari kedai tu pukul berapa semalam sebab masa aku nak chow pukul 5 tu, diorang semua duk rancak bersembang lagi.. mungkin diorang tunggu subuh kot, nak gi masjid terus agak nya.. hehe

Aku tak berani la nak amik gambar diorang sebagai bukti yang diorang lepak bersama- sama dengan aku kat kedai mamak semalam.. nanti diorang kata aku cabul privacy diorang lak.. kan tak pasal- pasal aku kena saman.. hehe
In Accordance With with Thumbnails