- - ( VIDEO GEMPAR ) AIRBUS A380 AIR FRANCE REMPUH PESAWAT KECIL DI JFK AIRPORT ~ CLOUD 9
Pelaburan
JomNiaga

Thursday, April 28, 2011

( VIDEO GEMPAR ) AIRBUS A380 AIR FRANCE REMPUH PESAWAT KECIL DI JFK AIRPORT

Airbus A380


Mungkinkah ini adalah kecelakaan pesawat pengangkut penumpang terbesar di dunia yang dicipta oleh syarikat Airbus ini ??

Airbus A380 merupakan pesawat penumpang yang terbesar pernah dicipta dalam sejarah industri penerbangan dunia.. dengan lebar sayap yang mencecah 262 kaki, pesawat ini bukanlah satu pesawat yang ideal untuk tempat yang sempit..

Peristiwa yang berlaku semalam di lapangan terbang John F. Kennedy, Amerika Syarikat telah menceritakan segala- galanya.. bagaimana sebuah pesawat jumbo dengan senang hati nya telah merempuh pesawat penumpang bersaiz jauh lebih kecil dari nya..



Sayap nya yang panjang itu telah tersangkut pada ekor sebuah pesawat penumpang yang kecil sewaktu dibawa keluar ke landasan untuk berlepas..



Akibat dari rempuhan itu, pesawat penumpang bersaiz kecil itu telah berpusing 90 darjah dari kedudukan asal nya..



Pesawat kecil itu dikatakan baru sahaja selesai mendarat dan sedang dalam persiapan untuk menurunkan sejumlah 62 penumpang yang ada dalam pesawat tersebut.. tetapi malang tidak berbau.. belumpun sempat penumpang turun dari pesawat itu, pesawat tersebut terlebih dahulu dirempuh oleh A380 tersebut..

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dari kemalangan tersebut..

Jom tengok video kecelakaan tersebut..

In Accordance With with Thumbnails